Pengikut

Isnin, 8 November 2010

HIDAYAH

Beberapa hari yang lalu, aku bertemu dengan seorang anak muda berbangsa Cina yang ingin mencari buku berkaitan agama Islam.   Lalu aku bawanya ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.   Di sana ada beberapa kedai buku.   Di dalam perjalanan menuju ke kedai,  aku sempat bertanyakan tentang tujuan dia membeli buku tersebut dan beberapa hal peribadinya.   Aku dapati dari bual bicara dengannya bahawa dia berhasrat untuk memeluk agama Islam.   Dan aku juga menawarkan apa jua bantuan jika sekiranya dia memerlukan.   Aku pun tinggalkan dia bersendirian mencari buku tersebut, lalu aku pergi.

Pagi ini (hari Ahad) dia menghubungi aku meminta aku bertemu dengannya.   Banyak perkara yang ingin ditanyakan dan juga meminta pandangan aku dalam beberapa perkara.   Aku memintanya menunggu aku di KL Sentral jam 10.00 pagi.   Kami bertemu dan banyak perkara yang kami bincangkan.   Begitu juga banyak nasihat yang aku berikan.

Di pendekkan cerita, masalah yang besar dihadapi oleh nya yang ingin memeluk agama Islam adalah rintangan dan tentangan dari ahli keluarga, terutama ayah dan ibu serta saudara-saudaranya.   Perkara ini adalah perkara yang biasa yang telah dilalui oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. dan orang-orang lain.   Sama ada suka atau tidak, sesaorang itu terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini.   Ia memerlukan pengorbanan yang besar.   Ia juga memerlukan kekuatan hati yang tinggi.   Sesuatu yang tinggi nilainya tidak dapat diambil dan dicapai dengan mudah.   

Aku hanya boleh berdoa agar Allah s.w.t memberi taufiq dan hidayah kepadanya serta memberi kekuatan hati dalam menghadapi masalah ini.




1 ulasan:

  1. Salam..semuga allah akan mempermudahkan segala urusan....sabar.

    BalasPadam