Pengikut

Khamis, 11 November 2010

Suka Duka Kehidupan Tentera Laut

KD Sri Trengganu dan KD Sri Perak
dalam pelayaran ke Labuan, Sabah.
Pada malam Jumaat, 6hb Jan 1984, satu konvoi kapal terdiri dari KD Hang Tuah di hadapan diikuti oleh KD Sri Trengganu dan KD Sri Perak meneruskan pelayaran mengharungi lautan merentas Laut China Selatan menuju ke Labuan, Sabah.   Komunikasi melalui radio VHF (sistem komunikasi sesama kapal) berjalan dengan baik sekali di antara ketiga-tiga kapal.   Maklumat kedudukan kapal (sitrep) seperti biasa dimaklumkan kepada Markas Panglima Armada dan juga kepada Kementah.   Oleh kerana KD Hang Tuah mengetuai konvoi ini, maka tugas menghantar maklumat kedudukan kapal dilakukan olehnya dua kali setiap hari iaitu jam 8.00 pagi dan 8.00 malam.

Pada waktu itu cuaca amat baik sekali.   Pegawai-pegawai kadet kelihatan mempelajari navigasi menggunakan 'sextant' (alat navigasi untuk menentukan kedudukan kapal dengan kaedah mengukur jarak dan sudut).   Mereka juga menjalani latihan membaca isyarat lampu (flashing signal) dan lain-lain mengikut modiul yang telah diberikan.

Tugas aku pula banyak tertumpu di bilik komunikasi (WT Room).   Pada waktu-waktu tertentu aku perlu membaca 'signal' yang dihantar melalui isyarat 'morse code'.   Mana-mana 'signal' yang ditujukan kepada KD Sri Perak perlu diproses untuk disampaikan kepada Pegawai Memerintah dan pegawai-pegawai lain.   Manakala pemantauan komunikasi di anjung (bridge) dilakukan oleh RO Abu dan RO Anor di bawah seliaan aku.   Begitu juga dengan anak-anak kapal lain, sibuk dengan tugas masing-masing.

Pelayaran yang tenang ini begitu indah sekali.   Deruan angin laut meniup sepoi mengasyikkan.   Begitu juga bunyi percikan air laut dibelah kapal memecahkan kesunyian malam.   Kenangan indah ini membuatkan kami yang telah bersara merindui akan alam pelayaran.

Malam terus berlalu menembusi siang hari.   Kelihatan di ufuk dunia begitu indah apabila sang suria mulai menampakkan cahayanya.   Maha Suci Allah s.w.t. yang telah menjadikan langit dan bumi serta siang dan malam dengan tidak sia-sia.

Pada pagi hari Sabtu, 7hb Jan 1984, apabila kapal-kapal telah mulai berada jauh dari daratan Pegawai Memerintah KD Hang Tuah mengarahkan supaya diadakan latihan membaca bendera dan, 'semaphore'  untuk pegawai-pegawai kadet dan diikuti dengan siri latihan 'manoeuvre'.   Apabila semua latihan telah selesai, semua kapal meneruskan pelayaran.

Keadaan cuaca telah mulai hujan dan diikuti dengan ribut petir.   Pukulan ombak dan alun mulai meninggi.   Tiupan angin juga mulai kencang.   Anak-anak kapal diarahkan supaya mengikat semua 'loose item'.   Tidak ketinggalan juga aku mengikat basikal BMX yang aku baru beli dari saorang sahabat sebelum belayar dari Lumut.

Namun, pemandangan masih baik.   Jarak di antara kapal ke kapal masih kekal pada jarak 'standard distance' (KD Hang Tuah dan KD Sri Trengganu pada jarak 500 ela, KD Sri Trengganu dan KD Sri Perak pada jarak 300 ela).

Aku dapati ramai anak-anak kapal sudah mulai mabuk-mabuk laut. Begitu juga dengan pegawai-pegawai kadet.   Tidak terkecuali diri aku.   Maklum, sudah lebih dua tahun aku tidak belayar.   Biar pun begitu, tugas tetap dilaksanakan.   Di anjung keadaan masih terkawal, biar pun alun agak tinggi, akan tetapi Pegawai Memerintah (Lt Chandran), Pegawai Laksana (Lt Dya Fuad) serta Pegawai Navigasi (Lt Dya Zainin) masih bertugas mengikut giliran.   Begitu juga dengan semua anak-anak kapal, biar pun ada yang mabuk laut, namun mereka dapat bertugas mengikut giliran masing-masing.   Aku dapat melihat alun air laut hampir mencecah dek kapal.

Keadaan laut yang bergelora ini berterusan hingga ke malam hari dan hingga ke hari esok.

Bersambong pada lain 'post' Insya'Allah.

13 ulasan:

  1. emqdc kiew

    pak mail ....true life event...kesah yang benar -
    Well Done - Bravo Zulu

    BalasPadam
  2. Begitu juga bunyi percikan air laut dibelah kapal memecahkan kesunyian malam. Kenangan indah ini membuatkan kami yang telah bersara merindui akan alam pelayaran.

    Tepat sekali...jam 12 atau 4 pagi, setelah habis radar syif, saya akan duduk sebentar di buritan kapal untuk merenung gumpalan buih yang terhasil dari pintalan propeller...begitu indah dan menenangkan.

    BalasPadam
  3. As salam Pak Mail..
    Sebelum ni baca, tp x tinggalkan komen...

    Bilik komunikasi dgn bilik radar dlm satu bilik atau berasingan Pak Mail?

    BalasPadam
  4. Yastro,

    Bilik komunikasi sama sekali tidak boleh berkongsi dengan bilik2 lain. Kerana di dalam bilik komunikasi terdapat banyak bahan2 komunikasi yang berstatus rahsia. Maka itu hanya orang2 tertentu sahaja yang boleh masuk bilik komunikasi.

    Dari itu tentu sekali bilik komunikasi dan bilik radar tidak bersatu.

    BalasPadam
  5. Okeh Pak Mail..terima kasih.

    #hajat hati nak tanya lg, terutamanya yg "bahan2 komunikasi yg berstatus rahsia" tu...tp takut la plak...hehehe

    BalasPadam
  6. setelah membacakisah sahabat saya dapat rasakan kepayahan sahabat hadapi walaupun semasa kejadian saya berada diatas kapal KD HANG TUAH Dan sekarang sudah bersara hampir sebelas tahun semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT Amin..............

    BalasPadam
  7. Saudara Lat,

    Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya ini.

    Ya, mudah2an Allah swt merahmati roh ketiga2 mangsa.

    amin.............

    BalasPadam
    Balasan
    1. tigabelas tahun bersara, waktu kejadian saya bertugas di kd hang tuah, saya baca coretanx pak mail

      Padam
    2. Saudara tok1 yunus,

      Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya.

      Tidak berapa lama setelah peristiwa tersebut, saya ditukar pula ke KD Hang Tuah sehingga akhir bulan Mac 1985. Mungkin kita pernah makan di satu meja di galley KD Hang Tuah....

      Padam
  8. brvo zulu n well done pak mail telah menjadi slah seorang anggota navy untuk berkongsi pengalaman dalam servis..sya cukup terharu dengan cerita tersebut. bukan senang menjadi anggota navy lebihx lg belayar di lautan yang bergelora ombak. fizikal n mental moral anak kapal masa 2 akan luntur....salut pak mail.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Tanpa nama,

      Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya ini.

      Padam
  9. Dan saya kehilangan kawan..PK Mokhtar dan juga senior S/Lt Fuad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Saridah,

      Terima kasih kerana membaca coretan2 saya. Walau pun kami belum lagi mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain, tetapi apabila terjadi kejadian seperti ini terasa mereka sebahagian daripada kehidupan yang tidak boleh dilupakan....

      Padam