Pengikut

Jumaat, 18 Mac 2011

Kenyataan Sumbang Berikutan Peristiwa Tsunami Di Jepun

Sekurang-kurangnya ada tiga kenyataan dan gambaran sumbang yang aku ketahui berikutan peristiwa tsunami yang melanda negeri Jepun. Dua daripadanya merupakan kenyataan dari orang kenamaan dan satu pula merupakan gambaran karikatur.
Petikan karikatur akhbar Berita Harian.

Gambaran karikatur yang diterbitkan melalui akhbar tempatan Berita Harian telah menimbulkan banyak kritikan dan komen yang menggesa akhbar harian itu membuat permohonan maaf terbuka. Berikutan desakan dari orang ramai dan juga ahli politik tempatan, akhbar tersebut telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka melalui muka hadapan akhbar tersebut pada 14hb Mac yang lalu.

Kenyataan yang dianggap sumbang juga telah dibuat oleh Datuk Bandar Tokyo, Shintaro Ishihara yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku sebagai pembalasan dari tuhan kerana rakyat Jepun telah menjadi rakyat yang mementingkan diri sendiri serta tamak.
Shintaro Ishihara

Shintaro Ishihara juga tidak terlepas dari kritikan penduduk-penduduk Jepun dan mahukan beliau meminta maaf secara terbuka terhadap rakyat Jepun terutama kepada mangsa-mangsa yang terlibat secara langsung.

Berikutan kritikan ini, beliau juga telah meminta maaf kepada rakyat Jepun, khususnya kepada mangsa yang terlibat.

Kenyataan yang senada juga telah dibuat oleh the so-called FLOM (First Lady Of Malaysia), Datin Paduka Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ketika mengulas tentang kejadian tsunami yang berlaku di negeri Jepun.
Rosmah Mansor


Datin Paduka Rosmah Mansor dipetik sebagai berkata bahawa kejadian tsunami itu berlaku akibat dari kecuaian dalam melaksanakan pelan mesra alam dan pembangunan di negara tersebut.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa bencana itu harus menjadi satu pengajaran kepada Jepun dan negara-negara lain.

Komen beliau itu telah membuatkan komuniti Twitter di Malaysia mengkritik dengan berbagai-bagai bahasa. Sila buka link ini.

Sehingga hari ini aku masih mencari-cari atau aku telah terlepas membaca permohonan maaf beliau (kalau-kalau ada).

Perkara ini membuatkan aku berfikir bahawa Shintaro Ishihara yang beragama Buddha/Shinto itu mempunyai nilai budi yang lebih mulia dari Rosmah Binti Mansor.

Shintaro Ishihara sanggup merendah diri meminta maaf atas kenyataannya yang menyinggung perasaan bangsanya. Namun, Rosmah Binti Mansor masih lagi bersikap ego dan meninggi diri tidak mahu meminta maaf atas kesilapannya memberi kenyataan yang menyinggung perasaan satu bangsa lain.

Di mana letaknya nilai budi bangsa Melayu yang satu ketika dahulu terkenal dengan nilai budi dan bersopan santun yang tinggi.

Aku berharap Pak Menteri Rais Yatim dapat mengajar Rosmah Binti Mansor sedikit pengajaran tentang budi pekerti yang luhur.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Mail

    Bkn nak membela, tp saya sdri dah tgk dan dgr kenyataan Rosmah. malangnya apa yg di gembar-gembur cuma sebahagian dr apa yg dia ckp, kalau dgr dr seluruhnya br kita blh faham apa maksudnya. tp itulah skrg, sbb politik semua nak dipolemikkan, nak difitnahkan. kalau betul tak apa lah juga, tp kalau kita yg salah?

    sbb tu dlm Islam pun takboleh baca/ambil sebahagian dr kandungan al-Quran tanpa lihat keseluruhannya. bahaya, maksud dah jadi lain nanti. wallahuallam.

    BalasPadam
  2. Saya memang tidak sukakan rosmah tetapi sebagai seorang Islam kita kena membela dan menentang kebatilan.

    http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0I

    Sila tonton dan nilaikan sendiri.

    Ini komen saya bila kawan facebook saya mengutuk dengan menggunakan video itu..

    i see no harm, especially when she says we should also be aware of possible effects on the environment due to our actions..so now we cannot be green and take a cue from a natural disaster like japan..strange concept of PC my friend..i suggest you listen to what she says again with an open mind..she did not actually link japan nor said she brought it upon herself....the announcer planted that, typical marketing trick..

    BalasPadam
  3. Org melayu memang terkenal dgn ego yg melantun-lantun, kalau buat salah/silap mana nak minta maaf. Berbeza dgn org Jepun yg mudah minta maaf & kalau salah terus mengaku/ letak jawatan( bertanggungjawab) walau pun mereka bukan Islam.

    Ini bertepatan dgn kenyataan seorang ulamak dari Arab/Mesir :" Aku temui org barat(perancis-kafir) amalan hidupnya seperti dikehendaki Islam manakala org Islam(mesir)sendiri hidupnya tanpa amalan yg dikehendaki oleh Islam" Cthnya kebersihan, kejujuran, perihatin dll.

    Seperti kata-kata Saidina Omar ketika menawan Baitulmuqqadis " Kita mulia kerana Islam, tanpa Islam kita adalah bangsa yg hina.

    BalasPadam
  4. Saudara Anonymous,

    Alaikomsalam, pertama-tama terima kasih kerana memberi maklum balas dan komen yang sihat.

    Insya'Allah sama-sama kita fikir dan nilaikan dengan fikiran terbuka dan lapang dada seperti yang disarankan oleh saudara Mumuchi.

    Saudara Mumuchi,

    I will look into the video again and listen carefully to what she says.

    Thank you for the advise.

    BalasPadam
  5. Saudara abuamir,

    Saya setuju dengan pandangan ulama' dari Arab/Mesir yang saudara maksudkan kerana secara peribadi saya sendiri telah sampai ke Mesir suatu ketika dahulu dan melihat sedikit tatacara kehidupan mereka. Kenyataan ini diperkuat lagi dengan satu entri di dalam blog Dr. Maza http://drmaza.com/home/index.php?s=antara+beijing+dan+kaherah

    BalasPadam