Pengikut

Isnin, 21 Mac 2011

Pemeriksaan Dan Rawatan Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Aku telah mengalami sakit di bahagian perut sejak petang semalam sebanyak tiga kali sehingga di pagi menjelang subuh hari ini. Sakit di bahagian perut ini menyebabkan aku tidak selesa. Disertai pula dengan selesema yang serius (aka resdung). Hidungku sentiasa gatal dengan air lendirnya yang keluar tidak henti-henti. Hanya apabila berbaring selesemaku berkurangan sedikit. Itupun setelah aku ambil ubat yang dibeli dari farmasi.

Pagi ini aku ke hospital setelah menghantar anak bongsuku ke sekolah. Dalam keadaan sakit dan tidak selesa aku memandu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seorang diri. Jalan menuju ke HKL agak sesak kerana masyarakat kota sedang menuju ke tempat kerja masing-masing. Namun aku terpaksa redah juga untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Aku tiba di HKL, bahagian pesakit luar untuk pendaftaran jam 8.05 minit pagi dan diberi nombor giliran 1365. Nombor yang sedang dipanggil ialah 1240. Aku lihat ramai orang datang untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Tambahan pula hari ini hari Isnin. Selalunya bilangannya agak lebih sedikit daripada hari-hari lain.

Sementara menunggu nombor giliranku dipanggil aku berbual dengan orang disebelah tempat aku duduk agar aku tidak merasa bosan menunggu.
Kaunter Pesakit Luar HKL
Setelah lebih satu jam, baru nombor giliranku dipanggil jam 9.10 minit pagi dan diarahkan ke Bilik 29 untuk menemui doktor.

Nombor giliranku dipanggil untuk menemui doktor jam 9.30 pagi. Aku diperiksa oleh Dr Suzana Wati Shafie. Setelah diperiksa, Dr Suzana mengarahkan aku untuk mengambil bacaan tekanan darah, denyutan nadi dan bacaan kandungan gula di luar biliknya.

Bacaan tekanan darahku agak tinggi iaitu 151/106 mmHg.
Bacaan denyutan nadi ialah 86/min.
Bacaan kandungan gula pula ialah 4.7 mmol/l.

Bacaan denyutan nadi dan kandungan gula kelihatan baik. Hanya bacaan tekanan darah tinggiku tidak begitu baik. Aku memang mempunyai sejarah sakit darah tinggi. Suatu ketika tekanan darahku pernah mencecah sehingga 201/130 mmHg bacaannya.

Setelah selesai mengambil bacaan-bacaan tersebut, aku menemui doktor semula untuk mengambil preskripsi ubat.

Di farmasi aku diberi nombor giliran untuk mengambil ubat. Nombor giliranku dipanggil setelah lebih kurang 10 minit menunggu dan diberi beberapa ubat. Aku selesai berurusan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jam 10.10 minit pagi.

Sebenarnya aku tidak selalu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan penyakit di HKL. Seingat aku, ini merupakan kali kedua aku mendapatkan rawatan di HKL. Aku selalunya mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di Klinik Kerajaan setempat di Gombak.

Oleh yang demikian, aku dapati bahawa perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan di HKL telah jauh bertambah baik dan amat memuaskan berbanding beberapa tahun dahulu. Waktu menunggu juga tidak lama. Walaupun ketika waktu menunggu giliran untuk mendapatkan bilik rawatan agak lama iaitu mengambil masa lebih sejam sedikit namun perkara ini tidak dapat dielakkan kerana pesakit terlalu ramai. Biarpun ramai pesakit namun kondisi sekeliling juga selesa dan amat baik.

Oleh itu, aku kira aku tidak punyai rungutan tentang perkhidmatan di hospital yang diberikan dalam hal ini.

2 ulasan:

  1. Assalamualakium Pak Mail..
    emak saya pernah megalami tekanan darah yg tinggi dlm 2 bulan lepas...kene duk kat wad dlm 6 hari

    start dr hari tu sampai skg mak saya kene cucuk pd bhg badan setiap malam...Di harap Pak Mail juga berhati2...

    BalasPadam
  2. Saudara Yastro,

    'Alaikomsalam. Terima kasih kerana memberi peringatan.

    BalasPadam