Pengikut

Sabtu, 16 April 2011

Kapal Induk (Aircraft Carrier) Pertama Negeri China

Dunia ketenteraan khususnya tentera laut bakal menyaksikan kehadiran kapal induk (aircraft carrier) pertama buat negara China yang akan beroperasi sepenuhnya tidak beberapa lama lagi.

Segala kerja-kerja untuk mempersiapkan kapal tersebut sedang giat dijalankan di pelabuhan Dalian yang terletak di barat daya negeri China.

Menurut sumber yang dipetik dari laman sesawang ini, kapal sepanjang lk 300m ini dijangka menjalani percubaan di laut seawal musim panas ini. Oleh yang demikian, dengan pelancaran kapal tersebut kelak akan turut merubah persepsi keseimbangan kuasa-kuasa besar di rantau ini.
Vayrag sedang ditunda. Gambar Hiasan.

Sedikit sejarah kapal ini.

Kapal ini mulai dibina pada tahun 1985 di Ukraine yang sewaktu itu masih dibawah pemerintahan Kesatuan Soviet dan diberi nama Riga. Tiga tahun kemudian ianya dilancarkan. Pada tahun 1990, kapal ini ditukar pula namanya Varyag mengambil sempena nama ke atas sebuah kapal Russia dari jenis 'cruiser' yang terbilang.

Namun pada tahun 1992, pembinaan ke atas kapal ini telah dihentikan sama sekali. Struktur kapal ini telah siap sepenuhnya tanpa peralatan letronik. Pemilikan kapal ini telah diserahkan kepada Ukraine apabila Kesatuan Soviet dibubarkan. Kapal ini kemudiannya telah dibiarkan tanpa diteruskan pembinaannya dan dibiarkan juga tanpa sebarang senggaraan.

Pada tahun 1998, kerajaan Ukraine telah mengumumkan untuk melelong kapal ini tanpa enjin, kemudi (rudder) dan pelbagai peralatan lain yang membolehkan sesebuah kapal beroperasi.

Kapal ini telah dibeli oleh pemerintah negeri China melalui sebuah syarikat dari Hong Kong, Chong Lot Travel Agency Ltd, sebuah syarikat perjudian. Kapal ini kemudiannya telah ditunda dari Ukraine ke negeri China melalui Selat Jabal Tariq (Straits of Gibraltar), Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) dan melalui Selat Melaka sehingga ke Pelabuhan Dalian di China.

Pada asalnya kapal ini direncana untuk dijadikan sebuah kasino yang disangsi oleh kebanyakan negara-negara pemerhati yang berpendapat bahawa China ingin memajukan sistem pertahanan mereka melalui pembangunan dan pemodenan tentera laut. Namun, ianya ternyata tepat apabila bidanya untuk mendapatkan lesen perjudian dari Macau gagal.

Kini penganalisis percaya bahawa Pasukan Tentera Laut China akan menggunakan kapal ini sebagai platform latihan bagi pesawat-pesawat pejuang untuk berlepas dan mendarat.

Walau bagaimanapun, Laksamana Robert Willard, Pemerintah Tentera AS di rantau Pasifik berpendapat bahawa keberkesanan kekuatan Tentera Laut China masih jauh untuk dilihat biarpun dengan kehadiran kapal induk tersebut. Ini kerana pasukan Tentera Laut China harus melalui proses latihan yang panjang serta ilmu pengetahuan yang luas dalam mengendalikan sesebuah kapal induk.

5 ulasan:

  1. wahh..kapal besar tu nak dijadikan kasino..da mcm star cruise la plak ye..eheh

    BalasPadam
  2. chii,

    Pandangan saya ini helah mereka nak dapatkan kapal itu kerana negeri China tidak pernah memiliki kapal seperti ini, jadi mereka nak belajar secara praktikal mengenai apa sahaja tentang kapal ini.

    BalasPadam
  3. Nampaknya China dh melangkah setapak kedepan dgn pemilikan kapal ni....mungkinkah Spratly menjadi penyebab keatas pembelian ni?

    BalasPadam
  4. Nampaknya begitulah. Tapi pandangan saya kekuatan armada China masih jauh ketinggalan dibanding negara maju.

    Kalau banding negara rantau sini, memang China kuatlah.

    BalasPadam
  5. TQ Pak Mail for sharing.

    BalasPadam