Aku hampir selesai membaca buku ini. Sedikit sebanyak buku ini mendorongku dalam meneruskan impian dan cita-citaku untuk menulis sebuah buku autobiografi atau memoir mengenai diriku sepanjang perkhidmatanku di dalam TLDM.
Walaupun aku bukan seorang bekas pegawai yang berpangkat tinggi dan memegang jawatan-jawatan yang hebat sepanjang perkhidmatanku di dalam TLDM, namun aku terpanggil untuk menulis khususnya tentang peristiwa hitam di dalam sejarah TLDM berkaitan tenggelamnya bot peronda KD Sri Perak yang berlaku lebih 27 tahun yang lalu.
Namun aku punyai banyak kelemahan dan kekurangan dalam merealisasikan hasratku ini. Aku tidak punyai latarbelakang sebagai seorang penulis. Aku juga tidak punyai pendidikan yang formal dalam bidang penulisan. Maka itu aku harus mempelajari sedikit sebanyak tentang teknik penulisan sama ada menerusi pembacaan atau menghadiri kursus pendek demi memantapkan penulisanku.
Aku akan menulis secebis demi secebis dalam menghasilkan manuskrip tulisanku ini. Ini memandangkan aku juga perlu melaksanakan kewajipanku dalam mencari nafkah seharian untuk kemaslahatan keluargaku di samping menulis secara sampingan dalam mencuri waktu-waktu terluang. Oleh itu aku meletakkan satu jangka waktu yang agak sedikit panjang yakni mungkin satu tahun dari hari ini untuk menyiapkan hasil penulisanku ini. Insya'Allah.
Dengan mengharapkan pertolongan Allah jua, aku mohon agar cita-citaku ini berhasil. Dan semuga Allah memberi kekuatan semangat terhadap diriku serta memudahkan segala urusanku dalam merealisasikan cita-citaku ini dan juga menjauhkan aku dari sikap putus asa.
Amin........

Semoga impian Pak Mail jd realiti.. Bagus sgt niat tu.. mana tau buku Pak Mail bole jd bahan rujukan sejarah atau TLDM sendirik..
BalasPadamdoakan pak mail dapat capai hajat pak mail... semoga berjaya....
BalasPadamSemoga cita-cita Pak Mail menjadi kenyataan. Amin... Pak Mail boleh! ;)
BalasPadamSaya mendoakan agar apa yang Pak Mail idamkan itu menjadi kenyataan. Apa yg saya nampak, sejujurnya corak penulisan Pak Mail lebih baik dari saya sendiri...
BalasPadamusaha yang baik ,insyaallah akan disertai dengan hasil yg baik nanti....
Assalamualaikum Pak Mail yang saya hormati,
BalasPadamSaya suka membaca blog Pak Mail dan Utuhpaloi.com.
Tuan-tuan mempunyai bakat penulisan yang sungguh baik.
Saya cadangkan supaya Pak Mail supaya mengikuti kursus penulisan gratis yang diberikan oleh Puan Ainon Mohd. pada hari Ahad mengikut jadual yang ditetapkan dalam laman universitipts.com. Mohon daftar nama di situ dan layarinya selalu bagi menyemak tarikh kursusnya.
Kursus-kursus yang wajib dihadiri bagi menulis buku yang diterbitkan oleh PTS adalah seperti Kursus Penulisan Teknik Surah Yusuf, Bahasa Melayu Tinggi, Teknik KJ, Teknik Bahasa Persuasif,dan beberapa lagi kursus.
Terima kasih.
bagus tu Pak Mail, yg ponteng ado niat, lopeh tu usaholaa sikit-sikit...InsyAllah tuhan akan membori petunjuk. Den pun teringin nak tulih riwat hidup Den, tapi sobab banyak kokangan dari sogi isu keselamatan dan OSA mako , hajt Den tu tak kesampaian....Pak Mail jgn ghisau pasal latarbelakang Pak MAil, yg ponteng apo yg ditulih tu boleh difahami, tak semestinyo nak kono guno bahaso yg tinggi-tinggi...!!! Semoga cito-cito Pak Mail tercapai...!Amin!
BalasPadamTerima kasih saya ucapkan kepada saudara/i yang mendoakan agar cita2 saya terlaksana. Dengan doa dan komen saudara/i semua akan menambahkan lagi dorongan serta menguatkan semangat saya untuk terus menulis buku tersebut. Insya'Allah.
BalasPadamSaudara Iskandar,
Alaikomsalam. Terima kasih kerana sudi dan suka membaca blog saya. Dan terima kasih juga kerana memberi jalan untuk saya mengikuti kursus2 yang disebutkan itu.
Insya'Allah saya akan segera mendaftar.
Salam Pak Mail.
BalasPadamProfessor2 kat U tu pun bukan pandai tulis buku. Tak berapa kerat yang tulis buku. Yang penting ada minat, kemahuan dan semangat. Pak Mail pasti berjaya menulis seperti yang di hajati.
Saudara Anonymous,
BalasPadamTerima kasih atas galakan saudara itu. Insya'Allah saya akan berusaha menulis buku tersebut.
Semoga impian tuan akan tercapai.
BalasPadamUjangKutik,
BalasPadamTerima kasih atas doa saudara itu.
Tanpa Nama berkata...PakMail
BalasPadamBila saya tiba disini saya tertarik membaca posting tentang cita cita untuk menghikayatkan riwayat hidup. Sebagai seorang yang sudah dua kali warga mas merasa betul keinginan PakMail itu. Saya percaya tiap2 seorang mempunyai riwayat hidup yang tersendiri. Itu lah kelebihan PENCIPTA kita mrnjadikan kita berlainan.
Kepada saya PakMali masih muda. Tidak semastinya menetapkan tempoh menghabiskan buku itu. Biarlah mempunyai mutu tersendiri. Saya tidak mempunyai niat menulis buku.Tetapi setelah beberapa tahun menulis blog ttentang kegiatan saya ramai yang membuka mulut menyatakan apa yang saya tulis mempunyai nilainya tersendiri dan boleh menjadi tatapan yang berguna.
Itu terpulanglah kepada keadaan. Saya ingin anak anak saya menilai riwayat hidup saya. Kalau sebagai seorang ayah mereka melihhat ada tauladan yang berguna kepada meereka saya harap mereka akan menilai dan membuat keputusan apa yang patut dibuat seterusnya.
Dalam pengalaman saya lagi lama kita mengambil masa mengeluarkan pemikiran keatas kertas lagi banyak bahan bahan baru yang datang yang kita boleh tokok tambah.
Dengan itu saya memberi pandangan secara ikhlas. Biarlah lambat tetapi bermutu. Gunakan blog ini untuk permulaan. Selepas itu kimpulkan sahaja mengikut pandangan yang luas pada penghujungnya. Penulis yang pandai dan bepenalaman boleh buat apa saja. Bukan kita.
Salam hormat.
Pakcik Almanar
www.almanar-nuri.blogspot.com
Pakcik Almanar,
BalasPadamTerima kasih kerana sudi membaca coretan saya dan memberi nasihat dan pandangan yang berguna itu.
Saya sedang dalam proses memperbaiki kelemahan2 saya dalam menulis kisah hidup saya yang amat kerdil ini. Saya juga sedang mencuba mempelajari banyak aspek penulisan berkualiti.
Walau bagaimanapun Insya'Allah, saya akan cuba buat yang terbaik dalam menghasilkan buku tersebut.
Sekali lagi terima kasih atas nasihat Pakcik Almanar itu.