Pengikut

Isnin, 2 Mei 2011

MAJLIS PERKAHWINAN

Siang tadi aku serta isteri dan iparku menghadiri majlis perkahwinan anak seorang sahabatku di Taman Melati, Kuala Lumpur.
Dewan Salahuddin Al Ayubbi
Kedua mempelai menanti santapan.
Bersama ayah dan ibu pengantin perempuan.

Dewasa ini aku perhatikan ramai ibubapa yang mengadakan majlis seperti ini khususnya di Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar melaksanakan perkahwinan anak-anak mereka di dewan serbaguna atau dewan-dewan tertentu berserta khidmat katering keseluruhannya.

Penetapan hari untuk melangsungkan perkahwinan juga tidak perlu untuk menunggu  percutian sekolah seperti waktu dahulu. Tambahan cuti sehari di hujung minggu seperti ini (Hari Buruh), diambil peluang oleh ibubapa untuk melangsungkan perkahwinan anak-anak mereka.

Pendek kata zaman berubah, suasana majlis juga berubah.

Warga tua dari kalangan lelaki tidak lagi kelihatan membantu para ibu-ibu memasak nasi minyak di dalam kawah besar atau menggoreng ayam di kuali.

Para ibu-ibu juga tidak lagi kelihatan beramai-ramai memotong bawang, memotong cili sambil bergurau senda dalam menyediakan masakan-masakan untuk para jemputan.

Anak-anak kecil juga tidak kelihatan berlari-lari berkejaran dan bergembira dalam suasana kemeriahan ini.

Suasana riuh rendah, hilai ketawa, gurau senda dari kalangan ibu bapa tidak lagi kedengaran dan kelihatan dalam majlis seperti ini.

Inilah harga perubahan zaman.

Namun, aku  bersyukur kerana suasana seperti ini masih lagi terdapat di kampung-kampung. Warisan budaya yang tak mungkin luput dimamah zaman.

8 ulasan:

  1. heheh..bg mereka2 yang berkemampuan..mrk akan lakukan di hotel..lg mudah..semangat gotong royong mcm dulu2 da semakin berkurang

    BalasPadam
  2. Salam Pak Mail,

    Saya pun menghadiri beberapa majlis perkahwinan pada hujung minggu lalu. Rata2 semuanya guna khidmat katering.
    Di kampong2 pun sudah ada mula gunakan khidmat ini nampaknya.

    BalasPadam
  3. Salam kembali Pak Zabs,

    Apa nak dikatakan. Nampaknya tempias perubahan tidak dapat dielakkan. Kini menyusup pula ke kampung2.

    BalasPadam
  4. chii,

    Mereka yang meraikan majlis di hotel ini adalah mereka yang benar2 mempunyai lebihan wang yang banyak.

    Tak gitu ke......

    BalasPadam
  5. Makin moden makin renggang la hubungan dan semangat kejiranan...tak dinafikan kat kampung pun dh mula start majlis katering2 nih...semangat kejiranan dh semakin pudar,x mcm dulu2 lagi...

    BalasPadam
  6. Saudara Yastro,

    Makin moden makin senang segala-galanya. Dan semakin membuat kita jadi malas dan seterusnya membuatkan kita senang dapat penyakit.

    Ada kemungkinan juga ya....

    BalasPadam
  7. ha ah..dan mungkin juga..mrk fikirkan..xmo kecah2 di rumah..abih majlis..semua leh pulang rehat ngan selamat :)..

    BalasPadam
  8. chii,

    Seperti kata Upin dan Ipin, betul..betul...betul...

    ha....ha....ha.....

    BalasPadam