Pengikut

Jumaat, 3 Jun 2011

TLDM Setelah Lebih 77 Tahun....

Usia TLDM yang telah menjangkau lebih 77 tahun merupakan satu usia yang agak relatif panjang dalam mengharungi segala bentuk pengalaman baik dalam soal pentadbiran mahu pun dalam soal membina satu armada yang kukuh dan kuat.

Di dalam entri terkini menerusi blog WN yang memetik dari sumber majalah Perajurit Edisi Apr 2011 ada memuatkan tulisan saudara Hamzah yang mengimbau sekilas tentang bermulanya penubuhan angkatan laut kecil yang terdiri daripada sekumpulan anak-anak muda melayu dengan sokongan penjajah Inggeris 77 tahun yang lampau. Dan sehingga kini menjadi satu angkatan laut yang besar dan sofistikated serta disegani oleh negara-negara di rantau ini.

Dalam usia yang panjang ini, berbagai pengalaman pahit dan getir dalam mempertahankan negara telah ditempa dan diharungi oleh anggota-anggota TLDM baik sebelum mahupun selepas negara mencapai kemerdekaan.

Buku Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia-
Penerima S.P. dan P.G.B.
Di dalam buku Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia - Penerima S.P dan P.G.B, aku dapati tidak seorang pun dari kalangan penerima Pingat Gagah Berani (PGB) terdiri daripada pegawai dan anggota LLP dari pasukan TLDM. Kebanyakan penerima terdiri dari pegawai dan anggota LLP dari unit Tentera Darat, PDRM dan juga TUDM.


Persoalannya. Apakah TLDM tidak terlibat di dalam perjuangan menentang musuh negara seperti PKM sewaktu insurgensi atau pun KKO sewaktu berkonfrontasi dengan negara jiran suatu ketika dahulu.

Masakan tidak terlibat. Cuba saudara/i klik ini dan baca kisah pengalaman salah seorang anggota TLDM ketika berjuang menentang musuh di samudera raya. Klik ini juga untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.


Setelah aku membaca buku ini, perjuangan pegawai dan anggota-anggota LLP dari unit Tentera Darat dan juga pasukan PDRM serta pasukan TUDM ianya hampir sama sahaja dengan pegawai dan anggota LLP dari pasukan TLDM, iaitu matlamat mempertahankan kedaulatan negara dengan penuh keberanian tanpa menghiraukan keselamatan diri. Mereka berjuang sehingga ke titisan darah terakhir sehingga terkorban, berpisah nyawa dari badan. Tidak kurang juga ada yang cedera parah dan kekal.

Aku tertanya-tanya apakah perjuangan anggota dari pasukan TLDM seperti itu tidak diketahui oleh pihak atasan atau apakah sejarah seperti itu tidak didokumentasikan dengan jujur dan tepat. Atau apakah pihak atasan khususnya pegawai-pegawai tinggi TLDM telah leka dengan pangkat yang disandang di bahu mereka. Begitu berat pangkat di bahu sehingga mereka tidak berdaya berdiri untuk mencari kebenaran dan terpaksa duduk di atas kerusi empuk di dalam bilik berhawa dingin.

Sekiranya pihak TLDM tidak mempunyai butiran-butiran yang tepat dan sahih mengenai sejarah yang dipertikaikan mengapa tidak berusaha dan berikhtiar untuk mencari dan bertanya serta membuat penyelidikan daripada bekas anggota-anggota TLDM yang masih hidup supaya boleh dibuat penyemakan terhadap dokumentasi yang bercanggah dan dipertikaikan. Inilah masanya untuk mencari kebenaran dan memperjelaskan segala pertikaian dan percanggahan.

Jika hendak seribu daya. Jika keberatan seribu alasan.

Sehingga kini hanya seorang sahaja pegawai TLDM dari cawangan PASKAL berjaya meninggikan martabat TLDM setelah menerima pingat kedua tertinggi ATM iaitu pingat Pingat Gagah Berani (PGB).

Pingat kebesaran yang tertinggi di dalam ATM ialah pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) yang telah dianugerahkan kepada seramai 25 orang yang aku ketahui termasuk Allahyarham Abdul Jalil bin Ibrahim seorang bekas Penolong Pengurus Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang mati dibunuh di Hong Kong pada tahun 1983. Dan daripada 25 orang ini juga tiada seorang pun terdiri dari kalangan pegawai dan anggota LLP dari pasukan TLDM.

Ironinya, pingat-pingat S.P dan PGB itu sepatutnya dikhaskan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota tentera dari lain-lain pangkat. Tetapi diberi kepada orang awam. Bukan aku pertikaikan penganugerahan pingat kepada Allahyarham Abdul Jalil itu. Tetapi yang membuat aku sedikit pelik ialah mengenai pingat S.P yang diberi itu.

Di sini aku petikkan sedikit apa yang diperkatakan oleh salah seorang penerima pingat PGB iaitu Lt Kol (B) Ismail Bin Ghows pada halaman 80 daripada buku ini,

"Di negara lain ujarnya, pingat keberanian hanya diberi kepada anggota tentera manakala pingat keberanian untuk polis dan awam adalah berlainan. Ini kerana tentera ditugaskan berperang dengan musuh yang juga merupakan anggota yang lengkap bersenjata".

Namun bagiku polis yang ditugaskan ke hutan menentang komunis di negara kita yang tercinta ini sama sahaja dengan anggota tentera. Oleh itu aku terima sekiranya anggota polis juga diberi pengiktirafan dan penganugerahan yang sama seperti anggota tentera. Tetapi bagi orang awam, mereka boleh diberi pingat yang lain dari pingat yang dikhaskan untuk anggota-anggota tentera sebagai pengiktirafan dan penganugerahan.

Pegawai TLDM yang menerima pingat PGB yang aku maksudkan itu ialah Kdr Anuar Bin Alias (pangkat terkini). Berikut aku paparkan sedikit latar belakang beliau yang diambil melalui wikipedia.

"PASKAL yang diketuai oleh Leftenan Komander Anuar bin Alias pernah terlibat dalam misi pengaman PBB di Angola iaitu UNIVEM II pada tahun 1998. Antara insiden yang melibatkan pasukan ini ialah ketika konvoi yang membawa bekalan dihantar ke kawasan bandar, unit PASKAL dan tentera Namibia yang terlibat telah diserang oleh lima orang puak pemberontak semasa dalam perjalanan. Seorang pemandu trak konvoi terkorban dan beberapa orang awam didalam kenderaan cedera. Komander Anuar dengan beraninya berjaya menghalau pemberontak tersebut daripada merampas bekalan sungguhpun beliau tidak bersenjata dan ia pasti membahayakan diri beliau. Keberanian beliau dalam misi ini menyebabkan beliau diangugerahkan dengan "Pingat Gagah Berani" oleh Yang DiPertuan Agung."

Aku kira wira-wira TLDM yang berjuang di era konfrontasi dan era menentang komunis tidak cukup untuk mereka digelar pahlawan kerana nyawa mereka hanya bernilai sebanyak gaji yang mereka terima setiap bulan. Tidak lebih dari itu. Biarpun nyawa mereka dilintasi peluru KKO yang tidak mengenal kawan atau lawan.

Inilah natijahnya wira-wira yang tak didendang dari pasukan TLDM.

21 ulasan:

  1. Sbg org awam, sy juga merasa hairan bilamana seorang org awam diberi pingat tertinggi negara, sedangkan masih ramai wira negara yg telah setia dan bergolok gadaikan nyawa demi memastikan keamanan dan keharuman nama negara terpelihara...Mungkin...

    (pd pandangan sy) pegawai2 atasan TLDM yg sepatutnya berusaha lebih utk perkara tersebut.

    BalasPadam
  2. se ingat saya ..satu ketika dulu laksamana dari TLDM di lantik untuk menjadi panglima angkatan tentera malaysia.Ini juga satu pengikhtirafan tinggi pada TLDM. Tapi subjek pak mail ni ia lah penganugerahan pingat..

    pak mail saya suka la tengok seorang navy yang berjambang ...macho je..

    err..pangkat bawahan boleh simpan jambang ke pak mail..?

    BalasPadam
  3. Saudara Yas,

    Memang benar, sepatutnya begitu. Pegawai TLDM harus berusaha mencari kebenaran sejarah.

    Theolrascal,

    Laksamana yang menjadi PAT itu pernah menjadi CO saya juga ketika berkhidmat di kapal KD Hang Tuah dahulu.

    Anggota TLDM pangkat rendah juga boleh simpan jambang. Tapi kalau lebat nampak macho la... tapi kalau jambangnya jarang2 baik tak payahlah....

    BalasPadam
  4. hurm...takyah jauh..arwah atuk chii dulu pun sorang bekas tentera juga..tp xde pape pun..

    dlm paper..ramai je bekas2 tentera yg da dilupakan jasa mereka..lebih2 lagi yg pernh berkhidmat bersama2 memerangi komunis..

    BalasPadam
  5. Hai....nasib.............nasib..............

    Nasib si Badan

    BalasPadam
  6. Pada pandangan saya kegagalan mengetengahkan wira2 dari TLDM berkemungkinan ATM dikuasa/dimonopoli atau dicaturkan oleh TD, tidak spt di Britain "Navy Control AF" ade pun giliran PAT dipegang oleh PTL sedikitmasa lalu hanya seketika shj. Ianya tiada mempengaruhi keseluruhan ATM. apapun ini pandangan peribadi saya. Harap kepimpinan TLDM sekarang buat sesuatu bagi mewirakan anggota TLDM dimasa akan datang dan memberi ganjaran setimpal dgn perjuangan mrk.

    BalasPadam
  7. Ex ODRG,

    Saya bersetuju dengan pandangan saudara tentang TD yang menguasai ATM dari sudut pentadbiran. Tetapi dalam isu ini saya rasa lebih berketepatan saya katakan bahawa pihak pengurusan TLDM tidak memainkan peranan proaktif dalam mengetengahkan wira2 TLDM sebelum ini.

    BalasPadam
  8. setuju dengan pandangan chii, bab tak dapat penganugerahan tu Den ta berapa kisah tapi bab tak di"perdulikan" selepas bersara yang banyak jadi isu dan Den akan kupaskan satu ketika yang sesuai nanti. PERHEBAT tak laah SEHEBAT MANA, kalau tidak takkan ramai lagi bekas tentera yg hidup merempat. PERSATUAN BEKAS PRAJURIT, VETERAN dan sebagainya tak juga berkemampunan untuk menangani permasalahan yang dihadapai oleh ramai bekas tentera..mereka lebih mementingkan agenda mereka...dari BENAR_BENAR MEMPEJRUANGKAN NASIB BEKAS TENTERA>...Walaupun ghamai yg akan tembak balik Den sebab memberi komen negatif kepada PERHEBAT dan PERSATUAN BEKAS TENTERA...tetapi itu adalah kenyataan...Den tunggu maso yg sesuai untuk mengulas lebih lanjut isu ini. NASIB BEKAS TENTERA MESTI DI BERI PERHATIAN< JIKA TIDAK JGN SLAAHKAN MEREKA JIKA MEREKA SOKONG PEMBANGKANG....Den tak sanggup melihat kawanx Den , jadi peminta sedekah, pencuri, penyamun dan sebagainya kerana KETIADAAN PELUANG LAIN UNTUK MENCARI REZEKI YANG HALAL disebabkan mereka adalah bekas tentera....Akhirkata...kepado bokeh-bokeh Tentera ..UNDILA PAK DEN CDO, SEBAGAI CALON PRESIDEN ANDA....BERSAMO KITO MEMBERI SINAR BARU KEPADA BOKEH TENTERO YG DALAM KESUSAHAN...UNDILAH DEN..CAP PAYUNG...SEKIAN TERIMO KASIH ....HARAP ADO YG MENDONGAR KOLOHAN BOKEH TENTERA INI...

    BalasPadam
  9. Cayalah DenCdo, kalau masuk calun Presiden Persatuan Bekas Perajurit, saya pasti datang beri satu undi.

    BalasPadam
  10. errkkk...panjang lebo tu dr Pak Den Cdo...seb bek org awam x leh ngundi tuk P.B.P....

    BalasPadam
  11. saya pun nak beri satu undi utk den cdo ... caya lah ...

    BalasPadam
  12. Yastro/cinta,

    Itu adalah yang lama disimpan. Kita tunggu Pak Den kasi lotupkan yang berbuku di dado tu nanti.

    BalasPadam
  13. nak undi rambo ke..
    nak undi den cdo..

    rambo..
    den cdo..
    dua dua pun nato
    dua dua pun hero

    lepas pencen
    jadi awam
    start zero
    aku pangggil...bro

    selamat maju jaya ...bro

    BalasPadam
  14. Aku totap undi den cdo. Kalau dio kaki ampu dah tentu paling kurang pun 1 bintang di bahunya.

    BalasPadam
  15. Kalau betul Cik Den Cdo...masuk bertanding, Pak Mail kono jd assistan dio laa....
    lagi kuek den support...hehehe
    #Alamak ter"nogori" la plak...hehehe

    BalasPadam
  16. pak mail,

    den cdo dah dapek byk bintang2 ... di langit tinggi ...

    BalasPadam
  17. pak mail,
    navy kita ada buat tak ceremony..
    well you when cross the equator...


    den cdo,
    kita jumpa haa..kat parlimen, lobby.

    BalasPadam
  18. cinta,

    hahahaha......termasuk bintang rtm pun ada ke....

    theolrascal,

    saya join navy tahun 77. Masa itu sudah mulai zaman peralihan dari era RMN yang banyak dipengaruhi budaya RN (Royal Navy) ke TLDM. Sewaktu saya berkhidmat di dalam TLDM tak pernah pula saya melintasi equator di dalam pelayaran. Jadi saya tak pernah meraikan apa yang dipanggil 'Crossing the Equator'.

    Tapi orang2 lama dalam TLDM tentu pernah merasai apabila pulang dari luar negeri membawa kapal kembali ke tanah air.

    Yas,

    Saya tolong bantu den cdo bancuh kopi boleh lah. Tapi kopi 'o' perisa salji tak ada. Kalau nak jugak kena impot dari Bosnia lah.....

    hiihihihi...

    BalasPadam
  19. Kecil-kecil dulu saya pernah teruja nak jadi navy tetapi lain jadinya.
    'Live traffic feed' blog saya mengesan tuan banyak berjalan.Eloklah tu,jauh perjalanan,banyak pengalaman.

    BalasPadam
  20. Salam Pak Mail,
    Saya terpanggil untuk mengulas tentang artikel di atas. Saya setuju pasti ada lebih ramai anggota TLDM yang sepatutnya diberi pengiktirafan dengan pingat keberanian keberanian Persekutuan dan negeri. Pihak Mindef sepatutnya lebih prihatin tentang perkara ini. Memang ada pingat2 keberanian negara luar yang boleh dianugerahkan kepada kedua dua orang awam dan juga tentera. Begitu juga dengan Malaysia. Saya setuju orang awam, sebagai contoh penjawat /anggota Bomba dan Penyelamat, di dalam situasi tertentu, contohnya Peristiwa Highland Tower, menyelamatkan nyawa orang ramai, tanpa mengindahkan keselamatan diri sendiri. Orang awam juga insan yang berbakti kepada negara dan harus diikhtiraf pengorbanan mereka. Satu contoh lagi, Pingat Purple Heart negara Amerika Syarikat, diberi kepada anggota tentera yang tercedera, di dalam sesuatu peperangan, tidak kira ia bertempur , telah membunuh musuh atau tidak, terkena serpihan mortar atau meriam dan sebagainya. Asalkan tercedera, akan diberi Purple Heart. Jika tercedera tiga kali di dalam kempen atau peperangan berlainan atau yang sama pun,maka 3 kalilah soldadu itu akan diberi pingat berkenaan. Sudah termaktub di dalam undang undang Persekutuan Malaysia, medal SP boleh diberi kepada orang awam atau tentera, inilah yang membuat negara kita unik. Tidak perlu diubah atau modify peraturan ini, biar kita dengan acuan dan peraturan kita sendiri, walaupun anugerah kita ada berbaur cara British. Tidak salah dan tidak apalah, kita pun negeri bekas jajahan mereka. Tidak perlu kita risau sangat apa negara lain buat. Akan tetapi, PGB adalah khusus untuk perajurit tanahair, iaitu anggota militari sahaja, angkatan tentera, ATM, yang berhak menerima pingat ini, orang awam, itu specialnya PGB ini. Wallahuawaalam dan wassalam.

    BalasPadam
  21. Salam sekali lagi Pak Mail,
    Pingat SP ini, ia diberi kepada orang awam dan juga anggota ATM. Manakala PGB pula dikhaskan kepada anggota ATM sahaja. Sebab itu kita lihat anggota PDRM mendapat SP sahaja, tidak pernah PGB, kerana PDRM dikira penjawat awam walaupun berunifom. Uniknya kita anggota ATM ni Pak Mail, boleh menerima kedua-dua SP dan PGB. Wassalam.

    BalasPadam