Dewasa ini ramai bercerita tentang Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual diadakan pada 9hb Julai akan datang. Setiap hari akhbar harian tempatan mengulas mengenai isu ini. Begitu juga akhbar-akhbar parti pembangkang tidak ketinggalan menulis menurut persepsi dan pandangan mereka.
Setiap hari juga lapuran-lapuran polis dibuat oleh pihak-pihak tertentu dan juga pihak individu mengecam dan menentang hasrat pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
Berbagai-bagai pandangan dan pendapat diberikan oleh pihak-pihak tertentu dan juga individu. Akhbar-akhbar tempatan banyak mengeluarkan pandangan yang menentang dan membantah perhimpunan yang tidak mendapat permit dari polis ini. Mereka tidak setuju perhimpunan ini diadakan kerana perhimpunan ini akan membuatkan pelbagai aktiviti harian masyarakat kota terganggu dan terjejas. Perhimpunan yang bakal disertai oleh ribuan warga tentu sekali akan mengganggu ketenteraman dan perjalanan aktiviti harian. Kesesakan jalanraya akan berlaku. Premis perniagaan akan ditutup kerana peniaga bimbang rusuhan akan berlaku. Anggota-anggota polis pula akan berada di serata tempat mengawasi keadaan. Ini akan membuatkan warga kota tidak selesa dengan kehadiran polis dan orang ramai yang menyertai perhimpunan tersebut.
Secara peribadi aku setuju dengan tuntutan lapan perkara pihak penganjur perhimpunan inginkan agar pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Namun, aku tidak setuju perhimpunan seperti ini diadakan. Banyak sebab telah diberikan oleh pihak polis dan orang ramai demi menjaga kepentingan ketenteraman awam.
Di dalam Islam aku berpendapat bahawa seseorang muslim itu seharusnya mementingkan kepentingan orang lain melebihi dari kepentingan diri sendiri seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.
"Sebaik-baik kamu itu ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain"
Oleh yang demikian, seseorang muslim itu tidak seharusnya terikut-ikut dengan perancangan yang dianjurkan oleh orang bukan Islam (Datuk S Ambiga) untuk berhimpun secara besar-besaran ini yang tentunya akan banyak membawa kepada pelbagai masalah kepada orang lain.
Dari aspek yang lain pula aku bimbang bahawa niat mereka yang turut menyertai perhimpunan itu akan 'dipesongkan' oleh syaithan laknatullah sekiranya mereka tidak betul-betul menjaga tatatertib dalam menyertai perhimpunan membantah dasar-dasar SPR dan kerajaan BN dalam mengendalikan pilihanraya.
Apa yang aku maksudkan 'dipesongkan' oleh syaithan laknatullah itu ialah mereka yang menyertai perhimpunan itu keluar dari rumah dengan sikap berbangga-bangga kononnya berjuang menentang kezaliman.
Tanpa disedari kita berbangga-bangga ketika menyertai perhimpunan ini disertai pula dengan berpakaian serba kuning dalam menunjukkan kesetiaan berjuang. Sikap berbangga-bangga ini yang sama sekali ditegah di dalam Islam seperti disebutkan di dalam Al-Quran,
"Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan kerana nanti kamu jadi lemah dan hilang kekuatan kamu. Dan sabarlah kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang keluar dari rumah-rumah mereka dengan sombong dan mahu menunjuk-nunjukkan kepada manusia serta menghalangi (manusia) dari jalan Allah kerana Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.
Dan ingatlah tatkala syaithan memperhiaskan kepada mereka amal-amal mereka dan berkata 'Tidak ada di antara manusia yang bisa mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku penolong kamu' ". Surah Al Anfal, Ayat 46 - 48
Oleh itu, adalah lebih baik sebagai seorang muslim kita tidak menyertai perhimpunan yang bakal membawa kepada pelbagai masalah terhadap orang lain.
Bukanlah bermakna pendapatku ini aku menyebelahi kerajaan hari ini. Aku sedar kerajaan pimpinan BN telah banyak melukakan hati rakyat dengan banyak mementingkan kepentingan mereka melebihi dari kepentingan rakyat. Tidak perlulah aku huraikan lebih lanjut kerana umumnya rakyat mengetahui hal ini.
Sebagai hujjah dan nasihat terakhir di dalam entri kali ini aku sertakan satu lagi ayat Al-Quran sebagai panduan kita bersama.
"....... Oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu yang suka mendengar perkataan (yang baik) lalu menurut dengan sebaik-baiknya. Merekalah orang yang dipimpin oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang menpunyai akal fikiran". Surah Az Zumar, ayat 17 dan 18
say no yo "perhimpunan" seaman mana pun, pasti ada yang jadikan ianya kucar-kacir, kesempatan dah ada kan... maka ada yg akan ambil kesempatan....
BalasPadam"kalau diri sendiri tak boleh nak kawal, mcmmana nak kawal org yang ramainya berpuluh ribu?" satu persoalan yg selalu bermain dlm kepala.... kawal lembu berpuluh kandang "lebih mudah" dari kawal manusia tau..... hahaha
Setuju nitestalker. Kalau dah puluhan ribu orang berhimpun bagaimana nak dikawal. Pasti akan ada yang beremosi dan hilang pertimbangan.
BalasPadamPaling yg saya geram bila ada puak2 lain yg cuba menyelit dlm perhimpunan ini dgn membawa fahaman yg sangat2 sensitip....komunis.
BalasPadamDatuk S Ambiga...hmmm teringat kes lina joy....
'....teringat kes lina joy',
BalasPadambukan Salina dalam cerpendek.
bukankah perhimpunan ini bertujuan memberikan kebaikan kepada semua rakyat di m'sia?
BalasPadammengapa nak kaitkan dengan kristianlah, komunislah, hindulah, itulah, inilah. itu kerja polis, biarlah polis sahaja yang buat propa, kita ada akal boleh berfikir.
kita bukan nak berperang, takde orang yang suka berperang, tapi jangan tutup jalan rakyat.
sebagai bekas tentera tak sepatutnya berfikiran begini, kerana dimana-mana negara didunia, tenteralah yang paling patriotik. bila ada pergeseran di antara pemimpin dan rakyat, biasanya tentera akan berpihak kepada rakyat. bukan macam polis.
saudara/saudari tanpa nama,
PadamSaya rasa pak mail already mentioned that this is his own personal opinion. And I think we should respect his opinion regardless dia tentera atau bukan.
Saya menyokonh tujuan perhimpunan ni tapi cara yang digunakan tidak sesuai..apakah dengan cara berhimpun dijalanan kita boleh mengubah apa yang ada ini sekelip mata?..cuba fikir-fikir kan kesanya kepada negara untuk jangka panjang
tanpa nama 11.07
BalasPadamPerhimpunan ini tidak bertujuan memnberikan kebaikan kepada semua rakyat malaysia melainkan segelintir kecil manusia yang mempunyai agenda politik tensendiri.
bukan kita ( orang melayu )yang kaitkan dengan kritian , kominis dsb nye. tetapi ada pihak beragama kristian yang promosi kan lebih2 supaya
kerajaan yg berdominasikan melayu islam di tumbangkan. lalu kata mereka kata selama berpuluh tahun kita telah menekan mereka. Ada kah kamu menekan mereka?
kemudian ada juga segelintir cina berfahaman kominis juga mengambil kesempatan. orang cina akan pasti nye kurang mengambil bahagian. kalau melayu ape agenda selain nak mempertahan kan anwar ibrahim.
lagi pun apa lah sangat penyerahan memorendam nak di bandingkan dengan potensi huru hara dan gangguan kepada mereka yang meniaga mencari penghidupan. adilkah kita pada mereka2 ini.
untuk pengatahuan kamu kedua2 polis dan tentera ada lah berkecuali...hanya tahap keselamatan tu saja yg menentukan keperluan penglibatan tentera.ketahui la..pasukan bomba dan penyelamat juga patriotk..begitu juga guru2 dan pekerja kilang saperti saya.
kamu kena lihat the bigger picture. jangan lah nak ikut buta2 atas kemarahan segelintir orang dalam parti pemerintah. di dalam parti pembangkang pun tidak kurang orang2 yang haprak.
Salam Saudara2ku yang budiman,
BalasPadamTahukah saudara2 semua dalam perhimpunan era reformasi 1999 dahulu ada pihak luar yang memberikan habuan RM kepada mereka yang berdemonstrasi?
Kerana mengikut emosi pada masa itu, saya dengan mudah melabelkan kisah habuan itu sebagai berita palsu. Tapi, selepas beberapa tahun kemudian, barulah saya mendapat tahu yang memang itulah taktik yang digunakan untuk menumbangkan banyak kerajaan dunia ketiga. Hanya segelintir negara sahaja seperti Cuba dan Malaysia yang mampu bertahan - setakat ini.
Sedarlah wahai saudara2ku, sesungguhnya ada pihak luar yang amat mahukan kepemimpinan Malaysia bertukar tangan. Andai tiba saat itu, saksikanlah, satu demi satu entiti kebanggaan negara akan tergadai.
Jika kita nanti sudah menjadi hamba di bumi sendiri, hanya sesalan sahajalah yang menjadi teman setia. Benarlah nasihat Pak Mail itu - janganlah kita berbantah-bantah sesama kita. Kelak, anak cucu kita jadi gelandangan di bumi tercinta ini.
Wassalam.
the masses are divided..pak mail
BalasPadamkedua dua pun yakin mereka di pihak yang benar...
what is the bloody truth yang sume orang boleh dengar dan terima...
itu la unique dan complex nye dunia melayu.
sambil bermadah kita berseloka
puas berpantun lalu menari
kalau sudah tak mencari pahala
jangan lah dosa sebagai ganti
Askm................
BalasPadamItu sajalah kehebatan kita bangsa Melayu, apa2 pun perkara buruk yang berlaku pada diri kita, kita akan tuduh orang/bangsa/pihak ketiga yang lain, walaupun jauh di sudut hati kita, kita sendiri tahu kita bersalah.
Kita salahkan penjajah kerana menakluki Tanah Melayu dan menindas kita, tapi apabila Empayar Melaka menakluki Nusantara kita pula sibuk mendabik dada mengatakan kita bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat.
PDRM dah menyambut ulangtahun yg ke 204 dan kita berbangga dengan mereka sekarang, tetapi dahulu di zaman Tok Janggut dan Dato Bahaman sejarah kita sendiri menggelarkan mereka ini pembelot, nama2 mereka (anggota polis)yang terbunuh dilupakan dan Tok Janggut & Dato Bahaman di sanjung sebagai pejuang. Sejarah boleh berubah, yang penting nilai perjuangan itu adalah benar.
Ingat! perjuangan hidup ini bukan berlandaskan cita2, politik atau kemewahan hidup sahaja, tetapi yang lebih penting kepada yang ESA dan apa yang boleh kita sumbangkan kepada masyarakat, umat manusia dan keseluruhan alam ini walaupun sebesar ZARAH.
Janganlah kita menjadi seolah-olah seperti YAHUDI DI TIMUR! Kita hanya mencuba mendapatkan hak kita sebagai bangsa Melayu sehingga kadang2 kita menindas orang lain......., sifat ini akan menjatuhkan nilai bangsa kita sendiri pada pandangan bangsa lain, sebagaimana bangsa Yahudi yang hebat itu dipandang kini.
Jika BERSIH itu memperjuangkan perkara yang baik kita seharusnya menyokong! Jika kita nampak akan berlaku kekurangan dalam menyampaikannya kita seharusnya memperbaiki. Ini seiring dengan perjuangan Rasullullah iaitu secara bersembunyi ketika di Mekah dan secara terbuka ketika di Madinah.
Semoga Allah merahmati aku, bangsaku, negaraku dan alam ini keseluruhannya.
Waalaikumsallam tanpa nama 12:04,
BalasPadamKamu kata....''Jika BERSIH itu memperjuangkan perkara yang baik kita seharusnya menyokong! ''
Perkataan '' jika '' itu membawa makna sesuatu yang belum pasti dan subjektif. Dalam perkara ini saya berpendapat mennyerahkan memorendam lapan perkara saperti berikut:
1. Clean the electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use of indelible ink
4. Minimum 21 days campaign Period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institutions
7. Stop corruption
8. Stop dirty politics
Saya pasti melayu2 di atas ni semua bersetuju dengan 8 perkara dalam list yang kamu nak serahkan tu. Yang mereka TAK setuju tu ada lah cara nye. Tidak kah cara lain untuk menyerahkan nye selain perarakan beratus ribu orang yang sudah pasti menyusahkan orang melayu lain untuk mencari makan dan seterus nye menjadi saperti gah bangsa yahudi saperti yang kamu banggkan tadi?
Inikah cara orang melayu saperti kamu?.
Bukan ke lebih baik lagi kita propose atau desak di adakan satu public debate secara live dalam tv supaya satu malaysia boleh saksikan dan buat penilaian dan kemudian kita terjemahkan di peti undi.
Untuk pengatahuan kamu option di atas telah di berikan kepada ketua BERSIH ia itu ambiga dari majlis peguam tapi dia menolak nye.
Baik lah kita ikut cakap kamu supaya seiring dengan perjuangan Rasullullah. Itu Rasullullah memperjuangkan islam.
Di sini pula ambiga tu pompuan hindu yang satu ketika nye nak menjahanamkan islam.Boleh kamu atau ada tak daya kamu untuk berfikir?
Rasa nye kamu hanye mengikut saja. Saya tak nampak perarakan itu semata2 8 perkara saja tanpa ada segelintir orang politik dan organasasi yang tidak menangguk di air keruh.
Kamu berfikir dan bertindak atas logik kamu saja dan mereka yang tak sependapat tu ada lah tidak betul. Apa jadah kamu ingat kamu tu betul. Kamu lah sebenarnye sebahagian dari melayu yang kamu rendahkan tadi.
Dan kamu lebih teruk lagi seorang yg memandang gah pada bangsa yahudi yang mengganggap diri mereka '' god chosen people '' dan semua bangsa lain selain yahudi itu adalah sama taraf dengan haiwan.
Soalan :
kamu nak percaya zulkefli nordin ke kamu nak percaya ambiga.
Kedua dua mereka ada lah peguam.
theolrascal,
BalasPadam'kedua dua pun yakin mereka di pihak yang benar....',
Ini bukan persoalan keyakinan di kedua-dua belah pihak. Persoalan ini berkaitan dengan kesan daripada perhimpunan tersebut. Akan berlaku lebih banyak kemudharatan ke atas banyak pihak daripada hasil yang sekadar hanya untuk menyampaikan mesej tuntutan.
Wallahu 'alam
Waaa...agak panas juga disini...perhimpunan BERSIH yg bercampur aduk dgn berbagai pemikiran tak sama dgn apa yg diperjuangkan rasulullah S.A.W dahulu...
BalasPadamhahaha..paneh jugak nie pak mail...Den dah tulih artikelpasal bersih ini , tapi tak terbukak hati lak nak buat posting..sebab para pengomen yg mengomen secara tidak bersih dan bernaggapan kita nie 'suku sakat ahli politik jugak...'...4 hari dah Den pondam artikel tu....kalau keluar nanti Den ghaso ado yg berghaso hati lak....Den pun nak berghosih jugak..berghosih dari sebarna gprasangko...!!!!
BalasPadamtahu tak anda semua thn 2011 telah genap 500 thn melaka n keseluruhan tanah melayu di jajah?
BalasPadamintroduction jln cerita di kedua thn ini hampir sama...pihak luar menghasut rakyat tempatan untuk menjalankan misi mereka.tp kita belum tahu hasil usaha pihak luar ini pada thn 2011 ini...kalothn 1511 dl mereka berjaya merempatkan kita hampir 400 thn,dimana selama itu kita dijajah....sedar lah...jgn terpengaruh ngn bersih ni..xpyh berhimpun.....ckp la kalo nk anta memorandum tu guna 4 5 org je...
salam,
BalasPadamapa2pun yang akan kita perjuangkan, saya cuma berharap agar org2 melayu akan bersatu. kita berpecah-belah kerana berbeza fahaman dan ideologi .. bangsa lain mentertawakan kita dan mengambil kesempatan atas perpecahan ini. apa2pun tindakan yg akan kita lakukan, berfikirlah dgn kewarasan akal fikiran, bknnya mengikut hawa nafsu semata2 .. semoga kita semua dipelihara dari sebarang bala-bencana ....
cinta menora,
BalasPadam'semoga kita semua dipelihara dari sebarang bala-bencana ....',
Amin.......
Den Cdo,
BalasPadam'paneh jugak nie pak mail..',
Tak panas sangat. Suam-suam sahaja.
cube kalau polis kawal jalan2 ke..
BalasPadambagi petunjuk jalan mana yg patut lalu..
dan jalan mana yg tidak boleh lalu..
bagi garis panduan..
mesti takkan jadi kekacauan punye..
same la mcm perarakan kemerdekaan, pesta jom heboh,dll..
aku berpendapat, polis bersikap double standard..
Kemungkinan yang datang berhimpun tu jauh lebih ramai, berkali-kali ganda bilangannya daripada perarakan kemerdekaan atau pesta jom heboh. Tak terkawal oleh polis rasanya.
BalasPadamkelakar la dgn jawapan pak mail..
BalasPadamhehehehe..
Baik lah kita ikut cakap kamu supaya seiring dengan perjuangan Rasullullah. Itu Rasullullah memperjuangkan islam.
BalasPadamDi sini pula ambiga tu pompuan hindu yang satu ketika nye nak menjahanamkan islam.Boleh kamu atau ada tak daya kamu untuk berfikir?
-RASULULLAH PD ZAMANNYA PERNAH BSAMA-SAMA..DIULANG YE..BSAMA2..MENGIKUTI PERHIMPUNAN YG DIKETUAI OLEH ORG KAFIR QURAISY..DIULANG YE..KAFIR QURAISY..UNTUK MENYATAKAN KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP ISU DI MAKKAH PD WAKTU ITU..
TAKDE BEZA DGN SKRG..BKN SETAKAT DEMOKRASI KERAJAAN MALAYSIA YG SEPATUTNYA MBENARKAN PERHIMPUANN MCM NI..ISLAM DH JELASKAN DEMONSTRASI DAN PERHIMPUNAN ITU DIBENARKN DLM ISLAM..
ORG MAKI2 BERSIH KONONNYA JLN JEM TAKUT NK KUAR OR WHATEVER..MS PERHIMPUNAN2 HIBURAN DAN MAKSIAT,XDE PLAK ORG BISING N MARA2..
RENUNG2KAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL..
SELAMILAH ISLAM DGN LBIH MDALAM DAN JADIKAN RASULULLAH SBG PANDUAN HDUP..
Sokong Pak Mail
BalasPadamd_tieah,
BalasPadamTerima kerana datang melawat blog saya.
setuju Pak Mail..
BalasPadam