Pengikut

Khamis, 6 Oktober 2011

Imbuhan RM500.00 Untuk Bekas Tentera Tak Berpencen!!!

Keratan Akhbar Sinar Harian bth 4hb Okt 2011

Alaaaahai....Ini yang dikatakan rezeki mendatang tanpa disangka-sangka. RM500.00 sebulan. Siapa nak bagi??????

Tapi kena tunggu dulu lah.... selepas Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang. Itu pun kalau Pakatan Raykat menang dan dapat menduduki Putrajaya.

Imbuhan ini adalah satu daripada lapan resolusi cadangan yang dibuat oleh Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera (KERABAT) dan telah disampaikan kepada Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Lt Kol (B) TUDM Nazari Mokhtar selaku Presiden Sekretariat Kerabat Malaysia.

Saya berfikiran skeptikal kerana pelarasan yang dicadangkan itu melibatkan wang yang banyak untuk diagihkan kepada anggota-anggota tentera yang masih bertugas, bekas anggota tentera yang berpencen dan juga kepada bekas anggota tentera yang berhenti tanpa pencen setiap bulan sebanyak RM500.00

Saya juga melihat bahawa cadangan-cadangan yang dikemukakan hanya cantik di atas kertas dan bersifat janji-janji kosong menjelang pilihanraya akan datang. Tetapi ianya, seperti kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad 'Bajet Poket Kosong' ketika mengulas pembentangan Belanjawan Alternatif 2012 dari Pakatan Rakyat.
Keratan Akhbar Sinar Harian bth 5hb Okt 2011

Namun, saya percaya teras pengurusan dan tadbiran dalam memastikan kebajikan terhadap bekas anggota tentera dapat dilaksana dan disalurkan dengan lebih efektif sekiranya ditadbir oleh mereka yang benar-benar ikhlas berkerja dan beramanah. Di samping itu ahli-ahli veteran juga harus memainkan peranan dengan memberi kerjasama yang sewajarnya dan sentiasa berhubungan dengan pihak persatuan serta menyertai apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh persatuan tersebut.

Oleh yang demikian, sama ada parti dari Barisan Nasional atau pun parti Pakatan Rakyat yang menguasai Putrajaya tidak akan bermakna sekiranya 'mentality' mereka yang duduk di pucuk pimpinan Veteran atau persatuan-persatuan bekas tentera masih berfikiran sama demi untuk menggapai agenda kepentingan diri sendiri.

Pihak atasan persatuan-persatuan veteran perlu berkerja keras dengan mencuba mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli seperti mengadakan forum supaya dapat mendengar masalah-masalah ahli atau pun bekas anggota tentera lain. Setelah itu cuba mencari jalan penyelesaian ataupun sekurang-kurang membantu meringankan bebanan ahli tersebut tanpa mengira fahaman politik apa yang mereka ikuti.

Namun begitu, saya juga faham bahawa tidak banyak bantuan yang boleh diberikan oleh persatuan, terutama yang melibatkan kewangan. Tetapi, sekurang-kurangnya persatuan boleh mengajukan sesuatu permasalahan itu kepada pihak yang lebih berpengaruh agar ianya dapat perhatian yang sewajarnya.

Dengan ini saya yakin kebajikan bekas anggota tentera akan dapat terbela. Kalau tidak secara total, sekurang-kurangnya sedikit pembelaan dapat menyenangkan hati mereka ini.

54 ulasan:

  1. Ape pun kita brhrp ianya jadi kenyataan atau pun sekadar cadangan menjolok buah durian muda supaya gugur, mungkin cdgn ini akan membuat kerajaan skrg bermurah hati utk memberi imbuhan tersebut demi rakyat didahulukan atau pun utk menyaingi/meraih undi bekas2 perajurit menyokong BN.... tentang perbelanjaan yg byk tidak timbul, jika diambilkira ketelusan/ketirisan/penyelewengan yg keterlaluan oleh agensi kerajaan spt 'spanar' yg berharga RM70 saperti dilapurkan 'jabatan audit negara' dan isu2 spt runtuhnya stadium di Trengganu, PKFZ dan sbg nya sekurang2nya imbuhan tsbt boleh menjanakan ekonomi rakyat dan negara.. tak gitu Pak Mail?

    BalasPadam
  2. Salam Pak Mail.

    Lt Kol Nazari (bersara) tu ada sebut pasal KERABAT bukan bermotifkan politik dan bebas dari pengaruh mana-mana parti politik.

    Saya ragui statement berkenaan 100%. Asal usul, penyokong, landasan awal KERABAT tu sendiri bermula dengan pembangkang. Maklumat yang saya terima, perhimpunan itu hari, penuh dengan isi kandungan ceramah politik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum kepada Askar Setia, saya telah pergi ke perhimpunan itu. Tak semua ceramahnya berkaitan politik ia lebih kepada kebajikan kepada bekas pesara dan bekas anggota yang berhenti awal.Saya harap anda Askar Setia pergi sendiri mendegar ceramah yang di anjur oleh KERABAT. Jangan mudah percaya maklumat yang di terima.

      Padam
    2. Saya setuju benar dengan pendapat Tanpa Nama . Bukakan minda kita seluas samudera.

      Padam
    3. betul ke semua ni?? wah bagus! sy bru je mendaftar KVVTB harap2 sy dpt bantuan ni.....

      Padam
  3. Naval Observer,

    Ya, kalau benar menjadi kenyataan saya tumpang semangkuk kecil.

    BalasPadam
  4. Askar Setia,

    Saya hanya sekadar membaca berita dari akhbar sahaja.

    BalasPadam
  5. Abuamir,

    Sebenarnya kerajaan memang mampu bagi RM500 kpd bekas tentera sekiranya ketirisan RM12 bilion setahun angkara korup diatasi. Kalau dah korup negara kaya pun boleh muflis.

    Beli kapal selam 2 biji sampai RM7 bilion dan servis setahun RM250 juta.

    Sekarang kecoh nak beli jet perjuang sampai RM 1 bilion sebiji. Apa negara kita terlalu kaya ke? Siapa pula yg akan kaya dgn wang komisen kali ini?

    BalasPadam
  6. Bersyukur kita Pak Mail, akhirnya apa yg saya katakan menjadi realiti. Itulah kesannya Oposisi kuat di negara ini, setiap cadangan utk kebaikan rakyat akan mendapat respon Kerajaan Memerintah walaupun dinafikan olih TPM dan koncu2 nya. Akhir kita bekas tentera juga yg untung....

    BalasPadam
  7. Saudara Naval Observer,

    Saya bersetuju sekiranya parti pembangkang kuat maka akan ada kriteria 'check and balance'. Dan membuatkan pemerintah prihatin dan akur dengan gesaan akan tuntutan rakyat.

    BalasPadam
  8. kita perlu melihat samada ini hanya 'janji manis mu' atau memang akan menjadi kenyataan. sbb itu kita perlu lihat persekitaran kita. persoalan tentang betul ke ada kemampuan perlu disandarkan kepada kekukuhan ekonomi. sebenarnya kadang-kadang kita digula-gulakan untuk cuba mencari populariti. tapi kalu betul2 ikhlas alhamdulilah...shukran jazelan

    BalasPadam
  9. Tak usah kita cakap2 pasal politik baik kita terima je apa yg d beri kemudian gunakan di tempat yg betul spt buat simpanan/pelburan atau buat bisnes. Nampak cukup tak modal tu. Jika saya separuh je guna dah lebih drp cukup. Rajin2 lah tengok peluang disekeliling...banyak peluang.

    BalasPadam
  10. semua blh cakap sebelum dapat....kalau dah dapat lupa dan hilang segala-galanya.... janji kena manis tpi nk buat blm tentu blh lgi.....

    BalasPadam
  11. KALAU NAK JADI AHLI KVTTB MACAMANA..TAK ADA KE BORANG ONLINE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Tanpa Nama 11.40,

      Borang online di sini kvttb1malaysia.blogspot.com

      Terima kasih

      Padam
    2. TERIMA KASIH , BARU DAFTAR BORANG ONLINE, MOGA KITA TAK DI TIPU LG DG JANJI2 KOSONG, DULU JANJI BG TANAH ADA YG BAYAR RM100.00 TP SENYAP JE ,APE HAL....JGN BAGI BEKAS TENTERA NAIK ANGIN PADA YG YG BERANGIN .....

      Padam
    3. Azmuddin,

      Semuga yang ini juga tidak seperti yang sudah-sudah...

      Padam
  12. Jangan cakap je tapi tak buktikan sehingga diperkatakan oleh bekas tentera tidak berpencen. Harap kotakan janji.

    BalasPadam
  13. Ex Ser.
    Wahai rakan rakan bekas seperjuangan usah lah dengar dahyah dahyah parti pembangkqang dan pengikut pengikut mereka yang telah keciwa belaka ,dengan janji janji kosong belaka tanpa mengira dari mana budget yang bolih di perolehi mereka untuk di bayar elaun sebulan RM 500.00 se orang bagi bekas tentera tak berpencen.Bayangkan mana nak dapat budget bagi membayar elaun sebulan RM 500.00 se orang bagi ahli seramai 202,000 kali 500 ,jumlah besar sekali ia itu RM 101,000,000 se bulan jadi kalau setahun peruntukan ialah 1,212,000,000 .Oleh demikian fikir fikir lah mampukah pembangkang tunaikan janji janji kosong dari poket yang kosong ,perkara ini semua mampu di laksanakan parti ini dari UMNO > Perikatan (Kapal Layar)> Barisan Nasional (Dacing) dah tentu banyak membela dan membantu rakyat sejak dari dulu lagi ,lihat sajalah kebanyakan pemimpin peminpin pembangkang pun banyak dapat bantuan belajar dari kerajaan juga sekarang dan bantuan tersebut bukan datang dari sumber pembangkang.Oleh itu jangan lah jadi kacang lupakan kulit ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahai sahabat seperjuangan....

      kita sekarang ni bkn dlm perkhidmatan,ikut perintah pegawai atasan Yes Sir.... di luar... dlm hati.... cis... geleng. Saya rasa kamu dari specis itu.

      Kita skrng dh berada didunia luar, bkn lg ktk dlm tempurung... ikut arahan yes sir...

      kita bkn lgi dlm kawalan, skrng ni fikiran kita semua dh terbuka.... are you understand.. jangan yes sir....

      Padam
  14. Dacing BN dah lama dah berkarat timbang pun dah tak betul, janji pada 2009 pun dah tak nampak,kalau PR nak bagi kita sokong dengan undi.

    BalasPadam
  15. To: Pak Mail
    Aslmkm.....
    Sya bekas tntra tk berpencen.... berminat utk menambahkan ahli dlm pertubuhan KVTTB, tapi dlm delema.
    Pak Mail tubuhkn KVTTB dh kaji sedalam-dalamnya sehingga ke akar umbi.Perjuangan memang sya sokong 100%.Anggota tak berpencen sekiranya dapat bayaran bulanan,bagaimana pula shbt perjuangan kita dalam ATM yang berpencen. Kita yang tak berpencen dapat kedua-dua nya simpanan ahli dan kerajaan, bahkan yang berpencen hanya mendapat imbuhan simpanan ahli.Jika ini pak mail perjuangkan kita yang tk berpencen secara automatik akan bermusuhan dengan shbt kita yang berpencen. Adakah itu yang Pak Mail perjuangkan. Saya dah dengar dari shbt kita yang berpencen menunggu berita kedudukan kita anggota tentera tak berpencen.. saya bersetuju apa yang diperjuangkan. Adakah kita yang tak berpencen sanggup bermusuhan dengan shbt perjuangan kita yang berpencen.... Bekas anggota tak berpencen ingin penjelasan......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara,

      Alaikumsalam.

      Saya kira saudara telah salah tafsir akan tulisan saya ini. Sebenarnya bukan saya yang menubuhkan KVTTB. Sila baca coretan saya 'Hasil Perhimpunan Kumpulan Veteran Tentera tidak Berpencen di Putrajaya' untuk kefahaman selanjutnya.

      Untuk pengetahuan saudara saya sehingga kini masih belum menjadi ahli kepada persatuan ini.

      Apa pun terima kasih jua kerana sudi singgah dan membaca coretan saya ini.

      Padam
    2. terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya tersalah tafsir....sebab saya baca artikel semua dalam ruangan pak mail....

      Tapi.... kalau terjadi pak mail ... Tentera berpencen dgn tentera tak berpencen akan menjadi perbalahan sama sendiri. Saya ada terbaca artikel dari aspencen 2, rasanya dah nak bermula perbalahan sesama teman seperjuangan dalam tentera semasa berkhidmat.

      pendapat pak mail mcmna.....

      Padam
    3. Saudara,

      Untuk pengetahuan saudara perbalahan tentang isu ini telah pun bermula sebelum perhimpunan di Putrajaya lagi melalui ruangan Facebook. Perbalahan yang tidak lagi terkawal di antara kedua2 pihak dengan nada marah dan emosi.

      Sebenarnya saya mempunyai satu lagi video selama 18 minit. Video di mana YDP KVTTB membuat ucapan dan penerangan serba ringkas mengenai koperasi yang ditubuhkannya itu. Tetapi, malangnya saya tidak dapat muatnaik kerana videonya di'reject' oleh sistem kerana panjang.

      Saya sebenarnya tidak pandai IT ini. Banyak yang perlu saya pelajari.

      Pada video itu saya ada beberapa komen dan pandangan yang ingin disampaikan. Saya kira kalau saya dapat muatnaik video tersebut sangat bagus untuk pengetahuan semua yang berminat mengenai isu ini.

      Padam
    4. SALAMM... RAKAN SEPERJUANGAN, APA NAK KECOH KITA SEMUA,PERNAH MERASA PAYAH JERIH MASA BERKHIDMAT DULU.KALAU DAH REZEKI AMBIL AJELAH DUIT TU. LAGI PUN DUIT KERAJAAN,LAIN LAA KALAU DUIT SYARIKAT ATAU KILANG.TAUKE PUNYA POKET SENDIRI LAA.

      Padam
  16. Tentera Berpencen...11 Julai 2012 10:56 PG

    Asalamualaikum.... semua ahli KVTTB

    Baru sekarang ni,kamu semua yang tak berpencen baru sedar,kenapa sebelum tarik hand brek, berhenti tengah jalan kamu tak fikir...
    kenapa.... sebabnya kamu semua mendapat pampasan kesemuanya. Bila anggota yang berpencen mendapat pencen bulanan kamu terasa, kamu iri hati...,wal hal itu pilihan kamu semua... kerana ikutkan hati...kamu tak teruskan seperti sahabat kamu yang berpencen.

    kalau kamu hendakkan bayaran bulanan.... masuk semula dalam perkhidmatan, kamu semua yang tak berpencen sanggup ke.... nak berdiri pun dah tak larat,orang macam kamu semualah yang meporak gandakan negara.... Fikirlah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaikumsalam,

      Ulasan kamu melambangkan keperibadian kamu dan tahap kercerdasan otak kamu. Jangan fikir semua kami ini tidak berjaya dalam kehidupan diluar.Berfikir lah secara rasional tanpa emosi dan menuduh sembarangan. Saya bangga menjadi Tentera kerana menjadikan jati diri saya matang dan waja.Walaupun tidak berpencen tetapi saya menikmati kehidupan beratus kali ganda lebih mewah dari mereka yang berpencen hasil usaha sendiri mencari rezeki yang halal. Saya telah melawat kebanyakan tempat di seluruh dunia Middle East Jordan,Syria,UAE,Iraq, Europe UK, France, Germany,Holland China Beijing, Shenyang,Shanghai,Guangzau,Hong Kong Kalau ke Indonesia Pergi pagi balik petang je. Bukan saya sombong bermegah atau tinggi diri tetapi saudara jangan sekali merendahkan mertabat rakan yang telah berjuang untuk negara.Kenalkan diri saudara dan saya akan kenalkan diri saya kepada semua dan buktikan kata kata saya dan kita boleh buat perbandingan setakat mana kejayaan anda yang berpencen dan bagaimana kejayaan saya yang tidak berpencen ni.Keluarlah dari kepongpong otak pemikiran yang sempit itu fikirkan.

      Padam
  17. A'kum. Kepada yang berpencen. saya menjawab bagi pihak yang tidak berpencen. Kenapa yang berpencen mempertikaikan dan mempersoalkan tentang dalam perkhidmatan dulu sedangkan yang tidak berpencen mengetahui segala galanya dalam perkhidmatan mereka dulu. Saya yang tidak berpencen dan sahabat kami yang lain hanya menuntut hak sebagaiman yang dijanjikan oleh PM pada pebentangan bajet sebelum ini. Untuk berpencen tidak sepatutnya terasa hati dan kecik hati dalam hal ini. Ruangan ini bagi yang tidak berpencen saja. Kami harap yang berpencen jangan meluah perasaan dan menunjukan mereka betul je dan cuba lihat diri sendiri je. salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepada semua yang Tak berpencen.....

      Bukan yang berpencen kena tengok diri sendiri.... tetapi kamu dan seperjuangan kamu yang tak berpencen kena tengok cermin .... siapa suruh tak berpencen ..... kita sama-sama tengok lah .... apa akan terjadi. kerajaan nak sebelah mana... semua bekas perkhidmatan kerajaan ... sama-sama tunggu ... sama-sama dengan lagu SM Salim ... "apa dah jadi"

      Padam
  18. orang pencen janganlah tamak sangat kalau nak ikutkan pencen dulu dalam sekitar RM300 sahaja sebab duit yang disimpan untuk tabung pencen sikit sangat, tapi pihak kerajaan telah naik naik naikkan sampailah mungkin ke RM2000 satu hari nanti. apabila kerajaan umum 50 juta untuk kursus bagi tak berpencen yang pencen yang minta dulu melalui PBTM (potong trip). perlu diingat yang tak berpencen paling banyak semasa darurat, selepas darurat mereka semua balik kampung mereka tak minta apa apa sehingalah kedengaran kerajaan nak bagi imbuhan sedikit.Mereka yang tak pencen bukan lah hendak meminta melebihi yang pencen dapat, api cukup sekadar RM200 sepertimana kaun nelayan kita dapat atau pun paras kebajikan masyarakat.Yang pencen jangan lah megah sangat,tempat saya ada yang pencen PW sampai RM1800 tapi masih nak kerja petro pam atau jaga, bila anak nak masuk U pinjam pula dengan yang tak pencen atas dasar kawan bagilah juga (cerita benar).ada masa kita cerita lagi. Janji ditepati,Janji misti ditepati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aslmkm.... Orng Lama trasa nampak.....
      Orang pencen bukannya tamak .... kalau diperhati orng yang tak berpencen lagi tamak semua hendak sampai ugut kerajaan.. apa bende nya....
      kalau tak berpencen perjuangkan untuk dapatkannya... yang berpencen sama juga nak perjuangkan hak dia .... orng lama sanggup ke kalau tak berpencen dengan yang berpencen bercakaran .... jangan kata yang berpencen tamak ... cakap pakai lutut ke pakai bontot .... sekarang ni kita sama-sama tengok kerajaan nak sebelah mana ..... Lahabau kau .... cakap ikut dan ..... kau berapa dan ....

      Padam
    2. siapa nak bayar insuran.rosak otak..kalau tak banyak pun sikit...kena kuih gulung sampai 4 padang bola setiap hari...kena toucher dan chinggir..kena lari telanjang di malam hari yang sejuk..kena rendam dalam air terjun dipagi subuh..kena panggang bawah api dgn berseluar dalam shj..kena makan tembakau cicah air paip...kena pumping beribu dgn batu bata atas badan..tu semua kerja yang kami kena laksanakan..sebelum otak kami hampir betul..kena jadi biul dulu...kau nak ganti otak kami yang baik dulu(sebelum masuk askar)keluar dgn otak separuh betul.....

      Padam
  19. Kepada Pak Mail .....

    Aslmkm ......

    Sekarang ni percakaran dah bermula Pak Mail .... Tahniah .....
    Pak Mail buka Ruangan ini ....Kita sama-sama tengok Pak Mail ...
    apa akan terjadi..... Dengar kan lagu SM Salim " Apa Dah Jadi" ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara asp pencen,

      Saya mempunyai pandangan tersendiri.

      Saya meragui kerajaan akan memenuhi keseluruhan tuntutan KVTTB terutama tuntutan saraan bulanan. Apa bezanya antara perkataan saraan bulanan dan bayaran pencen. Ianya membawa makna yang sama.

      Secara peribadi saya telah menemui AJK KVTTB dan mempunyai beberapa kenalan di dalam gabongan urusetia. Oleh itu mungkin saya mengetahui beberapa perkara orang lain tidak ketahui. Dalam ertikata lain mengetahui tapi tanpa dapat dibuktikan. Maka itu sehingga ke hari ini saya tidak lagi menjadi ahli KVTTB walaupun saya salah seorang bekas tentera tidak berpencen.

      Kepada bekas tentera tidak berpencen saya berpesan janganlah menaruh harapan yang tinggi pada imbuhan yang dituntut.

      Padam
  20. A.kum.saya juga bekas tentera tidak berpencen. Jgn lah berbalah sesame sendiri. kalau ada rezki alhamdulillah. kita tgk lah sama sama nanti.

    BalasPadam
  21. orang pencen selalu cakap (siapa suruh tak berpencen) kepada yang tak pencen ianya sama juga bila seorang bapa bilang pada anaknya (siapa suruh tak belajar pandai pandai) ungkapan seperti ini tidak patut dibahasakan ,apa yang terjadi ada sebab nya. apa apa pun kita patut sokong kerana mereka juga pegang buku merah.Apabila perang yang tak pencen pun kena panggil juga.rasanya yang tak pencenlah yang banyak kena pangil sebab ada baki perkidmatan. rasanya YB Sri Gading (BN) lebih peka dalam hal ini.

    BalasPadam
  22. assalammualaikom, saya ismail ex.svc last intake sembawang, tak berpencen, tapi saya tak akan khianat pada kerajaan yang pernah saya berkhidmat. kalau kerajaan bagi,..syukurlah....kalau tak ada...saya tak minta. janganlah kita ada rasa iri hati bila kerajaan bantu yang lain..kita taka dapat...mula lah nak sokong pembangkang. peribahasa kata... tanam tebu dibibir.....menang sorak kg tergadai. tau tak..sebelum pru 13 ni...peneraju2 pembangkang ni...depa kaut duit negeri...depa bubuh account diluar negara... kot2 mereka tewas....tak lah rugi. ingat....anda tak berpencen sama macam saya...mula2 joint navy....poket kosong....sara anak bini pun duit dalam perkhidmatan...jadi...bila dah keluar....berfikiran positif lah kita....jauhi perasaan marah dan iri hati, rezeki untuk kita masih ada. wassalam.

    BalasPadam
  23. saya pun tak berpencen dalam atm, tapi akan berpencen juga. tak semestinya tak berpencen dalam atm ni merempat. tarik hand brake dari atm salah ka? saya tetap BEKAS TENTERA TAK BERPENCEN. bodo punya ORANG BERPENCEN

    BalasPadam
  24. pangkah kita yang kuat

    BalasPadam
  25. kenapa tak ada orang nak pangkah kertas kosong ni...2 tiga guni satu orang.cukup ke....

    BalasPadam
  26. saya pun tak pencen jga,lagipun umno yg nak bagi,bukanya potong duit orng yg pencen,sebab itulah bangsa kita tdk maju kerana masih lagi berfikiranyang kurang elok,itu pun belum tentu dapat lagi

    BalasPadam
  27. meraka yang tak berpencen mungkin ada sebab untuk mereka berhenti awal mungkin ada hemah disebaliknya

    BalasPadam
  28. Saudara dan saudariku,

    Bukan masalah pencen atau tidak berpencen tetapi sejauh mana sumbangan kita dihargai, masalah kita disantuni,penjelasan kita diperhalusi,kesusahan kita diselidiki dan penderitaan kita didengari. Kita asyik bertelagah sesama sendiri tetapi tiada penyelesaian cuba fikir2kan...Selamat Beramal.

    BalasPadam
  29. mcmnilah sikap org melayu,dari dulu sampai skrg x berubah,suka irihati sesama sendiri.cubalah open minded kita semua dah hampiri senja bak kata org tua,rumah kata pi,kubur kata mai.contohilah puak muhajirin dan ansar....... dari bekas tentera

    BalasPadam
  30. La ni dah ada 3VETERAN.Vahab Vahid Vahob.Biasa-nya yg berpencen tadah dulu. 00 untuk kau 100 untuk aku.000 untuk kau 1,000 untuk aku.0000000 untuk kau semua untuk aku.Kalau yg berpencen boleh up up upload naik dari 500 ke 1,0000.Boleh pulak down load turun ke isteri.Macam orang kerja mintak naik gaji pulak.Kalau RM500 boleh naik RM1,000.Sepatut-nya RM 00000 pun naik RM500 baru betul.Asyik2 00000 untuk kau. Salam VETERAN RAMD CAP HARIMAU JELIR LIDAH.

    BalasPadam
  31. Hidup Pak Mail......truskan perjuangan....maju pantang undurr....dari askar mlayu.

    BalasPadam
  32. kalau da rezeki tak ade dalam askar tak pencen la....alhamdulilah walaupun tak pencen,ade rezeki aku diluar.......

    BalasPadam
  33. Salam... saya pun bekas tentera tak pencen tapi dapat kerja dgn kerajaan semula dan jawatan berpencen pula tu, syukur alham dululillah.. tapi saya setuju kalau yang tak berpencen diberi imbuhan setiap bulan kalau tak banyak pun sedikit cukuplah. yang berpencen dah tentu dapat tiap2 bulan apa nak dikecohkan lagi, biarlah kita sma-sama bantu yang tak pencen. kerana orang yang memberi labih baik dari yang menerima.

    BalasPadam
  34. en sabudin ayob dulu unit mana. 20md ke

    BalasPadam
  35. Alhamdulillah... rezki tuhan bagi jangan ditolak. Bukan senang nak dapat duit macamtu je... takde syarat-syarat macam skim cepat kaya. Inilah dipanggil rezki terpijak. Betul Tak Pak Mail???
    http://infosantai2.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sekali Cikgu, rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah, atas kurniaan Allah swt.

      Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca coretan saya.

      Padam
    2. aku tentera tak berpencen gak tapi tak hidup macam orang yg berpencen sekarang jangan poyo la org berpencen gua bro tredman la dalam semboyang mcm keje dah lakukan skrg aku bahagia ngan perkerjaan ngan petronas gaji aku dah melebihi gaji oc sqn alhamdunillah aku berhenti signalman jer tapi gaji aku dah mendcapai enam angka shukur

      Padam