Iklaneka

Pengikut

Ahad, 26 Februari 2012

Hasrat 'Reunion'


Pagi semalam Yasin menelefon saya. Beliau mendapat nombor hp saya dari exRO Quek Chek Chai lantas terus mengundang saya ke majlis pernikahan anaknya yang akan diadakan pada 11hb Mac ini di Kuala Kangsar, Perak. Yasin ialah sahabat saya sewaktu sama-sama berada di Itali bagi tugas membawa pulang kapal TLDM, KD Jerai pada tahun 1985/86 bersama anak-anak kapal yang lain. Memang agak lama juga kami telah terputus hubungan tanpa mengetahui sebarang berita.
Yasin berdiri di kiri sekali sedang mendukung anak Mat Saleh
Itulah hakikat kehidupan. Bertemu dan berpisah merupakan intipati dan asam garam kehidupan. Ia juga adalah ketentuan Ilahi. Asal sahaja niat bertemu untuk menyambung silatulrahmi dan berpisah pula hanya kerana Allah swt jua.

Yasin memberitahu bahawa beliau juga mengundang beberapa sahabat lama dari kalangan kru MCMV yang masih berhubungan dengannya. Atas undangan itu rasanya seperti tidak sabar untuk menemui sahabat-sahabat lama. Tentu sekali banyak kisah yang dapat dikongsi bersama dan seterusnya mengeratkan lagi tali silaturahmi.

Sehingga kini hanya 11 dari hampir 40 bekas anak-anak kapal pertama KD Jerai dari jenis MCMV yang dapat saya jejaki. Insya’Allah saya dan exLREM Nik akan cuba berusaha lagi untuk mencari dan menghubungi semua kru pertama KD Jerai semampu yang boleh dan akan cuba mengadakan ‘Reunion’.

Mudah-mudahan usaha murni kami ini akan berjaya dan mendapat keredhaan Allah swt jua.

Amin……

0 comments:

Catat Ulasan