Iklaneka

Pengikut

Selasa, 7 Februari 2012

Menilai Keutamaan


Petang semalam saya serta isteri dan dua anak menziarahi kuburan anak serta bapa mertua di Tanah Perkuburan Taman Batu Muda, Kuala Lumpur berhampiran Batu Caves. Kami tiba di tanah perkuburan agak lewat sedikit. Hampir jam 6.00 petang kami sampai. Waktu ziarah yang dipaparkan di papan kenyataan ialah dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Namun pengurusan kubur begitu bertolak ansur dan membenarkan kami masuk untuk ziarah. Biarpun begitu saya dapati masih ada lagi beberapa orang berserta ahli keluarga mereka yang baru tiba untuk melakukan ziarah juga.

Ketika berada di kuburan saya dapati seorang penggali kubur sedang menggali untuk menyiapkan dua liang lahad. Pada ketika itu juga isteri saya sedang berbincang dengan seorang penggali lain yang dianggap ketua bagi pengurusan penggalian, pengkebumian sehingga kepada pembikinan batu nisan. Isteri saya berbincang tentang mendirikan batu nisan untuk anak dan bapa mertua saya.

Kami pulang ke rumah setelah selesai menziarahi kuburan. Di dalam perjalanan isteri saya memberitahu bahawa dua liang lahad yang sedang digali adalah untuk dua remaja adik beradik yang meninggal akibat kemalangan jalanraya.

Sila rujuk laman sesawang ini.
 
Namun kerana keletihan menguruskan beberapa pengkebumian beberapa orang di tanah perkuburan ini ketua penggali kubur tidak dapat menunggu dan seterusnya meminta waris dua adik beradik itu menunda sehingga pagi esok untuk dikebumikan.

Persoalan yang bermain di fikiran saya adalah apakah wajar ketua pengurusan kubur menundakan pengkebumian jenazah hanya kerana beralasan sangat letih. Saya bukan seorang penggali kubur. Namun saya juga faham bagaimana keadaan letihnya seseorang itu apabila telah sehari suntuk mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat.

Pada pandangan saya ketua penggali kubur tersebut harus berkorban sedikit lagi masa dan tenaga untuk membereskan urusan pengkebumian dua adik beradik tersebut.

Ini memandangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan bahawa antara perkara yang harus disegerakan adalah termasuk mengkebumikan jenazah. Manusia yang hidup tidak tahu apa yang dikehendaki oleh orang yang baru mati. Mungkin si mati mahu segera ke alam barunya. Maka itu tentunya pesanan Rasulullah s.a.w. mengandungi pengertian yang semestinya kita ambil berat dan tidak wajar diabaikan. Kini kedua jenazah tersebut terpaksa menunggu beberapa ketika untuk disempurnakan.

Walau apa pun kepada waris kedua-dua jenazah tersebut saya ucapkan takziah sekiranya terbaca coretan saya ini. Saya juga berdoa semuga kedua-duanya diampuni, dirahmati dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah swt.

Amin…..

7 comments:

  1. Sdr Pak Mail,

    Kedua ibu bapa dan adik beradik dua remaja yang meninggal dunia itu mengalami sesuatu yang amat menyedihkan. Semoga mereka tabah.

    Selama ini saya tidak menyedari ada kawasan perkuburan yang menghadkan tempoh ziarah. Ini pengetahun baru untuk saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Ujangkutik,

      Ada baik dan tidak baik peraturan waktu ziarah kuburan ini.

      Yang baiknya apabila ada seseorang atau sekumpulan manusia berada di tanah perkuburan pada waktu gelap tanpa urusan atau tanpa izin tentu menimbulkan persoalan.

      Padam
  2. Pandangan saya juga sama seperti Pak Mail...

    Urusan pengkebumian ini bukannya perkara yg main2...tanggungjawab yg telah beliau pikul seharusnya diutamakan dan didahulukan, apetah lagi ianya satu tuntutan...

    agak sedih juga bila beliau menangguhkan urusan pengkebumian itu hanya kerana "letih"...nak cakap lebih2 pun saya tak berapa pandai sangat...tp itulah pandangan saya.

    BalasPadam
  3. Saudara Yastro,

    Begitu juga saya tidaklah pandai. Hanya sekadar pandangan yang boleh saya berikan.

    Mungkin sekiranya seseorang itu tahu hikmah di sebalik pesanan Rasulullah saw supaya disegerakan mengkebumikan jenazah pasti mereka akan lakukan tanpa mempersoalkan penat dan lelah.

    Win win process. Penggali kubur mendapat ganjaran disisi Allah swt kerana mengikut perintah Rasulullah saw dan jenazah juga mendapat sesuatu di mana manusia yang masih hidup tidak bisa mengerti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Yastro,

      Allahu 'alam (Allah jua yang Maha Mengetahui)

      Padam
  4. Pak Mail,

    Setuju sangat lah ape yang Pak Mail sarankan tu..
    ..di segerakan lah pengkebumian jenazah sebagaimana pesanan Rasulullah SAW.

    Jika telah habis ikhtiar..berserah lah, dah bahagian masing2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga kata PakMail. Ada tempa tempat yang menggunakan khidmat mesin excavator untuk menggali lian denagn cepat.

      Padam