Apakah itu suar. Sejujurnya saya juga
tidak mengetahui apakah ertinya, sehingga saya menemui perkataan ini di dalam Kamus Dewan yang bererti cahaya lampu (nyala api
dll) yang digunakan sebagai isyarat. Sewaktu saya masih bertugas di
dalam TLDM, kami menyebutnya dengan perkataan ‘flare(s)’. Hari ini saya tidak
pasti sama ada perkataan ‘suar’ itu digunapakai secara meluas atau tidak di
dalam TLDM.
| Suar |
Biasanya alat ini terdapat di dalam setiap
pelampong penyelamat di semua kapal sama ada kapal dagang ataupun kapal dari
angkatan tentera laut. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggong jawab setiap
anak-anak kapal untuk mengetahui bagaimana cara untuk menggunakannya apabila
berlaku sebarang kecemasan.
Mungkin ramai orang beranggapan
bahawa alat ini amat mudah digunakan dan tidak perlu diberi latihan tentang
tatacara penggunaannya. Mungkin benar. Seseorang itu hanya perlu membaca
panduan penggunaannya sahaja.
Namun, bagaimana kalau sesuatu
kecemasan itu berlaku pada waktu malam tanpa lampu dan sebarang cahaya malam.
Panduan yang ada tidak dapat dibaca dan seterusnya menimbulkan kesulitan untuk
menggunakan alat tersebut. Oleh itu saya percaya latihan secara praktikal amat
memberi faedah dan manfaat kepada setiap anggota yang menjalani latihan
tersebut.
![]() |
| Panduan menggunkan suar. |
Inilah sebahagian dari masalah kami
(kru KD Sri Perak) sewaktu peristiwa tenggelamnya kapal tersebut. Sepanjang
ingatan saya sewaktu berkhidmat di dalam TLDM, tidak pernah kami diberi latihan
bagaimana cara untuk menggunakan alat suar secara praktikal. Mungkin perkara
ini dianggap enteng atau perkara remeh yang tidak perlu diberi perhatian.
Justeru, ini jugalah yang menimbulkan masalah besar apabila terjadi kejadian
sebenar.
Peristiwa ini telah lama berlalu. Dan
saya pasti segala pengalaman yang kami lalui merupakan pengajaran bagi TLDM.
Sebagai pengajaran tentunya TLDM telah memberi tumpuan dan penambah-baikan
kepada generasi baru dengan mengadakan latihan-latihan yang secukupnya untuk
menjadi anggota tentera laut anggota-anggota yang terlatih.
| Cahaya suar seperti ini dapat dilihat melebihi 10 batu nautika sekiranya berada di laut. |
Dengan adanya anggota tentera laut
yang terlatih, ia dapat menjamin keselamatan aset ketenteraan pada tahap yang
maksima. Justeru, sekali gus dapat juga menghindari anggotanya dari terkorban.

Sdr Pak Mail,
BalasPadamSaya bercadang membuka kamus untuk mendapatkan erti 'Suar'. Bagaimanapun,tuan telah menjelaskannya.Terima kasih.
Saudara Ujangkutik,
PadamApabila saya membuka Kamus Dewan, saya dapati betapa kerdil dan lemahnya saya terhadap perbendaharan kata bahasa kita sendiri. Terlalu banyak perkataan yang kita tidak tahu ada di dalam kamus tersebut membuatkan kita bertambah tahu bahawa kita sebenarnya jahil dalam aspek ini (vocabulary illiterate).
As salam Pak Mail..
BalasPadambagi saya, perkataan "suar" tu mmg saya dah biasa baca...dan kalau ikut pemahaman saya mmg flare tu laa....tp tak pernah lak saya buka kamus tuk perkataan tu. Mungkin bagi orang awam yang jarang baca ttg tentera tak bape nak faham sgt perkataan suar tu.
Assalamualaikum,
BalasPadamSedih, geram, marah pun ada bila baca kisah ex-navy yg terpinggir dlm majalah perajurit edisi March 2012. Kisahnya lebih-kurang begini... Beliau bersama 2 org lagi rakan terlibat dalam satu insiden ketika operasi menangkap Nelayan Asing. Ketika 'escort' ke tempat yg selamat, mereka bertiga ditugaskan mengawal di atas bot nelayan asing tersebut.
Nak dijadikan cerita, ribut datang dan nelayan asing mengambil kesempatan membelasah 3 org Navy tadi. Tuan punya cerita tercampak ke laut dan terapung lebih 20 jam sebelum diselamatkan sebuah kapal dagang. Seorang lagi ditahan & dibebaskan di Songkhla. Seorang lagi MIA.
Bila kembali ke darat mereka diarahkan supaya bertugas seperti biasa mcm tak de apa2 berlaku !!! Sekarang tuan punya cerita dah berenti dan berniaga kecil2an di kampung.
Persoalannya
- Ke mana agaknya pergi rakan yang MIA tu?
- Begini kah caranya pihak atasan melayan pihak bawahan
Saudara Katon,
PadamSaya baharu sahaja beberapa minit yang lalu selesai membaca kisah ini.
Memang amat menyayat hati. Saya percaya banyak lagi WIRA YANG TAK DIDENDANG di dalam TLDM tidak dipaparkan.
Pada pengamatan dan pengalaman saya sewaktu di dalam TLDM, kebanyakan pegawai2 ketika itu lebih mengejar pangkat dan jawatan tinggi. Mereka tidak pedulikan sangat hal2 kebajikan anggota bawahan. Kalau ada pun hal2 kebajikan yang mereka lakukan adalah atas sifat tugas. Mereka laksanakan seperti 'Melepaskan batuk ke tangga'. Jauh sekali dalam soal menilai perasaan orang2 bawahan. Bagi mereka pandangan orang bawahan tidak boleh dipakai. Kerana orang bawahan tidak 'bijak'.
Maka itu lewat tahun 80an dan awal 90an, ramai anggota LLP berhenti setelah tamat 13 tahun perkhidmatan. Terus terang saya katakan bahawa inilah antara faktor yang membuat saya berhenti setelah 13 perkhidmatan. Menghadapi kerenah2 pegawai yang menyangka bahawa mereka terlalu pandai dan memperbodoh-bodohkan orang bawahan.
Namun begitu tidak semua pegawai bersifat begini. Ramai juga pegawai TLDM yang baik dan benar2 perihatin terhadap orang2 bawahan. Tetapi mereka juga tidak dapat bertahan melihat masalah seperti ini di depan mata berlaku lalu mereka juga 'keluar baris'.
Ini hanya sekadar pandangan peribadi saya.
Salam just want to share
BalasPadamhttp://katon-tin-ton.blogspot.com/
Saudara Katon,
PadamTerima kasih.