Pagi tadi saya ke Putrajaya dengan satu tujuan utama selain tujuan sampingan untuk bertemu teman lama saya ketika sama-sama berkhidmat di
kapal KD Jerai lebih 25 tahun lalu.
Tujuan utama pula ialah untuk melihat, meninjau dan mengetahui
permasalahan sebenar yang dialami oleh bekas veteran tentera tidak berpencen
yang mengadakan perhimpunan aman di Dataran Masjid Putrajaya demi menuntut
beberapa perkara yang bersabit dengan janji Perdana Menteri Dato’ Seri Najib
Tun Abdul Razak berhubung peruntukan RM50juta kepada pesara tentera tidak
berpencen di dalam Bajet 2012.
| Kain rentang KVTTB |
Saya difahamkan bahawa perhimpunan ini telah mendapat kelulusan
dari pihak PDRM. Kumpulan ini yang dinamai Kumpulan Veteran Tentera Tidak
Berpencen (KVTTB) mendatangkan dua buah bas yang penuh dengan ahli mereka.
Selain itu puluhan kereta dari kalangan ahli KVTTB turut sama menyertai
perhimpunan ini. Saya anggarkan lebih kurang 200 ahli KVTTB mengambil bahagian.
| Dua buah bas membawa ahli KVTTB |
Sebelum ini saya tidak mengetahui tentang kewujudan KVTTB. Saya
hanya mengetahui bahawa satu perhimpunan oleh kumpulan ini melalui satu grup 'Kami Bekas Tentera' di dalam laman sosial Facebook yang banyak mengundang salah
faham di antara anggota-anggota bekas tentera berpencen dan tidak berpencen.
Sejurus selepas PM Dato’ Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman
bahawa pesara tentera tidak berpencen diperuntukan RM50 juta untuk meningkatkan
taraf sosio-ekonomi mereka, saya dikhabarkan bahawa Persatuan Bekas Tentera
Malaysia (PBTM) telah diberi sebahagian kecil (kecil pun RM jutaan juga) dari
peruntukan tersebut untuk melaksanakan aktiviti demi kepentingan warga bekas
tentera tidak berpencen dengan mengadakan kursus yang menjurus kepada penubuhan
syarikat oleh peserta kursus.
Kebanyakan peserta kursus yang sudah berumur merasakan bahawa
usaha ini oleh PBTM tidak praktikal. Ini kerana faktor usia yang telah
menjelang senja, usia yang hanya menunggu saat dipanggil oleh Sang Pencipta. Mungkin
bagi pesara ATM yang relatifnya masih muda boleh dipraktikkan. Mereka masih
bertenaga dan layak membuat pinjaman bank.
KVTTB juga merasa curiga terhadap organisasi lain seperti JHEV,
PERHEBAT dan PBTM yang cuba ingin mengambil kesempatan dari peruntukan
tersebut. KVTTB tidak mahu pihak lain mengambil kesempatan dan inginkan agar
pesara ATM tidak berpencen memanfaatkan sepenuhnya peruntukan tersebut sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung melalui mereka yang terdiri dari
kalangan pesara ATM tidak berpencen sendiri.
Oleh itu, maka pada 1hb Mac, 2012 atas inisiatif warga pesara
ATM tidak berpencen dari Negeri Sembilan dan Melaka telah menubuhkan Koperasi
Veteran Tentera Tidak Berpencen dan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen
yang diketuai oleh saudara Mohd Sabri.
| Saudara Mohd Sabri sedang menjelaskan sesuatu kepada wartawan yang hadir. |
Perhimpunan pagi tadi berjalan dengan lancar tanpa sebarang
insiden yang tidak diingini. Saya kira pihak berwajib seperti PDRM amat berpuas
hati dengan perjalanan perhimpunan tersebut.
Lebih kuran jam 10.00 pagi saudara Mohd Sabri dan beberapa ahli
lain berserta beberapa wartawan telah dibawa oleh seorang bernama Razman (Peg.
JPM) ke Pejabat Perdana Menteri untuk dipertemukan dengan seorang SetiaUsaha
Politik kepada Perdana Menteri iaitu Dato’ Fahmi untuk berbincang mengenai
perhimpunan tersebut dan menyampaikan tuntutan KVTTB kepada beliau.
Kami menunggu kesudahan pertemuan tersebut selama hampir dua
jam. Lebih kurang jam 12.00 tengahari, saudara Mohd Sabri dan rombongan kembali
menemui kami dan beberapa wartawan lain yang sedang menunggu dengan berbagai
pertanyaan di fikiran.
| Sebahagian dari ahli KVTTB bergambar diambil oleh wartawan-wartawan. |
Dalam pertemuan tersebut saudara Mohd Sabri memaklumkan bahawa
PM telah bersetuju untuk memberi sejumlah wang RM1juta daripada peruntukan RM50juta kepada Kumpulan Veteran
Tentera Tidak Berpencen untuk menjalankan acara ‘Road Show’ bagi memaklumkan
fungsi dan matlamat KVTTB ke seluruh Semenanjung Malaysia serta negeri Sabah
dan Sarawak. Tujuan ‘road show’ juga adalah untuk memaklumkan kepada seluruh
warga pesara ATM tidak berpencen di seluruh negara memandangkan bahawa terlalu
ramai warga ATM tidak berpencen tidak mengetahui tentang kewujudan KVTTB.
Beliau juga memaklumkan bahawa baki wang peruntukan tersebut
akan diberikan kepada Koperasi Veteran Tentera Tidak Berpencen untuk tujuan
melaksanakan aktiviti demi manfaat ahlinya. Satu pengumuman rasmi akan dibuat
oleh PM sendiri dalam satu acara perhimpunan besar pada satu tarikh yang akan
ditentukan sebelum pilihanraya akan datang.
Pada perhimpunan ini juga saya telah diberikan beberapa helai borang
untuk menjadi ahli. Keahlian adalah PERCUMA.
Namun demikian segala ini adalah perencanaan manusia. Ada
manusia berhati jujur dan ada pula bersifat sebaliknya. Sebagai seorang Islam,
seseorang itu harus memandang positif dan bersangka baik. Manusia merencana,
Allah swt jua menentukan.
Secara peribadi saya berpandangan jangan terlalu mengharap.
Pak mail aku boleh ketawa bosa jer lah ahhahahahahahhahahahahahahhahaha
BalasPadamPak Mail,
BalasPadamBerjaya atau tidak perkara2 yang di tuntut oleh Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB).
Selepas pertemuan itu ada kah ahli KVTTB berpuas hati?
Saya sekadar bertanye..ekeke
Saudara olrascal,
PadamBerjaya atau tidak tuntutan itu. Jawapannya masih belum dapat dijawab kerana manusia senang berjanji dan senang juga mungkiri. Janji untuk memberi itu saya kira sekadar untuk menyelesaikan masalah semasa yakni masalah hari ini agar perhimpunan segera bersurai.
Esok atau lusa barangkali akan diberi alasan lain pula.
Kalau ditanya adakah ahli KVTTB berpuas hati. Jawapannya, setakat siang tadi nampak mereka tersenyum lebar....
Saudara sekadar bertanya. Saya pula sekadar melapur dan memberi pandangan secara peribadi. Ingin menjadi reporter tidak bertauliah.
Susah dan menyusahkan kalau mengharapkan manusia sesamam manusia kerana masing masing ade dosa dan noda tersendiri untuk dibersehkan.
BalasPadamKlau perhimpunan ni saya sokong Pak Mail...asalkan bukan bersi 3.0...he3x!!!
BalasPadamBiarlah kita terus merancang dan membuat sesuatu. Lebih baik dari merungut dan menyalahkan orang lain. Apatah lagi kalau difikirkan yang kita juga telah memilih cara hidup kita hingga ketahap ini. Mengapa saidara yang tidak seugama dan yang mendatang boleh hidup lebih maju? Ambil lah apa peluang dengan jujur. Begitulah pemikirann saya.
BalasPadamKemusykilan saya:
BalasPadam1. Adakah KVTTB ini satu organisasi yg ditubuhkan oleh kerajaan/ATM?
kalau bukan, adakah KVTTB yang berdaftar?
2. kalau tak berdaftar, KVTTB cuma segerombolan tentera tak berpencen yang membuat tuntutan. Apakah yang dituntut?
3. Apakah golongan sasaran KVTTB:
a. semua bekas tentera yang tak berpencen?
b. bekas tentera yang telah berjaya dalam dunia awam?
c. bekas tentera yang terseksa dalam dunia awam?
d. bekas tentera yang menceburi perkhidmatan awam dan
akan berpencen?
mohon penjelasan
terima kasih
Saudara Tanpa Nama 4.47ptg,
PadamSaya bukan atau masih belum menjadi ahli KVTTB. Seperti saudara saya juga mempunyai banyak persoalan dan kemusykilan yang masih belum terjawab.
Namun saya difahamkan bahawa KVTTB bukan ditubuhkan oleh kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan. KVTTB merupakan persatuan bekas tentera tidak berpencen. Saya juga masih belum mendapat kepastian sama ada persatuan ini telah didaftarkan dan diluluskan oleh ROS.
Tuntutan mereka adalah seperti yang saudara baca melalui artikel saya di atas iaitu menuntut agar RM50j yang diperuntukan oleh kerajaan di dalam bajet 2012 kepada BEKAS TENTERA TIDAK BERPENCEN disalurkan terus kepada persatuan ini. Selebihnya saya tidak tahu.
Golongan sasar mereka adalah dari kalangan semua bekas tentera yang tidak berpencen. Tidak mengira apa jua latar belakang mereka. Asal sahaja mereka terdiri daripada bekas tentera yang tidak berpencen.
Saya berharap saudara berpuas hati dengan penerangan saya yang ringkas ini. Insya'Allah, jika saya mendapat sebarang maklumat terkini saya akan cuba sampaikan melalui ruangan ini.
rujuk pertanyaan saya pada 9/2/2012 4.47 ptg
BalasPadamterima kasih atas jawapan.
1. saya timbulkan isu penubuhan KVTTB kerana tidak mahu terbabit dgn pertubuhan yang tidak berdaftar atau dengan bahasa lain "pertubuhan haram". dimana telah berlaku satu masa dulu sekitar 8 tahun yang lepas, PASUKAN TINDAKAN CEPAT kalau saya tidak silap. ramai bekas tentera yang terlibat.
2. saya juga dimaklumkan bahawa satu perjumpaan akan diadakan di stadium badminton cheras pada 18/5/2012. jika ia perjumpaan atas nama kumpulan yang tidak berdaftar, berkemungkinan akan menimbulkan masalah. lebih2 lagi jika mengandungi unsur politik seperti yang disampaikan oleh rakan dari perjumpaan yang lepas.
diharap pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan. terima kasih
Jutaan terimakasih kepada pak mail kerana hati yang sangat mulia sanggup mengikuti perkembangan kami KVTTB.
PadamUntuk maklumat pak mail kini kami kumpulan KVTTB kini sedang membuat road show keseluruh negara dengan kekuatan dan semangat serta dorongan kuat dari pak mail. Terlalu perit rasanya untuk menghadapi halangan halangan dari orang yang cuba mengganggu dan cubaan menggagalkan misi kami anggota yang tidak berpencen.Kini Kvttb telah pun mendapat restu dari PM yang amat perihatin dengan nasib kumpulan kami.Syukur kerana kami mendapat sambutan yang hangat dan tidak dijangkakan disetiap tempat kami singgah.waktu saya menulis ini kami sentiasa disanjung dan dihormati kerana memperjuangkan nasib golongan yang senasib dengan kami .Road show yang kami buat merangkumi
pahang, johor ,perak kedah ,pulau pinang,terengganu dan sabah serta serawak dan akan bergerak ke kelantan selepas ini.Esok hari kami menjemput semua anggota tentera yang tidak berpencen hadir taklimat dan mendaftar sebagai ahli dan sebagai ahli koperasi didewan
LPPKN Jalan Bertam Kepala Batas.Untuk pak mail terimalah salam kekeluargaan dari kami dan presiden kami En. Mohd Sabri.
sila lawati blog di bawah
BalasPadamkvttb1malaysia.blogspot.com
Thanks, Kiew
PadamKVTTB nie berdaftar ker?..
PadamSaudara Tanpa Nama,
PadamSetelah saya lawati blog KVTTB dan melihat gambar Presidennya menerima cek RM1j yang dijanjikan oleh PM, logiknya tentu KVTTB berdaftar. Kalau tidak manakan boleh PM berikan cek tersebut kepada persatuan yang tidak berdaftar.
Itu pandangan saya. Namun saya belum melihat hitamputihnya.
Sy ada menghubungi Presedent Koperasi KVTTB untuk penjelasan mengenai borang pendaftaran yang tiada logo koperasi dan alamat, menggunakan email peribadi dan tidak menggunakan email rasmi koperasi dan tiada no talian tetap.. tapi apa yg sy dapat adalah sebaliknya.. Bukan penjelasan yg diterima tetapi kata-kata kemarahan...tak profesional langsung!! Baru tanya tentang Borang dah naik angin...!!
PadamSaudara Tanpa Nama 11.34pg,
PadamSabo ajelah.... kita ikuti perkembangan KVTTB ini dahulu. Lagipun KVTTB ini masih di awal penubuhan. Banyak perkara mereka perlu lakukan.
Tapi tentang marah-marah itu. Tak patut.....tak patut....
alhamdulillah, perjumpaan seterusnya diadakn dikuantan pd 7 jun 2012 di dewan jubli perak, kuantan pahang darulmakmur, sambutan amat mengalakan,walaupun pd mulanya ada ahli2 yg curiga dng pertubuhan ini, yg pendapat mereka berunsur politk menjelang pru13, satelah penerangan diberikan olih en sabri, ramai yg menunjuk minat,
BalasPadammatlamat kita, memperjuangkan hak kita sebagai Anggota Tentera yg tidak berpecen, kerjasama kita dan semua ahli2 diperlukan bagi melaksanakan pertubuhan koperasi ini, matlamat utamakan kita adalah pembiayaan sara hidup setiap bulan minima rm500....
Saudara Syed Zainal,
PadamTerima kasih atas maklumat tersebut.
Semuga sukses hendaknya.
assalamualaikum.....bagus juga kalau bekas tentera tidak berpecen..di berikan pecen...terutama bekas tentera yg bertugas masa tahun 90an kebawah semasa era parti komunis malaysia(P.K.M)...tidak kira latar belakang bekas tentera dan tidak kira berapa tahun beliau berkhidmat yang penting bekas tentera...bayangkan dulu gaji tentera ciput...beza gaji tentera sekarang..kekayaan negara harus d kongsi dgn rakyat..lebih2 bekas tentera yang banyak berjasa pada negara..semoga berjaya...wassalam..
Padamassalamualaikum.....bagus juga bekas tentera tidak berpecen di berikan pecen...tidak kira latar belakang bekas tentera...lagi2 bekas tentera yg berkhidmat masa tahun 90an kebawah..masa era parti komunis malaysia..bayangkanlah gaji tentera dulu ciput..beza dgn gaji tentera sekarang..hargailah bekas2 tentera yang tidak berpecen...kekayaan negara harus di kongsi dgn rakyat...terutama bekas2 tentera yang banyak berjasa pada negara dan yang sudah berusia yang perlukan bantuan...wassalam.
Padamtest
BalasPadamkenapalah ramai sangat bekas-bekas tentera yang terpengaruh dan termakan dengan kata-kata orang yang cuba menangguk di air keroh.Adakah tuan-tuan semua mengenali siapa manusia ini, macam mana rekod perkhidmatan beliau..saya kesian dengan nasib kekawan yg tak berpencen apabila dengar berita seumpama ini cepat sangat melompat sampai sanggup tinggal kerja semata mata nak mengejar benda yang tak tentu kebenarannya..
BalasPadammintak jangan tak mintak...PRU dah dekat.
BalasPadamPeluang dah ada . carry on squad.
Minta KVTTB membuat pengumuman rasmi mengenai penubuhan KVTTB adalah sah di akhbar/TV dan perlu mempunyai pejabat di setiap negeri supaya Veteran Tentera Tidak Berpencen boleh daftar dengan segera.
BalasPadamAslmkm.... ya ha bi bii ya maulana semua ahli KVTTB.
BalasPadamSaya bks tentera tidak berpencen. menyokong apa yang diperjuangkan, sya blm menjadli ahli lg. sebab saya mahu seldik dahulu kesahihan Persatuan KVTTB. Kita tidak berpencen klu dapat byran bulanan macam shbt perjuangan kita yg berpencen.Kalau apa yang kita tuntut dapat, sya dh dgr shbt-shbt kita yg berpencen akn menuntut hak mereka,sebab yg berpencen smsa menamatkan prkhidmatan pampasan tidak dapat sepenuhnya,sbb simpanan kerajaan tidak di bg utk membyr pencen bulanan mereka. Manakala kita yg tidak berpencen mcm kita dapat sepenuhnya trmsk simpanan kerajaan.Kalau kita dapat mereka semua akn menuntut hak mereka. ini akn menjdikan kita yg tidak berpencen akan bermusuhan dengan anggota yang berpencen. Dalam perkhidmatan kita berjuang utk mempertahankan negara. Itu yang sya nak selidik sblm mjdi ahli KVTTB....
Saudara Tanpa Nama 9.23pg,
PadamAlaikumsalam,
Saudara boleh pergi ke Registrar of Society untuk selidik sama ada pertubuhan ini telah diluluskan atau tidak.
Namun sepanjang pengetahuan saya 'Koperasi Veteran Tentera Tidak Berpencen' masih belum diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Permohonan untuk menubuhkan koperasi ini masih lagi di dalam proses.
Allahu'alam
kalau masih belum diluluskan pendaftaran...maknanya KVTTB nie adalah pertubuhan HARAM.. Biarlah dapat KELULUSAN DULU baru beroperasi dan nak buat apa-apa aktiviti... Kesian kat kami yang berharap..takda makna kalau masih lagi dilabelkan TIDAK SAH. atau belum berdaftar...
BalasPadamSaudara,
PadamSepatutnya begitulah. Dah lulus dari pihak berwajib baru beroperasi.
Seperkara lagi janganlah terlalu mengharap.
saya.mohd sabri abdul malek. pengerusi koperasi veteren tentera tentera tidak berpencen ingin memberi tahu kepada semua anggota tidak kira dari mana pertubuhan tolong jangan memperlecehkan kvttb 1 malaysia. jikalau tuan-tuan dapat menubuhkan kvttb seperti saya buat jangan cakap sahaja. seharusnya kvttb ini telah ditubuhkan pada 30 tahun yang lalu. tetapi orang yang pandai cakap seperti kamu hanya sebagai diibaratkan budak-budak yang suka membuang masa di kedai kopi. fikirlah apa yang saya telah lakukan demi untuk anggota tentera yang tidak berpencen. bukan bercakap kosong di kedai kopi. untuk pengetahuan anda sijil kvttb telah dululuskan pada 5 Mei 2012 bil. daftar N-6-0521 pergi semak lihat betul atau tidak. jangan cakap kosong macam bercakap di dalam kedai kopi sahaja. itu lah adat orang melayu cakap pandai tetapi tidak berani menonjol diri kehadapan. diibaratkan bagai tin kosong bunyinya bising tak seperti tin yang berisi di dalam. saya cuma merahsiakan sahaja kelulusan sijil kvttb kerana nak melihat sejauh manakah manusia yang dinamakan sebagai orang melayu.
BalasPadamEn.Sabri...Tahniah krn kvttb telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 5 Mei 2012.. dengan status PERTANIAN.. Sy ingin menegur saudara sabri..jgnlah cepat melenting dengan teguran drp anggota.. ambil setiap teguran dengan hati yang terbuka untuk memajukan kvttb dimasa akan dtg.. sy lihat saudara tidak mempunyai tahap kesabaran yg tinggi sebagai seorang PEMIMPIN.. Jgnlah saudara mengibaratkan kami sebagai TIN KOSONG..krn TIN KOSONG nilah yg banyak menyokong saudara dan TIN KOSONG ni lah yg akan menentukan kejayaan kvttb atau tidak.. Ingatlah saudara sabri..koperasi kvttb ditubuhkan atas sokongan TIN-TIN KOSONG seluruh negara.. Saudara sabri..knp kvttb baru didaftarkan pada 5 mei 2012? knp tidak dari dahulu lagi?.. TIN KOSONG nilah yg mendesak supaya kvttb didaftarkan supaya kvttb tidak dilabelkan sebagai Koperasi Haram.. Kami TIN KOSONG berharap saudara sabri jgn terlalu cepat menuduh tanpa usul periksa.. dan belajar bersabar kalau mahu menjadi seorang PEMIMPIN yang dihormati.. dan jgn merendahkan-rendahkan ORANG MELAYU.. sama sekali..
Padamsaya.mohd sabri abdul malek. pengerusi koperasi veteren tentera tentera tidak berpencen <<== baru tanya pasal pendaftaran dah melatah?? belum kata skandal, pecah amanah, menyeleweng. jawab la dgn berkhemah... BODO!!
BalasPadamBODO?..inikah sikap seorang pemimpin?..Inikah jawapan seorang pemimpin?..inikah jawapan kepada ahli persatuan yg selama ini menyokong saudara?..BODO yg kami terima?..TERIMA KASIH SAUDARA SABRI... Memang benar kata mantan PM..."Melayu Mudah Lupa"...
PadamSaudara Sabri,
BalasPadamSetiap orang hakikatnya merupakan pemimpin, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw: Kullukum ro'in wa kullukum mas'ulun an ro'iyyatihi. Setiap kalian adalah pemimpin, dan akan diminta untuk bertanggung jawab mengenai kepemimpinannya. Namun untuk menjadi pemimpin yang baik diperlukan sifat sifat tertentu, sehingga akhirnya dapat menjadi pemimpin yang matang dan bijak dalam tugas nya.Ada pun sifat sifat menjadi pemimpin yang bijak antara lain:
Tidak Emosional
Hal ini bererti orang yang temperamental, mudah marah, meledak-ledak, mudah tersinggung, sukar menjadi pemimpin bijak, jadi orang yang bijak adalah orang yang berterampilan mengendalikan diri sendiri. Berhati-hatilah jika kita termasuk orang yang mudah marah maka jika bertindak biasanya cenderung tergesa-gesa. Orang-orang yang emosional tersinggung sedikit oleh bawahannya akan sibuk membela diri dan membalas menyerang, ini tidak bijaksana karena yang dicari adalah kemenangan pribadi bukan kebenaran itu sendiri.
Tidak Egois
Orang yang egois jelas tidak akan dapat menjadi pemimpin bijak, karena bijak itu pada dasarnya ingin kebaikan bersama, orang yang egois biasanya hanya menginginkan kebaikan untuk dirinya sendiri. Orang yang bijak adalah orang yang mau berkorban untuk orang lain bukan mengorbankan orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri.
Menjadi pemimpin yang dihormati dan berjaya bukanlah sesuatu tugas yang senang. Seorang pemimpin haruslah menyiapkan diri dengan cabaran yang bakal ditempuhi kerana lain organisasi lain pula budaya dan kerenah ahli dan anggota nya. Cuba tanya diri kita sendiri adakah kita begitu kalau kita begitu kita baiki diri kita untuk menjayakan organasasi. Fikirkan dan renungi sedalamnya saranan saya ini. Kalau tidak Tong sampahkan saranan saya ini. Teruskan lah dengan kebanggaan sahingga suatu ketika kita akan dihina oleh ahli kita.
Biasanya pemimpin yang sukses memiliki karakter yang kuat. Selalu berani mengambil tentangan, dan yakin bahwa risiko yang diambilnya akan memberikan keuntungan bagi ahli.Pemimpin saperti ini banyak di cela orang, kerana keberaniannya mengambil risiko.Pemimpin saperti ini selalu berpikir untuk memberikan inovasi ke depan, agar organasasi dan ahli ahli nya berhasil menjadiLeader bukan menjadi follower. Anda mempunyai sikap dan sifat sapert ini yang harus saya puji teruskan perjuangan dengan berhemah untuk mencapai matlamat dan nasihat saya berhati hati mengemudi organasasi ini supaya jangan terlalu terjebak dengan Politik.Satukan mereka ahli dan bakal ini untuk kepentingan ahli ahli bukan satukan mereka untuk kepentingan perbadi dan politik. Kerana akibatnya saudara Sabri akan terhina kelak oleh ahli kalau tidak A atau B kerana sepatutnya saudara di sanjung oleh A dan B. Begitulah sukarnya menjadi Pemimpin.
Maaf andainya kata dan pandangan saya menyinggung saudara juga ahli dan bakal ahli kerana saya iklas dalam memberikan pandangan untuk kebaikan bersama. Sekian Wassalam.
yg berpencen pun selain dpt pencen masih lagi minta macamx yg takada dlm syarat. apa salahnya yg takpencen minta separuh.
BalasPadamKerja penuh beri penuh,kerja separuh berilah separuh.
Kalau 18th dgn 21th cuma lebeh 3 tahun saja pun.Lagi pun askar semasa kumunis tahun 1985 kebawah kerja teruk gaji kecik terutama Askar Melayu dan Renger daki bkt gunung cari kuminis. duduk kem 4-5 bulan dlm hutan 6-7bulan takda elaun apa pun.Tak ada keistimawaan.Askar sekarang agak relex, gaji boleh tahan,cuti banyak,bonus dividen tinggi,keistimewaan banyak. Askar dulu nak makan pun tak cukup.Masa tu munkin kerajaan tak mampu. Sekarang dah senang tolong-lah bayar balik apa yg kami terlebih kerja dulu. Orang berpencen jangan-lah sebok. Dah dapat pun mintak mintak lagi. Patut-nya yg belum dapat-lah yg mintak dan patut di beri.
Terima kasih. RAMD 74-86.
assalamualaikum.......tuan-tuan saya mengajukan satu soalan,
BalasPadambagaimana pula bekas-bekas tentera(askar wataniah siri 507),kami cuma pasukan simpanan tentera darat.Adakah kami layak dan boleh memohon sebagai ahli kvttb?
G JAHA
BalasPadamhargailah bekas2 tentera yg berkhidmat 90an kebawah...beza askar dulu dan sekarang....dulu gaji ciput..beza dgn sekarang...apa salahnya kekayaan negara d kongsi bersama...kalau tak ada bekas2 tentera yang senja ni...tak mungkin kekayaan negara d kecapi selama ini....kalau bagi pencen lagi baik....wahai bekas3 tentera bersatu lah kita...semoga d beri perhatian oleh kerajaan....kerajaan pun kenalah timbag rasa...kalau bagi pencen pun...bukannya bolih makan pencen selama2nya...usia yang semakin senja ni hargailah...kalau bagi pencen bagi semua bekas2 tentera yang x berpencen...tidak kira latar belakang mereka berapa tahun berkhidmat...janji era kominis(PKM)yang penting jasa mereka d hargai...TERIMAKASH 1 MALAYSIA....
BalasPadamSumbangan RM1,000, boleh-lah tu.Munkin permulaan.Belum maximum.
BalasPadamAskar zaman komunis kerja 2 kali ganda,pikul pun 2-3 kali berat berbanding sekarang. Nyawa dihujung senapang. Ramai yg
putus kaki, putus kepala[MATI] tapi tak heboh. Takda public city.La ni nyawa di hujung lebuhraya, kena langgar lori taik pun heboh 1MALAYSIA.
SALAM 1MALAYSIA.
VETERAN PERANG KOMINIS. RAMD 74-86.
salam, sila masuk Daftar cara on line Kvttb1malaysia@gmail.com tuan bolih masukkan daftar nan tuan melalui gmail tersebut.
BalasPadamkvttb1malaysia@gmail.com
BalasPadamkepada rakan rakan seperjuangan yang tidak berpencen. jangan minta yang bukan bukan kepada kerajaan. untuk sedia maklum pencen hanya dibayar kepada anggota yang berkhidmat 21 tahun. cukuplah sekadar meminta elaun sara hidup
BalasPadambekas isteri pun dapat pecen seumur hidup.Apabila naik, pencen dia pun ikut naik.Bila pulak dia masuk rekrut,sign berapa tahun. Sign seumur hidup ke. Pranita yg kerja berganda ,di kem dia askar, di-rumah dia isteri, tapi ada yg tak dapat pencen.Ini berat.
Padampertubuhan bekas tentera di-monopoli oleh lelaki.Saya cadangkan veteran Pranita tak berpencen buat persatuan mereka sendiri.Sebab mereka juga bekas tentera dan juga seorang isteri. GUA TAHNIAH SAMA LU.
PadamSALAM VETERAN PRANITA.
boto cakap kau tu org kampung (tanpa nama), den setuju tak payahlah mintak yg bukan-bukan ,cukuplah sekadar sara hidup contoh he macam ni ha... kalau kalau kau kojo 10 th dapek sara hidup kojo 10 tahun bagitulah seterusnya. Den pun heran macam mono pulak bilo laki K.O pencen turun kek bini , den agak kek malaysia ni yo ado macxam tu.mengenai nak tubuhkan persatuian veteran wanita tidak berpencen tu den lagi setuju ,biar deh banyak persatuan....
Padamelaun perSARAan dan SARA hidup ada-lah sama
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBekas tentera ni sebenarnya akann senyap apabila RM 50 juta tu dibagi sama rata kepada semua tentera tidak berpencen kot.
BalasPadam50000000/200000 = jadi setiap org akan dapat 2,500 RM. barulah nama pemberian kerajaan.
Dulu sembur dgn peluru.La ni sembur dgn air liok.PRU13 dah tamat.Perang air liur belum tamat.PRU14 menyusul Biasa-nya pehak yg kalah keluar bising2 yg menang nyorok diam2. susah nak jumpa.Kalau jumpa pun tak iklas dan malas2.2 penggal tak sampai 10 tahun khidmat dah layak dapat pencen.sebab tu berebut nak jadi calon.PRU13 biasa je tapi macam raya THAIPUSEM.PRU14 memang sengit.Masa tu negara berpendapatan tinggi.Harga barang tentu tinggi.Tapi kalau rakyat masih berpendapatan rendah..Takada makna.Makin ramai-lah yg akan jadi pengundi ATAS ANGIN.Pojam colik pojam colik dah
BalasPadamPRU14.Den bukan veteran perang ayak liok.DEN vateran perang satu peluru satu musuh RAMD. Wassalam.Terima kasih.