Pastinya penggemar makanan daging salai ternanti-nanti untuk
menikmati hidangan daging salai ciptaan TLDM yang akan dijual di pasar raya
sebaik sahaja ianya dikomersilkan.
Linknya di sini.
Bagaimanakah rasanya. Enak ke....
Saya antara penggemar makanan daging salai. Andaikata kami
(seisi keluarga) pulang dari rumah Mak Ngah di Serting, kami akan singgah di satu
gerai di Batu Kikir untuk membeli beberapa keping daging salai yang pada
pendapat saya sedap dirasai. Dagingnya lembut, enak dan tidak liat.
Masakan yang seisi rumah saya gemari pastinya masak lemak cili api.
| Gambar Hiasan |
Sama-samalah kita (penggemar daging salai) menanti kemunculan
hidangan daging salai ciptaan TLDM ini. Pastinya kena cuba.
Insya’Allah.
Daging salai masak lemak cili api memang sdp. Tp kalau yg masak x berapa pandai,memang x sdp jadinya. Last2 terbiar d tepi piring je
BalasPadamBetul tu chii....kalau masak tak beberapa pandai, membazir sahaja.
PadamPak mail org ghombau dah lamo buek daging salai ni,, cuma tak di komersial kan aje,,, kalau poie di pasar tani ampangan banyak org jual daging salai ni ,,,,
BalasPadamAgak2 mana lebih sedap. Daging salai lembu atau daging salai kerbau. Orang Rembau dulu2 punyai sawah padi tentu juga punyai kerbau.....
PadamSaya tak pernah rasa daging salai kerbau....
Saya juga penggemar daging salai spt ni Pak Mail...mmg enak sampai tak terkata laa....kalau raya haji, mesti buat daging salai nih....
BalasPadamSaudara Yas,
PadamKalau hari raya haji, daging salai ni, masak apa yang sedap selain dari masak lemak cili api....
daging salai.... sedap jugak tu kan... nak kena test jugak ni....
BalasPadamSaudara Kazman,
PadamKalau nak test daging salai TLDM , kena tunggu ianya dipasarkan lah....
Apa pun terima kasih kerana singgah dan membaca coretan saya ini.
Pak Mail,
BalasPadamDulu saya ada seorang kawan di sentul..
bekas askar orang nogori..
Memang setiap hari isteri dia masak lomak cili api..
Saya pun suka..hehe sekali sekala di pelawa makan free.
Saya tak pernah pula bayangkan kalau2 dia terputus bekalan santan..hehe
Bagaimanapun bila produk ni dah ada di pasaran saya akan cuba.
Ketika makan nanti saya imagine diri saya anggota TLDM dalam kapal selam scopene.
Saudara olrascal,
Padamsama-sama kita tungguuuuu....
Ini buat saya teringat makan nasi di "Main Dining Hall/Main Galley" semasa di KD Malaya - cukup enak sekali.
BalasPadamkiew,
PadamKadang2 tu terkena dapat daging yang apabila dibaling ke dinding, dinding pun boleh retak.
hahahahahaaaa....
TLDM menghasilkan daging salai? Apa kena mengena TLDM dan perniagaan?
BalasPadamPakcik AlManar,
PadamSaya kira TLDM hanya mencipta sebagai satu kreativiti dan inovasi mereka. Mungkin Institut Pembangunan Sains dan Teknologi Tentera (Stride) yang mengendalikan segala urusan transaksi.
Allahu'alam
Salam PakMail, sedikit pembetulan. STRIDE = Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan. kalau dienglishkan dapat la word stride tu... ;)
BalasPadamBob,
PadamTerima kasih dan terima kasih sekali lagi kerana singgah membaca coretan saya.