Saad sedang duduk di bangku laluan kaki lima KL Sentral ditemani
beberapa rakan pemandu teksi yang lain. Seorang lelaki Cina separuh umur berlalu
sambil tersenyum memandang Saad. Saad membalas senyumannya.
‘Wah... kayalah lu’, lelaki Cina itu melontarkan kata-kata
kepada Saad.
Saad tersenyum tanpa mengerti apa maksud lelaki Cina itu yang terus berlalu pergi.
Selang beberapa minit kemudian, datang pula seorang lagi lelaki
Cina lain menegur Saad sambil bertanya.
‘Bila mau belanja gua makan’.
‘Sekarang pun boleh’, Saad membalas bersahaja.
‘Tak apalah, lain kali saja...’, sahut lelaki Cina itu dan
berlalu pergi.
Dalam hati Saad tertanya-tanya, ‘Si lelaki Cina ni tak
pernah-pernah meminta aku belanja makan tiba-tiba hari ini pulak meminta belanja
makan, apa hal pulak....’.
Tidak berapa lama kemudian datang pula seorang kawan Saad memberi
salam dan terus berkata.
‘Wah...rugi aku tak beli nombor kereta engkau. Naik... ‘first
prize’. Nombor kereta kau 2045 kan’
‘La......gitu rupanya. Patutlah dari tadi ada yang kata aku jadi
kaya. Seorang lagi minta aku belanja makan. Rupanya nombor kereta aku naik’.
Tapi Saad bukan seorang kaki nombor ekor.
Beginilah resamnya antara tabiat pemandu-pemandu teksi. Baik
dari bangsa Cina, India mahupun Melayu sendiri. Sangat gemar membeli nombor
ekor. Sekali beli bukan seringgit dua. Malah berpuluh-puluh ringgit. Tabiat
yang sangat sukar untuk dibuang.
Malahan ada di antara beberapa mereka yang telah pergi
menunaikan haji. Balik dari menunaikan haji, berhenti sementara dari membeli nombor ekor. Tak lama kemudian sambung meneruskan tabiat lama membeli nombor ekor.
‘Tak tahanlah... cuba nasib’, kata mereka.
Namun tidak semua pemandu teksi bersikap begitu.....
Salam Pak Mail,
BalasPadamRealiti kehidupan hari ini. Yang haram itu didahulukan...
Salam kembali saudara Echam,
PadamMudah2an Allah ampuni semua muslimin dan muslimat hendaknya. Amin......
godaan syaitan ada di mana-mana pak mail.... teguhkan iman dan pendirian...
BalasPadamTeguhkan iman dan pendirian dengan berdoa kepada Allah swt serta dengan ingatan yang banyak kepadaNYA.
PadamInsya'Allah akan selamat....
Sdr Pak Mail,
BalasPadamHa..ha..ini dakwaan rascist. Lain-lain 'trade mark' kpd golongan ini termasuk juga bersikap kasar, panas baran,menipu penumpang....
Kita cerahkan keadaan ini, bukan semuanya mereka sedemikian.
Saudara Ujangkutik,
PadamMemang benar, malahan lebih ramai di antara mereka berhati baik.
Namun tidak dapat dinafikan juga bahawa tabiat dan sikap segelintir dari mereka seperti saya nyatakan adalah suatu kenyataan yang sukar diterima.
Hehehe...mmg pernah terjadi juga kt saya Pak Mail...ni kisah yg benar2 realiti bukan fantasi....tp yg sedapnya yg berkata demikian kawan melayu yg jarang jumpa...kekeke
BalasPadamPak Mail,
BalasPadamKebarangkalian untuk memenangi hadiah pertama dalam 4 nombor ekor ada 1/10000 bermakna tidak sampai pun 1%. Bermakna peluang untuk kalah itu sudah mencapai 99%.
Maka orang yang tidak mempunyai masaalah kewangan tidak akan ' melabur ' pada sesuatu yang mereka sudah tahu akan kalah atau rugi. Ada juga antara mereka yang melabur atas dasar suka suka dan keseronakan.
Saiko nye pulak pada kebanyakan orang yang terdesak mereka akan selalu beranggapan nasib akan menyebelahi mereka..hehe..
Perlu sangat orang islam memperbaiki ekonomi mereka dan tingkatkan kekuatan iman agar mereka tidak bergantung pada nasib semata mata.
Sekarang je orang kita dah berkurang ..kalau dulu rasa nye lagi extreme sampai berangkung angkung pak mail....hahhaha.
Judi itu adalah haram.
2045 haa pak mail ...hehe..