Semalam petang anak kedua saya telah berlepas pergi ke negeri
China bersama kawannya Zahid. Anak saya kelihatan sangat teruja. Mungkin kerana
ini merupakan kali pertama anak saya akan merasai menaiki pesawat. Mereka ke
negeri China atas urusan perniagaan. Bagi mereka yang telah biasa sedari kecil
menaiki pesawat ditemani ibu atau ayah mungkin tiada punyai perasaan
sedemikian.
Tidak dinafikan saya juga pernah merasai perasaan sedemikian
sewaktu pertama kali menaiki pesawat suatu ketika dahulu. Maklumlah kami bukan
keluarga kaya yang sewenang-wenangnya mampu untuk membayar tambang pesawat
untuk kemana-mana yang dihajati. Namun dewasa ini tambang untuk menaiki pesawat
amat murah dibandingkan dahulu. Ini kerana syarikat penerbangan Air Asia
menawarkan harga tambang yang mampu dibayar oleh sesiapa sahaja.
Dahulu apabila sebut naiki pesawat, pada fikiran masyarakat
hanya orang berada sahaja yang layak. Ini kerana tambangnya tidak murah. Dahulu
tiada syarikat penerbangan tambang murah. Tidak seperti hari ini terdapat
beberapa syarikat yang bersaing menawarkan harga tambang murah.
Inilah yang dikatakan ‘win, win situation’. Syarikat yang
mengendalikan penerbangan tambang murah meraih keuntungan lumayan disamping
orang ramai atau pengguna menikmati manfaat pengangkutan awam yang efisien dan
murah. Tidak hairanlah kalau saban tahun Air Asia mencatat keuntungan demi
keuntungan berbanding MAS yang bilangan tahunnya banyak mencatat kerugian
daripada keuntungan walaupun dengan bantuan kewangan dari kerajaan.
Apa pun semuga Allah selamatkan perjalanan anak saya dan kawannya pergi dan kembali ke tanah air Malaysiaku.
Amin......
Pak mail,
BalasPadamBelajar lah...walaupun hingga ke negeri China.
Ucapan Selamat Maju Jaya buat anak kedua Pak Mail
semoga dia berjaya dan mengharumkan nama keluarga nye.
Saudara olrascal,
PadamTerima kasih. Mudah2an begitulah hendaknya....
Sdr Pak Mail,
BalasPadamUmpama kuah tumpah ke nasi.Anak saudara mula menyusun langkah untuk 'menakluk' dunia seperti yang pernah saudara lakukan.
Semoga beliau selamat pergi,selamat balik dan mencapai matlamat tujuannya ke sana.
Saudara Ujangkutik,
PadamTerima kasih atas ingatan saudara.
Semoga anak Pak Mail selamat pergi dan kembali...perasaan teruja bagi org yg kali pertama naik kapalterbang mmg tinggi sesangat Pak Mail...mcm saya gak dulu....hehehe
BalasPadamSaudara Yas,
PadamPertama kali menaiki kapalterbang memang sangat2 teruja. Kalau penerbangan di bawah 2 jam itu ok lah....
Kalau dah sampai 5 atau 6 jam dan lebih, kalau boleh tak mahu naik kapalterbang. Terasa kepenatannya....
Seronoknya dpt naik flight. Last chii naik 20 thn lepas.hehe.perasaan teruja pasti akn d rasai kalau berkesempatan lg. Apa pun, semoga selamat pergi dan blk buat ank pak mail
BalasPadam