“Dan sesiapa yang Kami (yakni Allah) panjangkan umurnya, Kami kembalikan
kepada asal kejadiannya (serba lemah). Mengapa mereka tidak mahu memikirkannya” Quran Surah Yaasin, ayat 68
Sewaktu kecil pada awal usia kanak-kanak dan/atau ketika masih
dibangku sekolah rendah pasti ramai di antara kita pernah apabila marah kepada
seseorang akan menunjukkan punggung kita kepada orang tersebut. Inilah antara ciri-ciri
keanak-anakan. Ciri-ciri sikap yang masih mentah. Tidak dapat memikirkan
persepsi negatif orang lain di atas tindakbalas yang kita lakukan.
Pagi semalam satu ‘acara senaman punggung’ oleh sekumpulan kecil
dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) diadakan di hadapan rumah
Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga dengan tujuan untuk mengaibkan beliau.
Saya tidak menyetujui tindakan mereka yang saya anggap
keterlaluan dengan menonggeng mengarahkan punggung-punggung mereka ke rumah
Ambiga.
Nyata sekali yang patut merasa keaiban itu bukannya Ambiga
tetapi sebaliknya mereka dari kumpulan ini yang sepatutnya merasa malu atas
tindakan bodoh dan keanak-anakan itu. Inilah yang dinyatakan oleh Allah di
dalam ayat yang saya paparkan di atas. ‘Kami (yakni Allah) kembalikan asal
kejadiannya’. Allah kembalikan mereka menjadi lemah fikiran seperti kanak-kanak. Tidak dapat
memikirkan natijah atas apa yang mereka lakukan.
Di manakah letaknya nilai keperibadian bangsa Melayu yang penuh
dengan sikap toleransi dan budi pekerti mulia. Di manakah letaknya jati diri
bangsa Melayu yang kaya dengan peradaban luhur dan tinggi.
Banyak cara kita boleh sampaikan bantahan atas perkara yang kita
tidak berpuas hati. Dari sekecil-kecil demontrasi kepada sebesar-besar
demontrasi masyarakat Malaysia mempertontonkan kepada generasi muda kita.
Demonstrasi dibalas dengan demonstrasi. Cacian disambut cacian. Kata-kata kesat
diiring pula dengan kata nista.
Di mana titik perhentiannya.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamSaya setuju dengan moral catatan ini.
Kendatipun demikian, biarlah kita sesama kita bercakap mengenainya di suatu tempat rahasia dan sunyi.
'Nuansa' putih dengan hitam amat seni dan tidak mudah membezakannya pada alaf ini.
Saudara Ujangkutik,
PadamSaya kira catatan saya ini lebih menjurus kepada persoalan moral orang Melayu yang beragama Islam walaupun berkait rapat dengan permasalahan politik.
Saya merasa terpanggil untuk meluahkan perasaan dan pandangan ini memandangkan saya juga merupakan salah seorang veteran tentera dari kalangan orang Melayu meskipun saya bukan dari ahli PVTM.
Pak Mail,
BalasPadamRasa nye entry Pak Mail ini tidak boleh tidak akan membawa kita ke arah komen yang berunsur politik.
Tindakan PVTM itu jelas lah bermotifkan politik kerana kita semua tahu Ambiga adalah pengerusi Demo Bersih 3.0 baru2 ini.
Sebarang jawapan antara setuju atau tidak tindakan mereka itu akan seolah2 menentukan arah fahaman politik kita..hehe
Politik pula dalam konteks negara kita hari ini lebih memisahkan dari merapatkan kita.
Dan politik itu sentiasa saja menjadi perkara yang subjektif.
Setiap perkara ada kewajaran tersendiri dan begitu subjektif untuk kita jelaskan yang hitam itu hitam dan yang putih itu putih dan semua orang menerima nye.
Kalau Pak Mail tanye pada PVTM kenapa mereka lakukan pasti mereka akan jawap bahawa mereka hanye melakukan senaman dan antara elemen dalam senaman itu kita akan membongkokan badan.
Dan mereka akan jawap juga dimana mereka lakukan senaman itu ada lah hak mereka di sisi undang2.
Setiap perkara biasa nye ada sebab dan akibat nye.
Dan ambiga saya rasa sedang melalui proses ' akibat ' dari 'sebab sebab ' peranan nye dalam Bersih 3.0
Hakikat nye Demo Bersih 3.0 tidak di persetujui oleh semua orang begitu jugak tidak semua yang menentang nye.
Begitu lah ada nye Pak Mail..hahaha..
Begitulah karenah manusia bila usianya semakin lanjut mereka akan kembali seperti zaman kanak-kanak. A disgrace to to the religion they embrace, a disgrace to the Malays, and worst still a disgrace to the uniform that they once donned.
PadamSaudara olrascal,
PadamSaya Setuju pendapat saudara bahawa entri saya ini ada unsur-unsur politik. Namun begitu saya tidak berhasrat untuk menjawab komen yang ada kaitan dengan politik yang memungkinkan timbul perselisihan pandangan.
Sabda Rasulullah saw ‘Setiap amalan (perbuatan) dimulai dengan niat’.
Kewajaran di dalam melaksanakan sesuatu perkara seharusnya didasari dengan kepentingan agama dan moral. Agama mestilah menjadi asas panduan utama bagi kita umat Islam. Rasulullah saw banyak mengajar umatnya agar utamakan kepentingan orang lain (selagi boleh) lebih dari keutamaan peribadi meskipun orang itu bukan seagama dalam hal-hal kemasyarakatan selagi tidak menyentuh sensitiviti agama terutama soal aqidah.
Biar apapun alasan yang diberi oleh mereka dalam mengadakan senaman ini ianya tetap tidak wajar.
Saudara Tanpa nama 8.16ptg,
Padam'and worst still a disgrace to the uniform that they once donned'.
What ashamed.
Hilang Nilai dan harga diri??.. didikan adap dan akhlak senang sgt diketepikan apabila emosi menguasai segalanya (kewarasan tindakan tidak menggunakan akal fikiran)
BalasPadamSetuju dengan pandangan puan. Hilang nilai dan harga diri. Lebih2 lagi apabila rumah kata pergi, kubur kata mari....
PadamSalam...saya juga berkesempatan menonton video tersebut. saya rasa malu dan kecewa kerana 'tindakan' mereka itu tidak cukup weight or justify the purpose /objektif mereka. rather than the 'butt dancing', there's lot other actions which are more appropriate. in fact, bila ditanya apa tujuan perhimpunan, berkias-kias pulak. Generasi muda bila tengok akan fikir, sahlah army pun jadi alat propaganda kerajaan dan akan meluat.
BalasPadamCik faye,
PadamSaya kira pepatah lama 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga' masih lagi relevan.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamSaudara secara sengaja/tidak sengaja membuka gelanggang yang menarik. Pada pengamatan saya, setakat ini segala-segalanya berjalan dengan baik dan sopan.
Benarlah pendapat Theolrascal, samada mahu atau tidak, berkiblat atau menyendiri, ini isu politik. Isu ini juga merupakan pendulum yang menyerlahkan belang sebenar seseorang.
Tidak dapat lari.
Apa pun, kadang-kadang seronok juga menyentuh isu seperti ini.
Bagaimanapun, sedaya upaya dengan tulang 4 kerat saya akan cuba menyembunyikan sisik sebenar saya.He.he.
Saudara Ujangkutik,
PadamMungkin secara tidak sengaja saya telah membuka gelanggang di ruangan saya. Gelanggang di tempat lain saya rasa sangat banyak.
Oleh kerana saudara terkadang-kadang merasa seronok menyentuh isu sebegini, mungkin kita boleh teruskan di suatu tempat rahsia atau tersembunyi. Namun, saya kira kita tiada tempat rahsia. Di tempat tersembunyi atau privacy mungkin ada @ ismail_abaziz@yahoo.com.
Saudara olrascal juga boleh ikut serta jika sudi.
malukan islam...
BalasPadamserius aku malu...