Aku terjaga dari tidur
Aku renungi diriku ini
Aku kira...
Banyak kekurangan berbanding kelebihan
Banyak kelemahan berbanding kekuatan
Banyak kealpaan berbanding kesedaran
Banyak keinginan berbanding kesyukuran
Namun, aku kira...
Aku miliki suatu kenikmatan
Sedikit kefahaman agama yang kuharap akan berkekalan
Begitu pun jua...
Aku tidak punyai kekuatan
Untuk mengamalkan dengan penuh kemampuan
Bantuku Ya Allah...bantuku
Sdr Pak Mail,
BalasPadamDoa saya pun demikian.
Saudara Ujangkutik,
PadamMudah2an kita tidak dari kalangan orang2 yang rugi di akhirat.
Amin......
amin.....
PadamSemua apa yang disebut tentang kekurangan, kelemahan, kealpaan dan keinginan adalah ciri ciri kita saemua sebagai seorang manusia. Asalkan kita sedar saya tidak rasa ada salahnya. Kita berjaga jaga dan memperbaiki sambil kita menghayung langkah kehadapan. Kita mesti terus hidup dan bersyukur sentiasa.
BalasPadam