Hari ini genap usia ayahku 88 tahun. Aku dan isteri ziarahi
beliau petang tadi. Aku mengisi masaku berbual-bual dengannya sehingga hampir jam
10.30 malam. Seandainya aku bersendirian, sehingga jam 2.00 atau 3.00 pagi pun
tak selesai kami berbual.
Sewaktu ayahku masih kuat dan aku juga masih agak muda
seringkali aku berbual-bual bersama sehingga jauh malam. Ada beberapa kali
terlajak sehingga ke subuh.
Berbagai-bagai kisah kami bualkan. Dari topik kekeluargaan,
kenangan silamnya, topik agama sehingga kepada hal-hal politik.
Daya ingatan ayahku sangat baik. Beliau dapat mengimbau kembali
kisah-kisah lama sewaktu suka dan duka. Senang dan susah. Serta berbagai-bagai
liku-liku kehidupan.
Antara perbualan dengan ayahku sebentar tadi adalah mengenai
kisahnya di zaman pendudukan Jepun di Malaya. Sewaktu Jepun memerintah ayahku
yang ketika itu berusia remaja diambil bekerja dengan Jepun sebagai pemandu
kepada seorang pegawai tentera Jepun.
Satu sahaja pengalamannya yang ingin aku kongsi bersama dari
banyak-banyak pengalaman beliau diwaktu itu.
Ayahku bekerja dengan pegawai tentera Jepun bernama Sato. Atau
dalam panggilan Jepun Sato San (Mr Sato).
Satu hari Sato San melihat ayahku memakai terompah baru di
tempat kerja. Lalu Sato San memanggil ayahku dan bertanya di dalam bahasa
Jepun. Ayahku pandai berbahasa Jepun di waktu itu.
‘Di mana kamu dapat terompah ini’, sambil menunjuk kearah terompah
yang dipakai oleh ayahku.
‘Saya beli Sato San’, jawab ayahku.
‘Kamu beli di mana’.
‘Saya beli di kedai Cina’.
Pangggggggg... satu hayunan pelempang singgah di muka ayahku. Ayahku
terpinga-pinga. Tanpa sempat ayahku bertanya Sato San berkata.
‘Buat kayakan Cina sahaja’.
Lalu Sato San menyuruh ayahku mencari kayu dan apa-apa getah
seperti getah tiub kereta serta beberapa batang paku untuk dibuat terompah
sendiri.
Setelah selesai ayahku membuat terompah tersebut walaupun tidak
cantik, Sato San tersenyum dan berkata.
‘Bolehpun kamu buat. Untuk apa buang duit membeli sesuatu yang
kita boleh buat sendiri’.
Dari peristiwa yang dialami oleh ayahku, aku percaya terdapat
pengajaran yang boleh kita pelajari dan difikirkan.
Namun begitu ayahku memberitahu Sato San amat baik terhadap
ayahku. Banyak kemudahan dan bantuan dari segi keperluan makanan dan perubatan
diberikan kepada ayah serta datuk dan nenekku.
PakMail: Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ayah. Semuga Allah
swt merahmati sisa-sisa kehidupan ayah hendaknya. Dan semuga sihat selalu.
Amin......
Aren't you lucky? Inginnya kalau dapat hidup sgar hingga umur seperti itu dan dapa berbuai2 dengaN anak cucu- satu anugerah dari Allah. Semoga dipanjang Allah umurnya buat berkonsi pengalaman pahit maung yang silam.
BalasPadamTuan AlManar,
PadamAlhamdulillah. Segalanya dengan izin Allah swt saya dapat berbual mesra dan bertukar fikiran walaupun adakalanya kita tidak punyai pendapat yang sama.
Terima kasih atas doa tuan. Saya juga berdoa agar tuan dalam keadaan sihat juga.
semoga ayahanda pak mail diberkati hidup zahir batin dilimpahkan segala nikmat yg tak terhitung oleh Allah Taala....amin
BalasPadamTerima kasih atas doa saudara. Semuga saudara juga demikian hendaknya. Diberkati dan dilimpahi nikmat kurniaan Allah swt.
PadamPak Mail,
BalasPadamAlhamdulillah ,kerana masih ada orang tua untuk berkongsi cerita. Saya dapat bayangakan betapa bertuahnya jika dapat duduk berbual-buat dengan ayah. Nostalgia duduk berbual-bual dengan bapa masih sentiasa segar dalam ingatan walau dia telah pergi mendahului kami.
Puan,
PadamTerima kasih kerana singgah.
Alhamdulillah. Allah swt masih memberi kesempatan kepada kami 2 beranak untuk sama2 menikmati nilai kasih mesra. Namun setiap yang hidup pasti pergi buat selama-lamanya. Berdoa sahaja semuga Allah swt memberi kebaikan kepada mereka yang telah mendahului kita.