Cerita ayahku lagi...
Satu malam ayahku bersama Sato San telah ke pekan untuk membuat
rondaan dan pemeriksaan di beberapa premis perniagaan.
Pada masa yang sama seorang jaga setor makanan berketurunan Sikh telah mendakwa
melihat ayahku mencuri ubi kayu di setor simpan makanan. Lalu jaga tersebut
melapur kepada penyelia setor seorang tentera Jepun berpangkat biasa.
Beberapa hari kemudian pada siang hari ayahku dipanggil oleh
penyelia setor tersebut untuk disoal siasat. Hadir sama jaga tersebut yang
mendakwa melihat ayahku mencuri.
‘Betulkah engkau melihat orang ini mencuri ubi pada malam itu...
(sekian-sekian haribulan)’, penyelia setor bertanya ‘jaga’ sambil menunjuk kearah
ayahku.
‘Betul tuan’.
‘Engkaukah yang mencuri ubi pada malam itu... (sekian-sekian
haribulan)’, penyelia setor bertanya pula kepada ayahku.
‘Tidak tuan, pada malam itu saya bersama Sato San........’
ayahku menerangkan di mana beliau berada pada malam itu bagi menafikan tuduhan
tersebut.
Tanpa banyak bicara dan tidak percaya dengan penjelasan ayahku,
penyelia setor telah menampar muka ayahku berkali-kali. Lalu disuruh pergi.
Dengan perasaan marah dan tidak berpuas hati ayahku pulang ke
tempat kerjanya. Di tempat kerja Sato San menegur ayahku kerana melihat mukanya
merah kerana kesan penampar tentera Jepun. Ayahku pun menceritakan segala
kejadian yang menimpa dirinya.
‘Bukankah malam itu kita bersama pergi ke pekan membuat rondaan
dan pemeriksaan di premis perniagaan’, Sato San bertanya ayahku bagi
mendapatkan kepastian.
‘Betul tuan’.
Tanpa berlengah lagi Sato San mengenakan pakaian lengkap ketenteraannya dan mengarahkan ayahku memasang bendera lambang kebesaran pangkat pada
keretanya dan terus pergi ke pejabat setor makanan.
Setibanya di sana penyelia setor dipanggil. Melihat seorang
pegawai tinggi tentera Jepun datang, penyelia setor tersebut merasa gementar.
Lalu dia ditanya.
‘Kenapa kamu pukul orang ini’, Sato San bertanya sambil menunjuk
ke arah ayahku.
‘Dia mencuri makanan ubi , tuan’.
Panggggggg......sebiji pelempang mengenai pipi penyelia setor.
‘Kau tahu pada malam itu dia ada bersama aku ..........’ Sato
San menerangkan kepada penyelia setor.
‘Siapa beritahu engkau’.
‘Penjaga setor’.
‘Panggil dia’.
Dalam keadaan kekalutan penyelia setor mencari dan memanggil si benggali
penjaga setor.
‘Kau nampak dia mencuri’. Sato San bertanya penjaga setor.
Si penjaga setor tidak terkata apa-apa.
‘Kau tahu, dia ada bersama saya malam yang engkau kata dia
mencuri’.
Lalu Sato San menyuruh ayahku mengambil sebatang kayu dan
mengarahkan ayahku membalas dengan memukul ‘si jaga’ tersebut dengan sepuasnya.
Ayahku pun tanpa menunggu lama terus membelasah ‘si penjaga
setor’ itu bagi melepaskan geramnya. Hati orang muda tentulah panas. Setelah
puas Sato San dan ayahku pun pulang.
PakMail: Begitulah antara pengalaman ayahku pada zaman pemerintahan Jepun.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamWajarlah ayah saudara hukum-balas kerana beliau tidak mencuri.
Saya tertarik dengan pengalaman seorang (artis veteran) di Zaman Jepun yg diundang dlm bicara tokoh di tempat kerja saya.
Dia yg bekerja sebagai penjaga stor Jepun mengaku mencuri beras di atas alasan keperluan dan terdesak.
Bagaimanapun, ketika pemerintahan Orang Putih dia yg bekerja sebagai penjaga stor juga mecuri barang-barang Orang Putih atas alasan lain pula.
Akhirnya, orang ramai membuat kesimpulan,dia memang suka mencuri. Ini kisah benar yg diceritakan oleh artis veteran itu.
Saudara Ujangkutik,
PadamAmat tepat saya kira pepatah lama yang mengatakan 'alah bisa, tegal biasa' ditujukan kepada artis veteran tersebut.
Atau mungkin ada pepatah lain yang lebih tepat.
ini kisah benar ke ni Pak Mail?...zaman jepun main tuduh2 je dh boleh hukum mati wlaupun kesalahan tu kecik...-dengar citer laa...
BalasPadamSaudara Yastro,
PadamIni kisah benar yang diceritakan oleh ayah saya. Askar-askar Jepun agak berlembut sedikit terhadap orang-orang Melayu. Tetapi tidak terhadap bangsa China. Ini kerana mereka mempunyai sikap permusuhan yang mendalam kesan dari Perang Manchuria.
Allahu'alam
Salam Pak Mail...
BalasPadamMinta maaf dlu Pak Mail, komen ni lari tajuk sikit....just nak bagi tau jerrr...sbb tgk pak mail dh lama pasang iklan advertlets kt blog ni....sbnarnya ramai blogger dh bising yg iklan ni tak baya kt blogger...malah ada yg setaun claim pun tak dpt2 lagi..nak cakap dr dlu lagi dah, tapi segan lak rasanya...tak tau pe tah malam ni berani lak..he3x!!
Jadi, sebelum jumlah earning tu bertambah byk...sy cadangkan agar Pak Mail tukar je laa....lg pun dh ramai yg tukar ke ads lain..guna nuff pun okey juga pak mail.
Saudara Yas,
PadamPassword untuk advertlet ini pun saya dah lupa kerana lama sangat tak buka. Saya anggap iklan itu sebagai penyeri sahaja....