Ucapan apa lagi yang semestinya aku ucapkan selain dari ucapan
Alhamdulillah. Dengan izinNYA aku dapat dihubungkan dengan seorang sahabat lama
sewaktu sama-sama mengharungi laut luas di Laut China Selatan di dalam
pelampong penyelamat lebih 28 tahun lalu.
Dengan kecanggihan dunia IT yang Allah kurniakan kepada manusia yang dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya serta membolehkan sesama manusia berkomunikasi
dan seterusnya dapat disatukan atau dipertemukan.
Baru sebentar tadi aku menghubungi Mangkau a/k Lingau. Kami
berbual menerusi h/phone selama beberapa minit. Lama sungguh kami tidak
bertemu. Sepanjang ingatanku sebelum aku berlepas ke Itali kami pernah bertemu
di Pangkalan TLDM Lumut seketika. Itulah kali terakhir aku bertemu beliau.
Di dalam perbualan kami sebentar tadi, beliau ada memberi sedikit
maklumat yang aku kira penting juga berkaitan peristiwa tenggelamnya KD Sri
Perak.
Setelah beliau tamat perkhidmatan selama 21 tahun dengan pangkat
terakhir Pegawai Waren II, beliau kini menetap di Kuching, Sarawak.
Insya’Allah, sekiranya diizinkan Allah aku ingin sekali menemui
beliau sama ada di Kuching atau pun di Kuala Lumpur. Atau juga di Lumut kerana
salah seorang anak beliau telah menyertai pasukan TLDM.
Turut gembira dengan cerita PakMail yang baru dapat menjejaki sahabat lama. Gembiranya hati, ya PakMail! Semoga dapat berjumpa dengan dia suatu hari nanti, sambil terus berhubung sementara itu, melalui telefon, emel atau seumpamanya. Ceria selalu!
BalasPadamMemang sungguh gembira cikgu. Setakat ini telah beberapa rakan sekapal ini dapat dijejaki.
PadamInsya'Allah akan cuba menemui mereka untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat dari sudut pandangan mereka tentang peristiwa tersebut.
Nak bertanya adakah PakMail ni ex kd Jerai (RO), Saya Rahmat ex kd mahamiru (em) satu badge dengan nik zainordin (em). no tel. 0127029337 Johor Bahru
PadamSaudara Rahmat Kamin,
PadamTak salah lagi. Betullah seperti apa yang saudara teka. In syaa Allah, mudah2an kita dapat bersua suatu hari nanti....
Boleh dapatkan no tel @ email
Padam