Setibanya aku di Itali 27 tahun dahulu, aku serta Jamal, Zainol,
Quek Chek Chai, Daljit Singh dan Zulkifli ditempatkan di rumah Francesco. Rumah tersebut terletak di Via Bassa Grande, sebuah
rumah besar dua tingkat yang hanya dihuni oleh Francesco yang kemudiannya kami
panggil Papa Francesco dan isterinya Mama Juliana. Mereka tinggal di bawah manakala kami
tinggal di atas.
Di sisi rumah ini terdapat juga sebuah rumah kecil dengan sebuah
bilik milik mereka. Beberapa hari setelah kami tiba, sepasang suami isteri
serta dua anak perempuan mereka tiba dari Switzerland dan menetap beberapa hari
sepanjang mereka berada di Itali di rumah kecil tersebut.
Negara kita baru beberapa tahun lalu memperkenalkan konsep
‘homestay’. Sedangkan di Itali konsep ini telah lama mereka laksanakan. Hampir
kesemua kru kapal Penangkis Periukapi (MCMV) tinggal di rumah-rumah yang
disewakan oleh orang-orang Itali.
![]() |
| Zainol sedang sibuk melayan anak dara Switzerland. Manakala ayah dan ibunya sedang berselera menjamu hidangan bubur pulut hitam masakan Jamal. |
Apa yang menarik perhatianku hampir setiap inci tanah di kawasan
rumah ini yang berkeluasan lebih kurang 80’ X 100’ ini dimanfaatkan sepenuhnya.
Selain sebuah rumah kecil di sisi rumah besar untuk tetamu, Papa Francesco juga
menanam pepperoni (sayur cili) dan
pepperoncini (cili hijau/merah) dengan kaedah 'greenhouse'. Beliau juga turut
menanam uva (anggur) di dalam kawasan rumahnya. Sewaktu kami berada di sana
bergayut-gayutan buah-buah anggur hijau yang sudah masak. Begitu juga pepperoni
dan pepperoncini.
![]() |
| Ini ialah pepperoni |
![]() |
| Hari Raya Pertama tahun 1985 sebelum solat Eidul Fitri . Di belakang rumah terletak 'greenhouse' tempat menanam cili. |
![]() |
| Di belakang kami pohon anggur yang kelihatan tidak begitu terang. |
Walaupun usia Papa Francesco telah bergelar warga emas namun
beliau tidak mensia-siakan sisa usianya. Beliau memanfaatkan waktu dengan
‘berkebun’ di rumahnya dibantu oleh isterinya Mama Juliana. Papa Francesco juga
telah lama mengamalkan profession yang ramai mengamalkan hari ini ‘Working From
Home’.
Setelah sebulan kami tinggal di rumah Papa Francesco, kami berpindah
pula ke rumah lain di No. 56, Via Vicinale MacChia, Marina di Cararra dan
berjiran pula dengan Antonio dan isterinya Paula serta anaknya Tatiana.
PakMail: Pepperoncini ialah lada merah atau hijau. Sama ada apa
yang kita panggil cili merah/hijau atau pun cili api.


.jpg)

Agaknya sembahyang Raya dengan anak anak kapal. Ini semua kernangan manis. Sekurang kurangnya dapat cerita kepada anak cucu.
BalasPadamTuan Al Manar,
PadamSaya percaya tuan lebih maklum bersembahyang Hari Raya di rantau orang. Tuan lagi lebih lama berada di perantauan orang. Justeru mempunyai lebih banyak kenangan-kenangan manis.
seronoknya..kiranya org2 disana tidak mensia2kan ruang yg ada..selain boleh mengurangkan kos utk beli sayur2..dpt juga udara yg bersih :)
BalasPadamchii,
PadamMereka orang yang berfikiran jauh dan matang.
Pak mail
BalasPadam...alangkah manis nye jika setelah 27 tahun kemudian Pak Mail dapat kembali semula...
apa orang kata..'' walking down memory lane..? ''
Pak Mail,
BalasPadamAlangkah manis nye ya ..sekiranye 27 tahun Pak Mail dapat kembali untuk..walking down memory lane...
Saya nak propose TLDM sponsor...
Saudara olrascal,
PadamSekadar 'walking down memory lane' bolehlah....
Sekurang-kurangnya anak dan cucu-cucu boleh mengetahui sejarah kehidupan atuknya kelak.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamSudah tentu pengalaman di negeri atas angin begitu menyeronokkan dan mengesankan.
Saudara Ujangkutik,
BalasPadamAlhamdulillah. Pengalaman yang indah...
As salam Pak Mail,
BalasPadamBounjournos......hehehe...kwn saya yg duk sana 4 bulan pun asik dok sebut ayat tu jerrr...tinggal dinegara 4 musim mmg seronok sesekali...ttp klau dh lama rindunya la kt negara sendiri...tak gitu Pak Mail?
Saudara Yas,
PadamBuon giorno.
Betul kata saudara itu. Apabila telah terlalu lama tinggal di negeri orang amat rindu akan kampong halaman. Pelbagai rindu menyelubungi di hati. Rindu ayah/ibu. Rindu teman2. Rindu nasi lemak, roti canai, lauk-pauk masakan kampong dan pelbagai lagi...
Masa itulah jiwa berontak nak cepat sahaja pulang ke Malaysia...