Saya ingin bertanya kepada pembaca sekalian khusus buat
bapa-bapa dari kalangan orang Islam sahaja.
Berapa ramaikah di antara tuan-tuan pernah atau merasai
bertanggung jawab untuk bertanya kepada anak-anak lelaki tuan-tuan tentang ‘MANDI
JUNUB’.
Tahukah mereka bagaimana tatacara mandi junub yang sebetulnya.
Saya percaya tidak ramai ‘orang-orang kita’ mengambil berat
untuk bertanya anak-anak mereka persoalan ini. Biarpun sehingga sang anak itu akan
mendirikan rumah tangga.
Barangkali sang bapa merasa ini perkara kecil. Atau juga sang
bapa berfikir sang anak boleh belajar sendiri sama ada di sekolah atau pun
dengan ustaz di sekolah agama. Barangkali ada juga sang bapa yang berkata.
‘Itu tanggung jawab ustaz untuk mengajar anak-anak di sekolah
agama’.
Ataupun ada diantara sang bapa merasa persoalan ini terlalu
peribadi.
Atau juga apabila sang anak telah meningkat dewasa, sang bapa
beranggapan bahawa sang anak telah mengetahuinya. Lantas tidak perlu bertanya
lagi.
Saya mempunyai tiga orang anak lelaki termasuk seorang yang berusia
18 tahun yang telah meninggal dunia tahun lalu. Kepada ketiga-tiga anak lelaki
saya ini saya telah bertanyakan soalan ini kepada mereka. Dan sama ada mereka
menjawab tahu atau tidak tahu, saya akan tetap memberitahu dan tunjukajar
kepada mereka tatacara yang betul di sisi agama.
Perkara ini kelihatan remeh. Tetapi ia amat penting dan mustahak
untuk diajar kepada anak-anak. Jangan sampai nanti apabila sang anak telah
meningkat dewasa dan akan mendirikan rumah tangga, mereka masih tidak
mengetahui cara-cara untuk mandi junub dengan betul.
Siapa yang akan dipersalahkan.
Si anak atau si bapa....
Renungkanlah......
Pak Mail: Kepada anak perempuan saya serahkan tugas ini kepada si isteri lah...
salam, betul tu Pak Mail...bukan setakat mandi junub tapi perkara asas mcm mengucap kalimah syahadah dan perkara2 asas lain seperti rukun iman, rukun islam & surah2 lazim. ramai ibu bapa & kaum keluarga lebih pentingkan pencapaian akademik daripada keseluruhan sahsiah...& percaya bulat2 kpd anak lelaki, sebenarnya anak lelaki juga perlu dididik supaya menjadi lelaki beriman & bertanggungjawab bukan saja kpd keluarganya tapi kepada org2 asing yg memerlukan bantuan. Jika tak, kita pasti tak jumpa lelaki yg tak segan silu duduk di kerusi LRT walaupun ada org lain lebih perlukan kerusi itu :-) (contoh)
BalasPadam