Baru-baru ini pada cuti hari kemerdekaan yang jatuh pada hujung
minggu aku dan isteri serta anak perempuanku sertai Hari Keluarga yang
dianjurkan bersama oleh saudara-saudara isteriku. Walaupun tidak semua saudara
dan keluarga mereka hadir namun kami dapat merasai keseronokan, kegembiraan
dan kemeriahan dalam meraikan ‘pesta’ ini. ‘Pesta’ ini juga merupakan julung-julung kali
diadakan oleh saudara-saudara isteriku.
Kami mengadakan hari keluarga ini di sebuah ‘resort’ tepi pantai
bernama Umang-Umang Chalet yang terletak di Kuala Linggi, Melaka. Kami
difahamkan bahawa ‘resort’ ini baru sahaja tiga setengah bulan beroperasi.| Umang-Umang Chalet |
| Masjid Kariah Kampong Tanjong Agas, Linggi, Negeeri Semblan. |
Sekali imbas melihat rumah ini aku menyangka bahawa rumah ini
adalah rumah tradisional contoh untuk pelancong ziarah dan melawat seperti yang
terdapat di Kuala Lumpur rumah tradisional untuk pameran dan lawatan pelancong
luar dan dalam negara.
Atas sifat ingin tahu aku bertanya seorang kariah
tempatan perihal rumah ini. Beliau memberitahuku bahawa rumah ini adalah milik
seseorang yang tinggal di rumah lain. Sekali sekala pemilik rumah ini akan datang
untuk melihat keselamatan dan keadaan rumahnya ini.
Aku tidak dapat menaiki rumah ini kerana tiada penghuni. Oleh
itu aku sekadar dapat mengambil gambar-gambar ini dari bawah rumah sahaja.
Selesai solat Jumaat aku singgah di Sungai Linggi untuk
mengambil beberapa keping gambar. Sungai ini merupakan sempadan yang memisahkan
negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Insya’Allah akan aku coretkan sedikit
pengalamanku selama berada di situ seketika pada entri akan datang.
cntiknye umah
BalasPadamSaya Disini,
Padam...... dan bersih.
Terima kasih kerana membaca.
Salam Pak Mail
BalasPadamTerima kasih atas kunjungan Pak Mail dan keluarga ke calet kami.Insyaalah, dipanjangkan umur ,dimurahkan rezeki bisa ketemu lagi.
PCB
Salam kembali pokcikbobo,
PadamSaya juga berterima kasih di atas layanan saudara dan kakitangan saudara sewaktu keberadaan kami di sana.
Insya'Allah pada lain waktu kita berkunjung lagi.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamKami pernah menganjurkan perjumpaan 'keluarga besar tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.Mungkin penganjur tiada pengalaman walaupun seekor lembu telah dikorbankan.
Saudara Ujang kutik,
PadamPerjumpaan seperti ini pastinya dapat mengeratkan lagi silaturahim sessama keluarga.
Insya'Allah saudara boleh usahakan lagi. Pengalaman yang lalu dapat kita perbaiki mana-mana kelemahan dan kekurangan yang dialami. Insya'Allah akan sukses.
I envy family gatherings like yours because I have never attended one. Some families make these as a tradition. Of course deaths and marriages are special gatherings most common.I envy you..
BalasPadamSalam Tuan,
PadamAllah The Almighty is Great. Allah gave someone else special that the others don't have and vice versa.
You also have something special that I envied most. You nurtured the orphans and those who are in need. You care for the children and gave them tuition. That is something that I wish I had.
May Allah blessed us all. Amin...
Salam Pak Mail,
BalasPadamHari keluarga memang menyeronokkan tapi menganjurkannya merupakan satu tugasan yang cukup berat dan amat payah. Keluarga saya setiap tahun mengadakan hari keluarga bermula sejak 13 tahun yang lalu. Semua tercetus dari idea ayah saya yang inginkan hubungan kekeluargaan menjadi bertambah erat. Daripada jumlah keluarga yang bermula kecil, sehingga menjadi lebih daripada 50 orang. Alhamdulillah ... ayah saya masih ada untuk menikmati saat2 indah dan menyeronokkan bersama2 anak menantu serta cucu2nya. Dan insya'allah, tradisi ini akan berterusan ...
Salam CM,
PadamTentu yang paling gembira dan seronok adalah anak2. Kita sebagai orang tua mereka tumpang gembira.
Mudah2an insya'Allah Hari Keluarga yang kami adakan untuk pertama kali tempoh hari akan berpanjangan demi mengeratkan silaturahim sesama keluarga.
Begitu juga harapan saya terhadap keluarga CM sekalian.
Terima kasih, Pak Mail. Begitu harapan kita ...
PadamBerapa sewa kt chalet ni sehari ya??
BalasPadamSaudari Norhafizah,
PadamSaudari boleh klik pada link umang umang chalet di dalam entri saya ini. Di situ terdapat harga2 nya.
Terima kasih kerana membaca tulisan saya ini.