Pengikut

Jumaat, 27 Januari 2012

KD Mahawangsa awarded 5S certification from MPC


I would like to congratulate the Royal Malaysian Navy, especially to KD Mahawangsa and all the crew members for being awarded 5S certification by the Malaysian Productivity Corporation (MPC) yesterday.

KD Mahawangsa has also been recognised as 'The Best Damn Ship in The Navy' last year.

KD Mahawangsa Awarded 5S certification

Lumut Jan, 26 (Bernama)--- The Royal Malaysian Navy’s KD Mahawangsa made history today as the first ship in the country to be awarded 5S Certification by the Malaysian Productivity Corporation (MPC).
KD Mahawangsa
For more details click HERE
 
What is 5S Certificate?

5S derives from 5 Japanese words that start with the letter S.

·         Seiri (sort): Sort out what is needed and what is not needed. When in doubt, throw it out.
·         Seiton (straighten): Arrange essential things in order for easy access.
·         Seiso (scrub): Keep machines and work areas clean.
·         Seiketsu (standardize): Make cleaning and checking a routine practice.
·         Shitsuke (sustain): Make the 5S’s a way of life. Requires discipline.

This definition also implies as a Japanese quality improvement philosophy. Thus, it concerns the aspect on the quality of work environment.

For better understanding simply go to MPC website here.

With this achivements it is hoped that all the Royal Malaysian Navy personnel will strive for the highest standards of quality in all aspects of serviced contributions.

BZ - Well Done


Selasa, 24 Januari 2012

Masih Berbisa


Minggu lepas saya telah mulai bermain badminton setelah lebih kurang 6 bulan ‘menggantung’ raket. Kami bermain setiap hari Rabu di Dewan DBKL, Bangsar, Kuala Lumpur. Kebanyakan dari kami berusia dalam lingkungan 30an dan 40an. Dua orang sahaja yang telah agak berusia lebih 50 tahun iaitu saya dan seorang kawan berbangsa Cina yang mungkin berusia hampir 60 tahun.
Sebahagian dari kawan-kawan sepasukan badminton.
Namun, usia sedemikian, tidak menghalang kami untuk menyaingi mereka yang berusia jauh lebih muda dari kami.

Walaupun usia saya telah melebihi 54 tahun namun, pukulan-pukulan kilas serta ‘smash’ yang tajam walaupun tidak kuat tapi mengelirukan pihak lawan. Masih lagi mengancam. Cuma tak banyak ‘stamina’ sahaja.

Saya mulai bermain badminton apabila telah melangkah ke sekolah menengah. Mulai bermain di sebuah ‘court’ terbuka bersama kawan-kawan sekampung. Saya ditemani oleh seorang kawan setia yang sering mengikuti saya bermain ke mana sahaja saya bawanya. Ali namanya. Tetapi, sahabat saya ini telah pulang ke rahmatullah agak lama juga. Beliau seorang yang sangat baik dan menjadi ingatan saya sehingga ke akhir hayat. Insya’Allah.

Dari hari ke hari, mutu permainan saya semakin meningkat sehingga saya dapat mewakili sekolah sewaktu di dalam tingkatan 5. Saya masih ingat di antara rakan yang mewakili sekolah ini, terdapat seorang rakan yang bernama Hasni bin Ahmad yang berbadan besar. Beliau adalah pemain utama pasukan sekolah kami. Selain Hasni, Rahlim menjadi pemain perseorangan kedua. Saya dimaklumkan bahawa Rahlim telah menyertai pasukan TUDM sebaik sahaja tamat persekolahan sebagai seorang pegawai.

Namun, sehingga ke hari ini saya tidak pernah mendengar perkhabaran beliau. Begitu juga dengan Hasni. Hanya sekali sahaja setelah tamat sekolah, saya terbaca akhbar pada pertengahan tahun 70an mengenai  keputusan ‘Kejohanan Novis Selangor’ di mana Hasni telah berjaya mengalahkan Misbun Hj Sidek pada perlawanan akhir.

Selain dari mereka berdua, beberapa rakan lagi seperti Rawi yang bekerja di Institut Penyelidikan Getah di Jalan Ampang dan juga saudara Jamali. Terdapat lagi beberapa rakan sepasukan lain yang saya tidak dapat mengingati nama mereka.

Sewaktu berkhidmat di dalam TLDM, saya hanya sempat mewakili TLDM hanya pada tahun 1978 sahaja. Mutu permainan saya begitu merosot sekali. Saya tidak begitu pasti mengapa. Mungkin bebanan tugas serta sering belayar membuatkan saya tidak dapat fokus sepenuhnya ketika berlatih. Setelah itu, saya hanya sekadar mengisi masa lapang menjadikan sukan badminton sebagai sukan kegemaran sahaja.

Biar pun saya tidak dapat menempatkan diri saya di dalam pasukan ‘elit’ TLDM, namun khidmat saya sebagai ‘sparring partner’ masih lagi diperlukan oleh pengurus pasukan TLDM ketika itu Datuk Danyal Balagopal Abdullah (bekas Timbalan Presiden KOAM).

Sewaktu mewakili pasukan TLDM pada tahun 1978, saya digandingkan dengan PTI Mustapha. Sehingga ke hari ini saya masih berhubungan dengan beliau. Beliau seorang yang sangat baik. Sering memberi nasihat dan memperkatakan hal-hal agama.
POPTI Mustapa (kanan) dan ABWG Kamaruddin
Setelah saya tamat perkhidmatan di dalam TLDM pada tahun 1990, saya telah tidak lagi bermain badminton sehingga tahun 2007 apabila seorang rakan saya mempelawa saya untuk bermain bersama-samanya dan kawan-kawan lain di Bangsar. Dan dengan senang hati saya terima pelawaannya dan bermain sehingga kini, walaupun tidak dapat cergas seperti sewaktu zaman muda dahulu.

Namun MASIH BERBISA dan dapat menyaingi kawan-kawan lain yang lebih muda.

Menyentuh isu pasukan badminton negara yang semakin hilang daya saing di peringkat antarabangsa, saya berpandangan bahawa ini suatu perkara biasa yang juga dialami oleh negara-negara lain seperti Indonesia. Suatu ketika dahulu negara China juga mengalami masalah ini, namun tidak berpanjangan dan dapat segera mengembalikan prestij pasukan mereka.
Keratan akhbar Harian Metro
Saya tidak setuju pendapat  yang mengatakan bahawa BAM mengabaikan Piala Thomas dan terlalu menumpu memburu kilauan pingat emas Olimpik. Ini kerana sepanjang pengetahuan saya, banyak program telah dan sedang dilaksanakan oleh BAM dalam mencari bakat-bakat baru serta program menggilap pemain-pemain pelapis yang sedia ada.

Barangkali, apa yang saya dapati ialah pemain-pemain negara kita kurang mantap dalam soal ‘mental aptitude’. Sering sahaja mudah berputus asa apabila mendapati pihak lawan telah mula jauh ke hadapan di dalam sesuatu perlawanan. Saya tidak lihat begitu ketara perbezaan ‘physical aptitude’ di antara pemain-pemain negara kita dengan pemain-pemain negara lain. Ianya agak seimbang.

Apa yang kita boleh lakukan ialah mencari dan terus mencari serta menggilap pemain-pemain muda yang berbakat dan dedahkan mereka ke peringkat antarabangsa sebanyak mungkin agar mereka dapat menimba pengalaman dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada tanpa putus
asa. Insya’Allah, suatu hari nanti negara kita bakal dapat mencapai cita-cita untuk menjadi satu pasukan yang kuat dan digeruni pihak lawan.


Ahad, 22 Januari 2012

Berani kerana benar, takut kerana salah


Agak lama juga saya tidak menulis berkaitan politik. Malam ini saya ingin menulis dan menyentuh sedikit isu terbaru yang mungkin tidak begitu dihangatkan oleh media, penganalisis politik mahu pun pengamal politik dari kedua-dua belah pihak (parti pemerintah dan parti pembangkang).

Isu yang saya maksudkan ialah mengenai cadangan pengisytiharan harta menteri kabinet termasuk ahli keluarga terdekat untuk disimpan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Rentetan isu ini bermula daripada inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mengarahkan semua exco mengisytiharkan harta mereka bagi menentukan ketelusan, akauntabiliti dan integriti ahlinya pada 12hb Jan kelmarin.

Berikutan itu, Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria berkata bahawa mungkin semua hakim perlu juga mengisytiharkan harta mereka tidak lama lagi bagi menentukan ketelusan dan integriti jabatan kehakiman semasa ucapannya merasmikan persidangan empat hari hakim-hakim di Putrajaya baru-baru ini.

Cadangan Ketua Hakim Negara itu disambut baik pelbagai pertubuhan NGO yang juga mahukan pengisytiharan harta ini diperluaskan kepada menteri-menteri kabinet dan ahli keluarga terdekat dengan kerjasama SPRM. Ketika ini menteri kabinet hanya dikehendaki mengisytiharkan harta mereka dengan memaklumkan kepada Perdana Menteri sahaja dan bukan secara umum.

Di sini ada dua komen yang saya petik dari keratan akhbar Harian Metro bertarikh 20hb Jan, 2012.

Pertama komen dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Menurutnya.
Keratan akhbar Harian Metro 20hb Jan, 2012
Secara peribadi saya rasa kami perlu mengisytiharkan aset kepada Perdana Menteri saja. Kalau nak isytiharkan aset kepada SPRM, kena ada laporan mereka terbabit dengan rasuah”.

“Jadi saya rasa tak perlu menteri atau ahli pentadbiran mengisytiharkan aset kepada SPRM kecuali ada laporan kepada SPRM”

Beliau juga berkata,

“Kita semua tahu ada perkara dianggap sebagai butiran peribadi yang perlu dipelihara. Malah, ada akta menjaga keperibadian yang tidak boleh diberikan begitu sahaja”.

Komen kedua adalah dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata,
Keratan akhbar Harian Metro 20hb Jan, 2012
“Saya tak ada masalah dan saya sokong”.

“Justeru, saya menyambut baik dan menyokong sepenuhnya cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) supaya anggota kabinet dan Ahli Parlimen Barisan Nasional wajib mengisytiharkan semua harta mereka termasuk ahli keluarga mereka kepada Perdana Menteri”.

“Kita tidak ada masalah kerana dalam borang pengisytiharan itu kita memang wajib menulis harta dimiliki. Cadangan ini dapat memastikan kerajaan bersih daripada amalan rasuah serta memperlihatkan kerajaan telus dan terbuka terhadap isu rasuah”.

Sebelum itu, LPPR mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan semua anggota kabinet dan ahli keluarga terdekat termasuk anak dan pasangan masing-masing menyerahkan salinan dokumen pengisytiharan harta kepada SPRM bagi meningkatkan integriti kerajaan.

Secara peribadi saya berpandangan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak ‘gentleman’ kerana mempertikaikan cadangan LPPR agar semua menteri termasuk ahli keluarga terdekat mengisytiharkan harta dan diserahkan dokumen berkaitan kepada SPRM.

Apa yang perlu ditakutkan sekiranya harta yang diperolehi benar-benar datang dari sumber yang halal dan bersih. Apa yang perlu dikhuatirkan kalau wang di dalam simpanan bukan hasil dari amalan rasuah. Apa yang perlu dibimbangi sekiranya rumah besar, kereta besar yang didapati bukan dari pemberian tauke-tauke besar.

Mungkin alasan takut diketahui orang ramai bahawa mereka memiliki harta yang banyak justeru, bimbang terhadap penjenayah adalah alasan yang tidak kukuh. Kita ketahui bahawa terdapat ratusan, malah ribuan jutawan yang tinggal di Malaysia. Mereka masih mampu untuk bergerak ke sana dan ke sini tanpa banyak rasa takut.

Oleh itu perhatikan pepatah orang lama yang mengatakan bahawa ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

Lihat sahaja rakan sekabinetnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak gusar dan bimbang. Beliau yakin terhadap diri sendiri dan sanggup serta berani mengisytiharkan hartanya dan ahli keluarganya. Beliau berani kerana beliau yakin dirinya ‘bersih’ dari sebarang isu rasuah.

Apakah mengisytiharkan harta hanya kepada pengetahuan Perdana Menteri sahaja dianggap sebagai telus?

Jawapannya saya pasti ada pada setiap rakyat Malaysia.

Secara tidak langsung, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah menjawab persoalan ini dengan membenarkan dan menyetujui supaya semua Ahli Parlimen wajib mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM supaya kerajaan dapat dilihat sebagai telus dan terbuka terhadap isu rasuah.

Oleh itu apa jua transformasi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri tidaklah hanya ditujukan kepada orang bawahan sahaja. Sebaliknya transformasi minda juga hendaklah diterap dan digarapkan kepada pemimpin atasan jua.


Sabtu, 21 Januari 2012

Restless Leg Syndrome


Lately, I often experienced a fatigue on my both legs which I presumed as Restless Leg Syndrome. Occuring most frequently at night thus, disturbing my sleep. Although this syndrome is not health-threatening, but it really made me very uncomfortable with a tingling sensation deep in my legs.

It’s a SIGN as we get older.

BE PREPARED.

Jumaat, 13 Januari 2012

Revelation



These are few more facts I would like readers to know about Christianity from the book “Israel and the Prophecies of the Holy Quran” which I regard as utmost importance to muslims to understand.

Excerpt from Chapter 9:
Basic Dogmas of Christianity

The trinity is perhaps the main dogmas of Christianity, this being the Three in One and One in Three – Father, Son and Holy ghost. But anyone asking a Christian which of these three is God will be given the answer that faith is needed to believe this and not questions. This conception of the Trinity is not an original idea. The Hindus also believe in a kind of Trinity which includes Brahma, Vishnu and Shiva, which belief was in evidence thousands of years before the birth of Christ.

According to Christians, Jesus died to cleanse the sins of all mankind. He was crucified on Good Friday, was buried and descended into hell. He was resurrected on the third day (Sunday) and was raised into Heaven, there to sit on the right hand side of God.

A study of the Christian Bible will show that it has been tampered with by human hands, as the Holy Quran puts it;

“Woe! Then, to those who write the book with their hands then say: This is from Allah! So that they may take for it a small price. So woe to them! For what their hands write and woe to them! For what they earn”.   (Surah Al Baqarah, 79)

Even the word of Prophet Jesus have been contradicted and distorted so many times that they are beyond understanding or believing. And once all these facts become clear it is easy to understand why the European Christian nations are spoken of as al-Masih al-Dajjal.

With regard to belief in the Trinity and the redemption of sins, I would like to quote from an article published in The Islamic Review for December 1962.

“Had the belief in the Trinity been justified, or had it been a means of redemption from sins, so much so that without this belief redemption would be impossible, then what good grounds were there for the prophets from Adam to Muhammad (peace be upon them!) refraining from persuading their people directly or indirectly of the truth of this belief? The law of Moses, which was in force until the advent of Jesus Christ, does not contain any support for this belief, and Jesus Christ also never told it to his people.

“The word ‘Trinity’ is not found even once in any part of the Bible. The Greek word for Trinity was first found in Theophilus of Antioch 180 years after Jesus’ death (vide The Catholic Encylopaeia, Vol. 15, p 47.)………


The Bible is considered to be the direct word of God, and the word of the Pope is law; for it is claimed that he receives divine spiritual guidance from God to carry out His word. Muslims may also not know that Roman Catholicism was the first Christian religion, and today they number about 500 millions, whilst the Protestant denominations of Christianity number about 180 millions.

The Hindu superstitions are again repeated by the Roman Catholics with the marking of the forehead with black ash on Ash Wednesday; for the Hindus have been doing this for thousands of years, before Christianity came into being. Furthermore, the burning of the dead (cremation) is allowed in Christianity, just as it is by the Hindu and Buddhist faith. Indeed, it is becoming increasingly popular among Christians today; but Jesus would never have allowed this, for, according to the Bible, Jesus said that he came to fulfil the law of Moses, not to break it. Christmas Day, being on the 25th of December, is also taken from the religions of the ancient sun-gods and other pagan religions; for no one had any idea as to the date of Jesus’s birth, and it was a Scythian monk in Rome who assigned the day, date and month now accepted by the Christians. But it is not held on the 25th of December by all Christians; for the Greeks still hold their Christmas on the 7th
of January…………


I would like to remind Muslim readers who do not know or understand much about Christianity that the New Testament of the Christian Bible was not written by Jesus or by anyone else in his time. It was, in fact, in part written long after the death of Jesus by Saint Paul, who was a Jewish Pharasee from Tarsus and he apparently held dual Jewish and Roman citizenships, and he had never met Jesus, but wrote only that which was related to him, as he was in prison for a very long time. What is more, his real name was Saul. As paganism and idolatry were very popular at that time, he mixed these dogmas with that which was related to him of the preachings of Jesus, and so wrote them all as being the true teachings of the Prophet Jesus.


Pak Mail says: In fact there are a lot more information that I reckon are important and need to be shared to people out there, especially to muslims who wish to understand more about religion. I will try my very best to share more on this book and/or other books should there be any interest to everyone of us relating to Islam. Insya’Allah.

Rabu, 11 Januari 2012

Excerpt Writing


I wish to thank Saudara Ujangkutik informing me that the page I uploaded on my entry entitiled ‘Message Relay’ was unreadable.

So, therefore below is the excerpt information I intended to pass to all my readers from the book entitiled “Israel and the Prophecies of the Holy Quran” written by Ali Akbar.

Prophecies in the Gospel of St. Barnabas

            Here I would like to point out to Muslim readers that Christians do not regard the Gospel of St. Barnabas as an integral part of the New Testament and it is not often preached in their churches. This Gospel was condemned by the Christian Council 300 years before the birth of the Prophet Muhammad (peace be upon him!). The reason for this is, no doubt, that the advent of the Prophet Muhammad (peace be upon him!) is predicted in it in very clear words.

            “Then,” said the Priest, “how shall the Comforter be called and what sign shall reveal his coming?”

            Jesus answered: “The name of the Comforter is Admirable; for God himself gave him the name when He had created his soul, and placed it in Celestial splendor. God said: Wait Muhammad, for thy sake I will create Paradise, the world, and a great multitude of creatures, whereof I make thee a present, in so much that who shall bless thee, shall be blessed, and who so shall curse thee, shall be accursed. When I shall send thee unto the world, I shall send thee as My Messenger of salvation, and thy word shall be true, in so much that heaven and earth shall fail, but thy faith shall never fail.”

            Muhammad is his Blessed name.

            Then the crowd lifted up their voices saying: O God, send us thy messenger. O Muhammad, come quickly for the salvation of the world. (From the Gospel of St. Barnabas. Edited and translated from the Italian manuscript in the Imperial Library at Vienna by Lonsdale and Laura Ragg, Oxford, 1907).

            It is thus Jesus who was the last Prophet to foretell the advent of the Prophet Muhammad (peace be upon him!). Relating to the above quotation regarding Jesus, the Holy Quran says:

            “And Allah made her (Mary) and her son. A sign for the nations”. (Surah Al Anbiya, 91)

            Allah then says to Muhammad in the Holy Quran: “This day have I perfected for you your religion, and completed My favour to you, and chosen for you Islam as a religion”. (Surah Al Maidah, 3).

Pak Mail says: Enjoy reading and thank you for the comments.

Isnin, 9 Januari 2012

Message Relay


I bought this book sometimes over thirty years ago. I find this book very helpful in understanding Islam and Christianity.
I supposed there are few facts that are of very importance to muslim readers to know and to understand. However, I am interested in relaying this one fact that most muslims are not aware of.

I am not a preacher nor a good writer to be able to explain in great length and convincingly. And therefore, I simply copy the page and paste it to the wall so that you can read it and think wisely.
May Allah swt bless us all muslims.

Amin......


Khamis, 5 Januari 2012

Operasi Mencari KD Sri Perak?

Sebuah kapal selam dari Tentera Laut Diraja Belanda HNLMS K XVI yang tenggelam di Laut China Selatan bersama anak-anak kapalnya pada tahun 1941 telah dikesan hasil maklumat daripada nelayan tempatan yang menemui bangkai kapal selam tersebut pada bulan Okt 2011 yang lalu. Bangkai kapal selam tersebut dikesan di sebelah utara Pulau Borneo.
Kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda HNLMS K XVI

Kapal selam dari Tentera Laut Diraja Belanda itu yang berkekuatan 36 pegawai dan anggota termasuk enam rakyat Indonesia telah ditenggelamkan oleh sebuah kapal selam lain dari Tentera Laut Jepun ketika berlakunya Perang Dunia Kedua. Sehari sebelum ditenggelamkan, kapal selam tentera laut Belanda itu sempat menembak dan menenggelamkan terlebih dahulu sebuah kapal selam tentera Jepun Sagiri pada malam perayaan Hari Krismas tahun 1941.

Berikutan penemuan kapal selam HNLMS K XVI Tentera Laut Diraja Belanda itu, lokasi di mana kapal selam itu ditemui diisytiharkan sebagai makam pahlawan bagi pegawai dan anggotanya.

Kini hanya tinggal satu sahaja lagi kapal selam dari Tentera Laut Diraja Belanda yang masih belum ditemui iaitu HNLMS O 13.

Berikutan penemuan kapal selam dari Tentera Laut Diraja Belanda, saya berharap suatu hari nanti kapal TLDM, KD Sri Perak yang tenggelam suatu ketika dahulu akan dapat ditemui sama ada secara sengaja atau tidak sengaja oleh para nelayan atau sesiapa sahaja. Ini kerana pada pandangan saya, walaupun KD Sri Perak tenggelam di tengah-tengah Laut China Selatan tetapi, lokasi di mana ia tenggelam tidak jauh dari Kepulauan Natuna.

Atau, saya berpandangan kapal selam yang dimiliki oleh TLDM boleh ditugaskan untuk mencari bangkai KD Sri Perak sebagai menguji sejauh mana kehebatan, keupayaan dan kredibiliti pegawai dan anggota-anggotanya. Dan juga sebagai menguji sejauh mana keberkesanan peralatan yang canggih yang dimiliki oleh kedua-dua kapal selam TLDM dapat diaplikasi dan dimanfaatkannya.

Sekiranya operasi mencari bangkai KD Sri Perak berjaya dan dapat ditemui, tentu sekali warga TLDM khasnya boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Secara tidak langsung juga TLDM dapat menangkis tohmahan dari pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa kapal selam yang dibeli dengan harga berbilion ringgit tidak dapat beroperasi dengan optima.

Dengan demikian bolehlah diisytiharkan juga lokasi bangkai KD Sri Perak yang ditemui kelak itu sebagai makam pahlawan bagi tiga pegawai dan anak kapal yang hilang.

Semuga pandangan saya yang kerdil ini dapat sampai ke pengetahuan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia untuk diberi perhatian yang sewajarnya.