Apakah itu suar. Sejujurnya saya juga
tidak mengetahui apakah ertinya, sehingga saya menemui perkataan ini di dalam Kamus Dewan yang bererti cahaya lampu (nyala api
dll) yang digunakan sebagai isyarat. Sewaktu saya masih bertugas di
dalam TLDM, kami menyebutnya dengan perkataan ‘flare(s)’. Hari ini saya tidak
pasti sama ada perkataan ‘suar’ itu digunapakai secara meluas atau tidak di
dalam TLDM.
| Suar |
Biasanya alat ini terdapat di dalam setiap
pelampong penyelamat di semua kapal sama ada kapal dagang ataupun kapal dari
angkatan tentera laut. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggong jawab setiap
anak-anak kapal untuk mengetahui bagaimana cara untuk menggunakannya apabila
berlaku sebarang kecemasan.
Mungkin ramai orang beranggapan
bahawa alat ini amat mudah digunakan dan tidak perlu diberi latihan tentang
tatacara penggunaannya. Mungkin benar. Seseorang itu hanya perlu membaca
panduan penggunaannya sahaja.
Namun, bagaimana kalau sesuatu
kecemasan itu berlaku pada waktu malam tanpa lampu dan sebarang cahaya malam.
Panduan yang ada tidak dapat dibaca dan seterusnya menimbulkan kesulitan untuk
menggunakan alat tersebut. Oleh itu saya percaya latihan secara praktikal amat
memberi faedah dan manfaat kepada setiap anggota yang menjalani latihan
tersebut.
![]() |
| Panduan menggunkan suar. |
Inilah sebahagian dari masalah kami
(kru KD Sri Perak) sewaktu peristiwa tenggelamnya kapal tersebut. Sepanjang
ingatan saya sewaktu berkhidmat di dalam TLDM, tidak pernah kami diberi latihan
bagaimana cara untuk menggunakan alat suar secara praktikal. Mungkin perkara
ini dianggap enteng atau perkara remeh yang tidak perlu diberi perhatian.
Justeru, ini jugalah yang menimbulkan masalah besar apabila terjadi kejadian
sebenar.
Peristiwa ini telah lama berlalu. Dan
saya pasti segala pengalaman yang kami lalui merupakan pengajaran bagi TLDM.
Sebagai pengajaran tentunya TLDM telah memberi tumpuan dan penambah-baikan
kepada generasi baru dengan mengadakan latihan-latihan yang secukupnya untuk
menjadi anggota tentera laut anggota-anggota yang terlatih.
| Cahaya suar seperti ini dapat dilihat melebihi 10 batu nautika sekiranya berada di laut. |
Dengan adanya anggota tentera laut
yang terlatih, ia dapat menjamin keselamatan aset ketenteraan pada tahap yang
maksima. Justeru, sekali gus dapat juga menghindari anggotanya dari terkorban.

