Dewasa ini di mana sahaja
Ustaz Azhar Idrus dijemput memberi syarahan agama, ramai yang hadir. Terdapat
juga jemaah yang hadir datang dari jauh semata-mata untuk mendengar
syarahannya. Ini suatu perkembangan yang sangat baik.
Dengan kemunculan penceramah terkenal seperti beliau dewasa ini
telah mengisi kelompongan waktu yang agak lama (sepanjang ingatan saya) setelah
suatu ketika dahulu seorang penceramah Indonesia yang agak muda usianya berjaya
menambat hati ramai insan-insan yang dahagakan ilmu untuk amalan rohani.
Masihkah pembaca ingat kepada Ustaz Nursalam Al-Hafiz. Seorang penceramah
yang seringkali apabila memulakan ceramahnya akan membaca ayat-ayat Quran
dengan lunak dan merdu. Beliau amat terkenal pada lewat-lewat tahun 80an dan
awal tahun 90an.
![]() |
| Gambar ihsan google |
Beberapa kali juga saya pernah bersua muka dengan beliau dan
berbual seketika. Syarahan-syarahan yang beliau berikan sangat berkesan dan
menyelinap masuk dijiwa ramai pendengar.
Sama ada secara ‘live’ atau melalui kaset.
Saya masih ingat suatu ketika sedang saya, ayah dan arwah ibu saya
mendengar ceramah beliau di rumah menerusi kaset yang berjudul ‘Dari mana dan ke
mana...’ tanpa disedari airmata kami mengalir membasahi pipi disertai isakan
kecil. Corak penyampaian beliau lembut tetapi amat terkesan dan dirasai dihati.
Buat diri saya, saya sangat suka dan senang sekali mengikuti
corak penyampaian ceramah agama seperti ini. Lembut serta diisi dengan fakta
ilmu. Corak penyampaian yang berjaya mengetuk dan menambat pintu hati manusia-manusia
yang punyai hati yang keras.
Pak Mail: Rindu untuk bertemu dan mendengar syarahan Ustaz
NurSalam Al-Hafiz.


1

semua ni memerlukan AJK yg betul betul Bersih, Cekap dan AMANAH