Semalam aku ke klinik kerajaan lagi. Minggu lepas aku ke klinik
untuk pemerikasaan berkala penyakit darah tinggi. Kali ini aku hadapi masalah
buang air kecil tidak lawas pula.
Aku mengesyaki penyakit prostat kerana terdapat simptom atau
tanda-tandanya seperti kekerapan membuang air di waktu malam. Air kencing pula tidak
terlalu banyak dan tidak juga sedikit. Hanya merasai tidak puas apabila membuang air kecil. Seperti tidak habis. Aku juga merasai sedikit sakit
pada bahagian bawah pinggang.
![]() |
| Tanda-tanda prostat. |
![]() |
| Penerangan bergambar gejala prostat. |
Berdasarkan penerangan dan gejala yang aku alami, doktor mengesyaki
aku dijangkiti virus. Aku sempat juga bertanya apakah tanda-tanda yang aku
alami tidak merupakan gejala penyakit prostat.
‘Mungkin juga’ kata doktor.
Namun, aku diarahkan untuk membuat pemeriksaan air kencing
dahulu. Ini keputusannya.
| Keputusan pemeriksaan air kencing. |
Doktor yang merawatku memberitahu bahawa terdapat dua perkara
yang perlu diberi perhatian (yang bertanda * di dalam kotak merah).
Pertama, terdapat sedikit kehadiran tirisan protin pada buah
pinggangku. Dalam keadaan normal buah pinggang tidak terdapat protin.
Kedua, terdapat juga darah di dalam air kencingku. Walaupun
ketika aku menyerahkan sampel air kencing, aku tidak melihat darah pada pandangan
kasar.
Setelah pemeriksaan selesai, aku diberi ubat anti-biotik dan
sebotol kecil ubat minum untuk melawaskan air kencing. Doktor juga menasihatiku
agar ubat anti-biotik dihabiskan walaupun sekiranya aku merasai penyakit
semakin sembuh. Dan sekiranya telah habis ubat diambil dan tiada perubahan pada
diriku dan masih merasai tidak selesa apabila kencing, doktor sarankan supaya
aku datang semula untuk membuat pemeriksaan dan rawatan lanjut.
PakMail: Beginilah evolusi kehidupan manusia yang tidak dapat
dielakkan.
.jpg)
.jpg)