Pengikut

Sabtu, 27 Oktober 2012

Mini Reunion



It has been quite awhile that I have not write about our stay (the MCMV crews) in Italy. In fact, I still have alot more to talk about the happy moments that my friends and I shared together.

Recently, I met some of these friends who were with me in Italy at the Palace of the Golden Horses Hotel. Nik Zainorden, the ‘leading hand’ of an electrical technician onboard KD Jerai then, hosted his daughter’s wedding ceremony. It is also our great pleasure to have known that Nik Zainorden has been conferred a title of ‘Datukship’ few years ago.
From left: Lt Rahman Husain, Ithnin (photographer), Muner, Zulkefli, Salim Jais, Halim Muda
Ramli (Pangkor), Bahaman, Quek Chek Chai, Lt Hassan, CPOERA Abdullah and Yassin.
Among these friends whom I have never met since I left KD Jerai in 1987 only to be posted to the Ministry of Defence are Lt Rahman Husain (XO of KD Jerai), Lt (Dr) Hassan Omar (NO of KD Jerai), CPOERA Abdullah (KD Jerai), LRO Zulkefli (KD Kinabalu), LRST Halim (KD Mahamiru), ABRM Muner (KD Mahamiru) and Ithnin, the navy photographer. I am not too sure of his last rank in the navy.

Also present at the ceremony, Laskamana Madya Dato’ Nordin Md Ali the Deputy Chief of the Navy and his wife. Laksamana Madya Dato’ Nordin Ali is also one the crew members of the MCMV serving onboard KD Mahamiru as an Executive Officer (XO) then.
Laksamana Madya Dato' Mohd Nordin Ali with his wife.
We were very happy and full of joyous celebrating our ‘mini reunion’ on that night, though for a very short period of time. And, we are also very happy to know that some of these friends are enjoying their great and successful career after leaving the navy.

As such, ABRP Ramli (Pangkor) is now the ‘captain’ being incharge for the operation department of the Tasik Cruise Putrajaya. CPOERA Abdullah who was once incharge in the engine room onboard KD Jerai is now one of the ‘big shot’ attached to Exxon-Mobil (Malaysia).
CPOERA Abdullah with his wife.
Captain Ramli (Pangkor) and ABME Nodion
ABRO Quek Chek Chai currently works with one of the electrical company in Muar, Johor as a Manager. LRO Zulkefli runs a trading company businesses with his co-directors.
ABRO Quek Chek Chai
After this unexpected ‘mini reunion’, we are now planning to organise a ‘Reunion’ for all the first MCMV crews on this coming 8th of Dec, 2012 (Saturday) at Lumut initiated by former XO of KD Jerai Lt Rahman Husain. Lt Rahman Husain is assisted by our former coxswain of KD Jerai MCPO Mohd Arshad Abdullah who now resides in Manjung, Perak.

To all members of the first MCMV crews, you are most welcomed to participate and make this event come true. You can make a comment to this blog or email me @ismail_abaziz@yahoo.com. You can also contact former MCPO Mohd Arshad Abdullah for further information.

And, as for further writings about my experienced in Italy not too long ago, Insya’Allah, I will write soon.

Ahad, 21 Oktober 2012

Salam disambut herdikan


Segala puja dan puji milik Allah swt yang Maha Mengetahui (Al’Alim) akan segala sesuatu dan Maha Penyantun (Al Halim).

Mengetahuinya Allah swt akan setiap kelemahan hambanya yang bergelar manusia. Maha Penyantunnya Allah swt agar hambanya dapat meminjam sifat santun dalam berinteraksi sesama manusia demi kesejahteraan kehidupan bermasyarakat.

Allah swt Maha Mengetahui, maka dilupakan ingatan saya akan nama seorang pegawai TLDM yang berpangkat Leftenan atau menyamai Kapten di dalam tentera darat yang mengherdik saya apabila saya memberi salam kepadanya suatu waktu dahulu. Saya diherdik dan dimarahi hanya kerana tidak ‘address’ dirinya sebagai ‘tuan’. Beliau inginkan keselamatan dan kesejahteraan itu hanya untuk dirinya sahaja. Maka itu diinginkan juga ucap salam ‘Assalamualaikom, TUAN. Sedangkan di kiri dan kanannya dan disekelilingnya juga berhak menerima salam tersebut.

Siapa di kiri dan kanan beliau?

Siapa lagi kalau bukan malaikat Rakib dan Atid. Rakib di sebelah kiri dan Atid di sebelah kanan setiap manusia.

Allah swt lupakan nama pegawai tersebut dari ingatan saya agar saya tidak menyebut nama beliau di belakang hari demi menjaga akhlak saya dengan tidak membuka aib seseorang. Tentu sekali insiden yang sukar saya lupai ini boleh sahaja membuat saya hilang panduan dan menjaja sikap buruk pegawai tersebut justeru mengaibkan nama beliau walaupun telah puluhan tahun berlalu.

Berbeza sekali dengan sikap seorang pegawai tinggi TLDM yang berpangkat Laksamana Muda atau menyamai  Mej. Jeneral yang saya dan sahabat saya exRO Zul temui baru-baru ini.

Kami baru selesai menunaikan solat fardhu Dzohor berjemaah di Masjid UTM berhampiran Kementerian Pertahanan. Selesai solat sedang kami duduk di anak tangga memakai stoking dan kasut, datang pegawai tinggi ini ke arah kami yang kebetulan meletakkan kasutnya berhampiran kami. Dengan wajah manis sambil tersenyum beliau menegur kami dan memberi salam dan duduk bersama kami. Sambil memakai kasut kami memperkenalkan diri dan berbual seketika.

Walaupun kami baru berkenalan tetapi perbualan kami agak ‘mesra’. Tidak kaku.

Beginilah ciri-ciri sifat seorang pegawai yang akan diingati dengan sikap ramah mesranya walaupun setelah tamat perkhidmatan kelak. Pegawai seperti ini bukan sahaja akan diingati malah akan dihormati di mana sahaja beliau ditemui. Memang tepatlah pantun Melayu,

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Khamis, 18 Oktober 2012

Majlis Tilawah Al-Quran ATM


Siang tadi telah berlangsung satu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Angkatan Tentera Malaysia Kali Ke-63 bagi tahun 2012M bersamaan 1433H di Masjid Khalid Ibnu al-Walid, Kementah, Kuala Lumpur.

Seramai 9 orang peserta telah memperdengarkan bacaan mereka yang bermula dari jam 10.30 pagi dan berakhir sekitar jam 4.00 petang.

Saya tidak sempat menyaksikan acara ini sehingga selesai. Namun saya melihat ramai anggota tentera dari pelbagai peringkat pegawai dan lain-lain pangkat hadir untuk menyaksikan dan menjayakan acara ini.
Gambar ini diambil sewaktu hadirin sedang menanti ketibaan
YB Menteri Pertahanan untuk acara penyampaian hadiah.
Sehubungan dengan ini saya suka untuk berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang saya ketahui berkaitan dengan makna perkataan ‘tilawah’.

Umumnya ramai mengetahui bahawa perkataan ‘tilawah’ atau ‘yatlu’, ‘utlu’ atau dari kata dasar yang sama, dari segi bahasa membawa erti ‘membaca’. Begitu juga dengan perkataan ‘qira’ah’ atau ‘yaqra u’, ‘qara u’ dan seumpamanya yang diambil dari perkataan dasar ‘qara’ah’ juga membawa erti ‘membaca’.

Sekali imbas dilihat dua perkataan ini membawa makna yang sama. Tetapi hakikatnya ia mempunyai makna yang berbeza.

Perkataan ‘qiraah’ atau ‘qaraah’ yang juga mendatangkan perkataan ‘iqra’ membawa makna bahawa perkara yang dibaca itu tidak semestinya sesuatu bahan bacaan yang berbentuk tulisan. Objek bacaannya adalah ‘alam semesta’ yang bererti objek bacaannya boleh juga wahyu atau sesuatu tulisan ataupun juga bukan wahyu.

Saya ambil contoh yang mudah seperti ada ketika kita mungkin pernah berkata dalam menilai seseorang itu seperti,
‘sekilas ikan di air, sudahku dah tahu jantan betinanya’.

Ini adalah suatu contoh mudah dalam membaca atau menilai hati budi seseorang. Bukan membaca hati budi seseorang dari sumber catatan.

Maka sebab itu Allah swt menurunkan wahyu melalui malaikat kepada Rasulullah saw yang ‘ummi’ (tidak tahu membaca dan menulis sehingga akhir hayat) yang memberi makna bahawa ‘IQRA’ itu membaca bukan sahaja dalam bentuk tulisan.

Manakala perkataan ‘tilawah’, ‘yatlu’ atau ‘utlu’ seumpamanya membawa makna bahawa objek yang dibaca itu mesti sesuatu di dalam bentuk tulisan atau catatan. Catatan atau tulisan yang dibaca itu pula mestilah sesuatu yang datangnya dari Allah swt berupa wahyu.

Oleh sebab itu di dalam Al-Quran kita sering menemui perkataan seperti ini (tilawah, yatlu, utlu dan seimsalnya) akan disusuli dengan wahyu sama ada wahyu Quran, Injil yang diwahyukan kepada Nabi Isa, Taurat kepada Nabi Musa atau juga dalam bentuk suhuf-suhuf (mashaf) kepada nabi-nabi yang lain.

Ianya datang daripada Allah swt yang bersifat ‘pasti benar’. Maka si pembaca itu tiada pilihan melainkan mesti taat sekiranya perkara yang dibaca itu merupakan ayat-ayat perintah. Dan pada ayat-ayat larangan pula sipembaca mesti jauhi.

Manakala bacaan dari sumber perkataan ‘iqra’, ‘qiraah’, ‘yaqra u’ dan seumpamanya kita diberi pilihan. Kita boleh ikuti sekiranya menghendaki atau juga boleh mengabaikan sekiranya bahan bacaan itu bukan bersumber dari wahyu seperti majalah, buku dan akhbar harian.

Semuga dengan penjelasan yang ringkas ini akan ada manfaatnya bagi pembaca sekalian.

Allahu 'alam

Selasa, 16 Oktober 2012

Ibadah Qurban


Semalam Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad telah mengisytiharkan bahawa Hari Raya Eidul Adha jatuh pada hari Jumaat 26hb Okt, 2012.

Dan sempena sambutan Hari Raya Eidul Adha atau juga Hari Raya Qurban ini seorang anak kepada jiran saya telah dengan ikhlas hati memberi wang sejumlah RM420.00 kepada anak saya Muhammad Farid sebagai bayaran untuk satu bahagian ibadah Qurban tahun ini bagi arwah anak saya Muhammad Shahir.

Saya difahamkan bahawa beliau telah berniat untuk memperuntukan satu bahagian ibadah qurban bagi arwah anak saya sebagai mengenang budi baik arwah anak saya kepadanya sewaktu masih hidup.

Saya banyak mendengar dari kejiranan setempat bahawa arwah anak saya suka membantu dan menolong orang-orang yang memerlukan bantuan atau pertolongan ringan. Beliau juga disenangi oleh rakan-rakan sepermainannya.

Terasa amat senang dihati apabila sebagai seorang ayah mendengar berita-berita kebaikan arwah anak ini.

Kepada jiran saya ini dan anaknya yang mana nama mereka ingin dirahsiakan, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas ingatan mereka kepada kami sekeluarga khususnya terhadap arwah anak saya Muhammad Shahir. Allah swt jua yang akan membalas kebaikan dan amalan mereka di dunia dan akhirat nanti.


Semuga anak ini diampuni Allah, dirahmati Allah dan ditempatkan dari kalangan orang-orang yang diredhaiNya.

Amin....
Lembu ibadah qurban tahun lalu.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Merawat Kucing Peliharaan


Saya cuba mencari perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan perkataan ‘grooming’. Tetapi tidak menemui. Perkataan paling hampir yang saya boleh fikirkan ialah ‘rawat’ untuk tajuk entri saya kali ini. Namun erti rawat menurut Kamus DBP umumnya dikhaskan kepada manusia yang sakit yang memerlukan penjagaan dan ubat.

Kucing-kucing belaan anak dan isteri saya tidak sakit. Kucing-kucing ini hanya perlu di’bersih’kan oleh ‘jururawat haiwan’ yang mahir dalam penjagaan kucing.

Kami mempunyai kucing yang agak banyak. Jumlahnya melebihi sepuluh ekor. Lebih tepat buat masa kini ada lima belas ekor kesemuanya. Empat anak kucing baru lahir beberapa hari yang lalu.
Sebahagian dari kucing-kucing peliharaan kami.
Siang tadi anak saya memanggil dua orang anak muda yang terdiri daripada sepasang suami isteri untuk ‘groom’ dua ekor kucing kami. Mereka memberitahu bahawa mereka mempunyai pengalaman bekerja dengan sebuah pusat veterinar di Kepong.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan di dalam ‘cat-grooming’ ialah memotong kuku, mencuci telinga, mata dan gigi, membersih serta memandikan kucing-kucing tersebut. Kucing-kucing ini kemudian dikeringkan dan disikat rapi.

Saya amat berpuas hati dengan kerja-kerja mereka. Mereka melakukannya dengan cermat dan teliti. Masa yang diambil untuk membersihkan setiap ekor kucing melebihi sejam.
Sedang mencuci telinga Niki.
Sedang dimandikan.
Sedang dikeringkan.
Kucing ini masih belum diberi nama.
Anak saya menemui kucing ini di gerai-gerai makan Taman Sri Gombak beberapa hari yang lalu. Keadaannya amat kotor. Kemungkinan kucing ini dibuang oleh seseorang yang tidak mahu lagi memeliharanya. Setelah diselidiki tiada tuannya, anak saya mengambil dan membawa pulang.

Keadaannya amat kotor. Bulu pada ekornya telah keras seperti terdapat kotoran yang melekat dan tidak dapat diurai semula. Oleh yang demikian sebahagian bulu pada ekornya terpaksa dipotong.
Sedang dimandikan.
Sedang dikeringkan.
Bayaran bagi setiap ekor kucing yang dirawat oleh jururawat haiwan ini ialah RM15.00. Saya difahamkan mereka melakukan kerja ini sebagai kerja sampingan bagi menambah sumber pendapatan mereka.

Apa pun saya memuji sikap mereka yang rajin dan tidak mensia-siakan pengalaman dan kebolehan yang mereka miliki bagi menampong kehidupan sehari-harian mereka.

Selasa, 9 Oktober 2012

Melayu Singapura dihina


                    
Pagi ini saya bangun dari tidur sedikit awal. Lebih kurang jam 4.30 pg. Lebih tepat 4.35 pg. Sementara menunggu waktu solat subuh, saya merayau sebentar ke ‘alam maya’. Merayau-rayau mencari berita terkini.

Maka tersualah saya dengan berita terkini dan sensasi dari seberang tambak Johor yang telah membuat fikiran dan hati saya tidak tenteram. Fikiran dan hati tidak senang kerana dibuai perasaan marah, geram, sedih, simpati dan seumpamanya di atas penghinaan dari sebahagian manusia yang menyangka diri mereka terlalu hebat terhadap bangsaku. Dari dahulu bangsaku telah dilabelkan sebagai pemalas masih lagi dipandang sedemikian sehingga ke hari ini.

Namun, isu terkini yang menjadi sensasi bukanlah isu MALAS. Isu yang lebih besar dan sedang hangat diperkatakan di dalam alam siber tentang kebiadapan segelintir manusia yang tidak peka terhadap sensitiviti kaum.


Dan episod cemuhan seperti ini juga tidak akan menjadi yang terakhir. Pandangan-pandangan negatif terhadap Islam akan terus dilemparkan dari orang-orang yang tidak bertanggong jawab. Orang-orang yang tidak bertanggong jawab itu tidak sahaja dari orang bukan Islam tetapi juga melibatkan orang-orang beragama Islam yang menyangka bahawa diri mereka telah cukup berilmu dan pandai. Mereka juga bukan sahaja dari negara luar bahkan dari negara sendiri juga.

Oleh yang demikian, maka lihatlah diri kita sendiri. Di manakah kita berada. Apakah Melayu dan Malas itu masih relevan. Apakah Melayu dan Malas itu masih lagi menjadi sesuatu yang sinonim bagi kita bangsa Melayu.

Dan yang lebih penting apakah peranan kita sebagai seorang yang beragama Islam keturunan Melayu.