Semalam aku menghadiri satu
majilis perkahwinan anak kepada 806995 bekas BDI Ariffin Mansor, bekas anggota
TLDM pengambilan 129/77 di Kampong Pasir, Ulu Kelang, Selangor. Kehadiranku
tidak diduga oleh beliau. Walaupun kami tinggal tidak jauh antara satu sama
lain, hanya mungkin mengambil masa 10 atau 15 minit menaiki kenderaan, namun
kami tidak ketahui bahawa kami tinggal berdekatan.
Majlis ini dimaklumkan kepadaku
oleh Ibrahim Ali beberapa minggu yang lalu bagi pihak Ariffin. Ibrahim serta rakan-rakan lain yang juga
bekas anggota TLDM dari pengambilan yang sama menungguku di Petronas berdekatan
Kampong Pasir.
Mereka yang turut hadir di majlis ini adalah Tahrim, Nazrin Jamaluddin, Bidin, Aziz dan Dato’
Mustafa (Pak Mus). Kesemua mereka ini aku telah tidak menemui lebih
20 tahun termasuk juga Ariffin. Ianya mengambil masa beberapa saat juga untuk
aku mengingati kembali wajah-wajah mereka sewaktu di Pusat Latihan Rekrut,
Sembawang, Singapura dahulu.
Sesungguhnya ini adalah satu
pertemuan yang amat menggembirakan buat kami.
Alhamdulillah, Allah swt
mempertemukan kami kembali.
Minggu hadapan pada tanggal 27hb
Jan, 2013 ada satu lagi majlis perkahwinan anak sulung kepada 806915 bekas
BKKMR Kamarulzaman yang juga merupakan rakan Rekrut Pengambilan 129/77 di
Kampong Ibol, Rembau, Negeri Sembilan.
In syaa Allah, bertemu di sana
sekali lagi.
| Bidin (berkupiah) dan Nazrin |
| Dari kiri: Tahrim, Bidin dan Nazrin |
| Paduka Ayahanda Dato' Mustafa (Pak Mus) dan Ibrahim Ali |
| Pak Mus bersama Ibrahim Ali dan Kdr (B) Zulfakar Rahman |
| Saudara Aziz berbaju biru dan Pak Mus |
| Bersama Tahrim di sebelah kananku |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan