Pengikut

Sabtu, 19 Januari 2013

Liputan Akhbar Majlis Reunion


Akhbar NST bertarikh 18hb Jan, 2013 edisi zon utara telah mengeluarkan sedikit berita mengenai perjumpaan bekas-bekas pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari Skuadron Kapal Penangkis Periukapi (MCMV) yang diadakan baru-baru ini.
Keratan akhbar ini diambil dari fb bekas juragan KD Jerai bekas PW1 Mohd Arshad Abdullah.
Secara peribadi saya merasai sedikit berbesar hati kerana usaha kami dari kalangan Ahli Jawatan Kuasa Penganjur mendapat sedikit liputan dari akhbar.

Dengan kejayaan mengadakan majlis perjumpaan seperti ini telah mencetuskan minat dari kalangan skuadron kapal-kapal lain untuk juga mengadakan majlis seumpama ini.

Sehubungan dengan itu secara tidak langsung dengan mengadakan perjumpaan seperti ini rakan-rakan lama dapat dipertemukan bagi mengeratkan lagi tali silaturahim di samping bertukar-tukar fikiran dalam apa jua perjalanan hidup.

2 ulasan:

  1. bukan sedikit berbesar hati...memang besar hati sangat sangat dapat organise event macam nie, bukan senang nak kumpulkan semua x crew nie.

    BalasPadam
  2. baru 2 bulan sahaja re union lepas, sudah 2 orang x MCMV meninggalkan kami semua..aruah BK TMK Tarmizi dan kini En Zakaria Mod Ali(Akai) pada 23/02/2013.

    BalasPadam