Pengikut

Sabtu, 23 Februari 2013

BR1M 2.0 - Satu Pertikaian


“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang lain, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami”,   Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian BR1M oleh kerajaan Barisan Nasional adalah tidak lebih daripada perumpamaan atau bidalan yang sewajarnya dilihat secara positif. Berbanding dengan firman Allah swt mengenai sebilangan besar manusia yang diberi hati tetapi tidak memerhatikan, diberi mata tetapi tidak melihat (yang tersirat) dan diberi telinga tetapi tidak mahu mendengar (perkara yang baik-baik). Mereka ini dianggap oleh Allah swt sebagai binatang, bahkan lebih buruk dari itu.

Firman Allah swt di dalam Al Quran, Surah Al A’raf, ayat 179

“ Dan sesungguhnya Kami telah sediakan untuk neraka, beberapa banyak dari jinn dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu mengerti dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan mereka lebih sesat, adalah mereka itu orang-orang yang lalai”.

Walaupun ‘asbabunuzul’ ayat ini diturunkan khas kepada orang-orang kafir di zaman Rasulullah saw yang enggan menerima Islam sebagai deen, tetapi ayat ini juga boleh ditafsirkan secara umum bagi orang-orang Islam yang mempunyai hati nurani, yang mempunyai mata ‘original’ dan mempunyai telinga asli tetapi tidak memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Di dalam Al Quran terdapat juga beberapa perumpamaan yang mengaitkan perihal binatang seperti seseorang yang meninggikan suara apabila berkata-kata adalah dianggap tidak sopan dan diumpamakan seperti KHIMAR (keldai). Atau juga Allah swt telah mensifatkan seorang musuh Allah dan Rasulullah saw yang bernama Walid Al Mughirah sebagai binatang secara kiasan di dalam awal Surah Al Qalam.

Pada ayat 16 surah tersebut Allah swt berfirman “Kami akan tandakan dia (Walid Al Mughirah) atas belalainya”. Ayat ini bermaksud bahawa Allah akan memberi tanda bahawa beliau seorang yang jahat lagi sesat dengan akan dimasyhurkan sebagai memiliki hidung (khurtum) yakni belalai seperti gajah untuk tujuan menghina dan merendah-rendahkan martabatnya.

Saya berpandangan bahawa kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini bersifat umum sebagai suatu misalan. Bukan bersifat khusus seperti mensifatkan anggota-anggota polis yang bertugas di dalam sesuatu perhimpunan besar oleh pihak Pakatan Rakyat sebagai anjing. Memanggil seseorang dengan panggilan-panggilan yang buruk sesama manusia adalah ditegah di dalam Islam.
Acara penyampaian BR1M 2.0 di Taman Greenwood
Terserah kepada penerima BR1M itu sendiri untuk melihat diri mereka sendiri sama ada sebagai haiwan atau sebagai manusia yang waras fikiran. Sekiranya penerima BR1M itu benar-benar berfikiran bahawa mereka berhak untuk menerima sumbangan tersebut biarpun dirasakan sedikit, maka wajarlah mereka menerimanya dengan rasa syukur atas nikmat kurniaan Allah swt.

Tetapi, sekiranya penerima BR1M itu merasakan bahawa pemberian dari kerajaan Barisan Nasional itu sebagai ‘rasuah’, maka sewajarnya mereka hindari dari mengambil pemberian tersebut bagi mengelakkan diri mereka dari terlibat atau syubhah dengan gejala ‘rasuah’.

Allah berfiman di dalam Al Quran Surah Ibrahim, Ayat 7,

“.....Sekiranya kamu bersyukur (atas nikmat yang diterima) niscaya Aku akan tambah dan sekiranya kamu kufur, (ketahuilah) bahawa azabKu amatlah pedih”,

Dan Allah swt berfirman lagi di dalam Surah Al Hujurat, Ayat 12,

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu cari-cari kesalahan orang lain........”

Namun begitu, pemberian BR1M oleh kerajaan Barisan Nasional seharusnya juga dilihat secara positif kerana biarpun jumlah RM500.00 dinilai tidak begitu besar oleh ramai orang, tetapi ianya amat bermakna bagi mereka yang miskin yang sangat-sangat memerlukan wang tersebut.

Kita dari kalangan rakyat biasa sama sekali tidak tahu sama ada pemberian sumbangan itu adalah ikhlas atau sebaliknya. Sama sekali kita juga tidak ketahui apa matlamat tujuan mereka melaksanakan inisiatif ini  biarpun banyak kedengaran dari kalangan orang-orang Pakatan Rakyat beranggapan ia sebagai tujuan memancing undi pada pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Keputusan untuk mengundi pada PRU13 akan datang terletak pada diri masing-masing.

Tepuk kepala, gunakan fikiran.

Allahu 'alam

4 ulasan:

  1. Salam Pak Mail....
    Kalau tak salah saya petikan TG Nik Aziz tu depa hanya ambil sekerat2 saja....tak menggambarkan keseluruhan jawapan beliau. Bahaya juga bila media dipergunakan utk kptgan politik...w apapun saya bersetuju dgn bantuan yg diberi kerajaan ini...tak kirala apa alasan sekalipun. Cth mcm Pak Mail tulis tu...mungkin tak bermakna pd sesetengan golongan,tp ttp bererti buat sebahagian lagi.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam saudara Yas,

      Benar, itu hanya sebahagian kenyataan TGNA yang merupakan intipati isu. Rezeki yang baik jangan ditolak. Bersangka baik selalu....

      Padam
  2. Sdr Pak Mail,

    Nak buat macam mana, Bani Melayu mengidap penyakit misteri - deria fikir tidak lagi berfungsi. Kita tidak dapat lagi membezakan antara ungkapan kiasan dengan ungkapan terus terang.

    Sama-samalah kita berdoa agar penyakit tersebut sembuh juga akhirnya.

    BalasPadam
  3. bila nikajis ckp = kiasan...bila tun m ckp = ambik maksudnya literally (better the devil u know, etc etc)

    BalasPadam