Sebelum ini saya pernah mencatatkan mengenai pertemuan saya
dengan seorang rakan lama bernama Ibrahim Bin Ali. Entri kali ini saya akan
catatkan pula mengenai pertemuan saya dengan seorang lagi rakan lama yang
juga bernama Ibrahim. Ibrahim Bin Awang @Ibrahim Koprak.
| Ibrahim Awang |
Koprak ialah nama ‘glamour’nya sejak di dalam TLDM lagi. Saya
cuba mencari makna perkataan ‘koprak’ di dalam Kamus DBP, namun tidak menemui
perkataan tersebut. Bagaimana beliau mendapat gelaran tersebut saya tidak
pasti. Mungkin atas sebab identiti kerana di dalam ‘intake’ beliau bagi
cawangan komunikasi terdapat tiga orang yang mempunyai nama yang sama. Dua
orang lagi ialah Allahyarham Ibrahim Che Rose dan Ibrahim Mamat.
Memanggil seseorang dengan sesuatu gelaran yang tidak disukai
oleh empunya nama tidak baik di sisi Islam dan dilarang sama sekali. Namun saya
kira saudara Ibrahim tidak kisah dan barangkali menerima panggilan tersebut
dengan redha. Ini kerana saya mendengar sendiri dari mulut beliau ketika memperkenalkan
dirinya sebagai ‘Ibrahim Koprak’ kepada seseorang di dalam telefon bimbit.
Saya dipertemukan dengan Ibrahim oleh Ghazali pada 26hb Jan yang
lalu di Melaka. Kebetulan saudara Ibrahim yang menetap di Johor Bahru sedang
bertugas luar ‘outstation’ di Melaka selama sebulan. Saya pula sedang bercuti hujung
minggu dengan isteri. Saya tidak pasti bila kali terakhir kami bertemu tetapi
yang pasti begitu lama.
Kami bertemu di sebuah warong di Pelabohan, Melaka lebih kurang jam
11.30 malam. Banyak perkara silam yang kami bual dan mengimbau. Ibrahim
memberitahu bahawa beliau sama sekali memang telah banyak terputus hubungan
dengan rakan-rakan lama. Hanya beberapa rakan lama sahaja yang ditemui dan
masih berhubungan.
Melihat pekerja-pekerja warong sudah mulai berkemas untuk
menutup perniagaan kami tiada pilihan melainkan terpaksa beredar. Jam telah
melebihi 1.00 pagi.
Di akhir pertemuan Ibrahim sempat mengesyorkan agar satu usaha
untuk mengadakan pertemuan rakan-rakan ‘Comms’ dapat diadakan suatu hari nanti.
Beliau juga berjanji untuk memberi sedikit sumbangan agar pertemuan ini dapat
direalisasikan.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Beberapa hari yang lalu saya dan Ibrahim telah berbual menerusi ‘facebook’.
Di dalam perbualan tersebut kami telah sepakat untuk memulakan langkah awal dalam
usaha untuk mengadakan pertemuan bekas-bekas anggota komunikasi TLDM bertempat
di Melaka. Ini memandangkan ramai rakan-rakan tinggal di kawasan selatan tanah
air seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Saya telah pun menghubungi
saudara Ghazali dan saudara Haniff agar mereka dapat membantu untuk meninjau
lokasi yang sesuai di mana pertemuan ini akan dapat di adakan.
In syaa Allah, dengan izin Allah swt hasrat kami untuk bertemu
bagi mengeratkan silaturahim dari kalangan bekas-bekas anggota semboyan akan
dimakbulkan.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamNama saya pun Ibrahim....Orang /kawan sekampung ada yg panggil saya Ujang dan ada yg panggil Ujang Kutik.
Saudara Ujang kutik,
PadamSaya teringat tentang satu pandangan dari guru saya tentang nama Ibrahim (yang dimaksudkan Nabi Ibrahim as). Nama Ibrahim adalah antara nama yang sangat indah. Orang-orang Arab di zaman dahulu sehingga kini apabila memanggil seseorang mereka akan memanggil dengan nama yang penuh seperti IBRAHIM. Kalau ada yang perlu dibunyikan berqalqalah akan didetakkan sekali. Beliau berkata lagi, tetapi di negara kita ini budayanya berlainan sekali. Kalau Ibrahim itu dipendekkan kepada BRAHIM. Ada pula dipendekkan lagi kepada Yem. Kalau sudah berumur dipanggilnya Pak Yem.....
Apa pun itu adalah budaya kita.
Hihihiiiii... sekadar berkongsi kisah...
Sdr Pak Mail,
BalasPadamAgak lama juga saya tidak beri ulasan walaupun selalu menziarah blog saudara.
Ada perubahan kepada ulasan pelawat (tidak perlu tunggu kelulusan).
Saudara Ujang kutik,
PadamTerima kasih kerana setia mengunjungi blog ini. Saya juga boleh dikatakan apabila membuka internet tidak akan lupa untuk mengikuti komen-komen dari pengunjung blog saudara.....
Bernasib baiklah dapat bertemu kembali dengan ramai kawan kawan lama
BalasPadamTuan AlManar,
PadamIn syaa Allah, mudah2an dipertemukan rakan rakan lama...