Berlalulah sudah majlis pertemuan bekas pegawai-pegawai dan
anggota-anggota TLDM dari Skuadron Kapal Penangkis Periukapi (MCMV) yang telah
berlangsung di Auditorium M. Sidek Shabudin atau lebih dikenali dengan nama
Dewan Datuk Sidek Shabudin yang terletak di KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut
pada 29hb Dis, 2012 baru-baru ini.
Pertemuan ini amat bermakna bagi kami. Khusus dari kalangan
pegawai-pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang pertama berkhidmat di dalam
skuadron ini sejurus setelah siap dibina, ditauliahkan dan dibawa pulang ke
tanah air.
Mereka yang hadir kelihatan sungguh gembira apabila bertemu
rakan-rakan lama setelah sekian lama tidak berjumpa. Hanya Allah swt jua yang
Maha Mengetahui bagaimana perasaan mereka ketika itu.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat Allah swt yang telah
mempertemukan kami semula agar dapat terus mempereratkan tali silaturahim
sesama kami. Program ini berjalan dengan lancar dan dianggap berjaya, walaupun secara
peribadi saya merasai sedikit kecewa kerana harapan untuk melihat kehadiran
yang lebih ramai tidak tercapai. Saya difahamkan mereka yang mengetahui
mengenai program ini dan tidak dapat hadir agak ramai. Oleh kerana mereka
mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, maka mereka tidak dapat hadiri.
Dari bilangan lebih kurang 180 pegawai dan anggota lain-lain
pangkat dari kru pertama hanya 50 orang sahaja yang hadir bersama keluarga. Dan
dari kalangan bekas kru MCMV yang bukan kru pertama hanya lebih kurang 20 orang
hadir bersama keluarga mereka. Keseluruhan kehadiran saya anggarkan melebihi
250 orang. Ini kerana saya dapati bilangan purata setiap keluarga yang hadir
melebihi 3 orang.
Saya difahamkan bahawa ada sekurang-kurangnya sepuluh rakan
dari kalangan kami yang diketahui telah meninggal dunia. Begitu juga terdapat beberapa rakan yang lain dalam keadaan tidak sihat menyebabkan mereka juga tidak dapat hadiri majlis ini.
Walaupun demikian, rata-rata mereka yang hadir mengatakan bahawa
mereka merasa cukup gembira dan berpuas hati dapat bertemu rakan-rakan lama, biarpun sebilangan kecil dari mereka terpaksa memandu jauh dari pantai timur
atau pun selatan tanah air. Malah ada di antara mereka yang datang dari Kelantan
atau Terengganu sanggup mengambil cuti kerja semata-mata untuk menemui
rakan-rakan yang telah lama terpisah dan tidak ketahui khabar berita.
Apa pun saya berharap pada pertemuan akan datang lebih ramai
lagi akan dapat hadir. In syaa Allah. Kepada mereka yang hadir di majlis ini
diucapkan ribuan terima kasih kerana melapangkan waktu dan memberi sokongan bagi
menjayakan program ini.
Menerusi halaman blog ini, saya bagi pihak AJK penaja majlis ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma budiman yang telah
menghulurkan segala bentuk sumbangan sama ada kewangan atau pun dari segi
‘material’ bagi menjayakan majlis ini.
Begitu juga kepada Puan Mashitah anak kepada bekas juragan KD
Jerai PW1 Mohd Arshad Abdullah, dari Syarikat Persada Plus yang telah
menyumbang 2 helai ‘banner’ dan 80 unit bag ‘toiletries’ untuk dihadiahkan
kepada para tamu.
Setinggi terima kasih juga, kami ucapkan kepada Lt Kdr Sarkinin
dari Markas Bantuan TLDM, Lumut yang telah banyak membantu membuat segala persiapan
serta menyediakan kemudahan-kemudahan seperti banner, backdrop setting, peralatan
tayangan slaid, makanan dan minuman, pengangkutan bagi lawatan ke kapal-kapal
dan lain-lain bantuan lagi. Begitu juga kepada Presiden Mes Committee (PMC) yang
telah memberi kerjasama dengan membenarkan sebahagian dari kami menggunakan Mes
Samudera bagi pegawai dan Mes Bintara bagi anggota lain-lain pangkat untuk bermalam
di kediaman tersebut serta kemudahan pas keluar dan masuk pangkalan.
 |
| Lt Kdr Sarkinin berbaju hitam bersama bekas PWI KMT Jamaluddin. |
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada Laksma (B) Dato’
Ramli Samsuddin, Dato’ Nik Zainorden bin Nik Mohammad, Kdr (B) Phoon Wee Ching serta beberapa
penderma individu lain yang telah menyumbang dari aspek kewangan dan ‘material’.
Hanya Allah swt jua yang dapat membalas budi baik mereka.
PakMail: Secara peribadi, saya ingin ucapkan terima kasih juga kepada
AJK Penaja Majlis ini yang terdiri daripada bekas jugaran KD Jerai Mohd Arshad Abdullah, Dato' Nik Zainorden Nik Mohammad, saudara Zulkifli Ismail, saudara Samad Muridon, saudara Arsad Md Rippin, Encik Zack (Akai) dan Encik Yusof kerana telah bertungkus lumus bekerja dan membuat
persiapan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar tanpa masalah. Ucapan terima kasih ini juga khusus kepada Kdr (B) Abdul Rahman bin Husain yang telah banyak berkorban waktu
dan juga wang ringgit bagi memastikan program ini diadakan.
Alhamdulillah dengan pertolongan Allah swt jua, segalanya
berjalan dengan baik dan teratur seperti yang dirancangkan.
 |
| Kaunter Pendaftaran |
 |
| Bekas COB KD Mahamiru saudara Fuad sedang membaca doa. |
 |
Dari kiri: Datuk Aziz Sani (Panglima Markas Bantuan), Laksma (B) Datuk Ramli Samsuddin, TPTL
Laksdya Datuk Nordin Mohd Ali, Datuk Nik Zainorden dan Laksda Datuk Rahman Karim. |
 |
| Kdr (B) Abdul Rahman Husain sedang menyampai ucapan aluan. |
 |
| Laksma (B) Datuk Ramli Samsuddin sedang menyampaikan ucapan. |
 |
| TPTL Laksdya Datuk Nordin Mohd Ali sedang menyampaikan ucapan. |
 |
| Jamuan tengahari |
 |
| Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Datuk Nik Zainorden. |
 |
| Sesi bergambar beramai-ramai. |
 |
| Bekas anggota-anggota komunikasi MCMV yang hadir. |
 |
| Di dalam bas acara siri lawatan ke kapal KD Jerai dan KD Kinabalu. |
 |
| Lawatan ke kapal-kapal MCMV |
 |
| Bergambar kenangan dari kiri: Nodion, PakMail, Salim Jais, Arsad Ripin dan Yassin. |
 |
| KD Kinabalu |
 |
| Bergambar bersama juragan KD Jerai PW Amran |
 |
| Bergambar bersama dua anggota komunikasi di luar anjungan kapal. |
 |
| Tiga buah bas yang membawa kami dalam siri lawatan ke kapal-kapal MCMV. |