Pengikut

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, bandar tempat aku dibesarkan. Begitu banyak kenangan yang aku miliki yang tidak dapat aku lupakan. Bandaraya yang banyak juga mengajar aku erti kehidupan. Kehidupan yang menggembirakan, mengasyikkan dan juga yang memeritkan.
Menara Jam Bangunan Sultan Abdul Samad,
Kuala Lumpur
Menara Jam, Lebuh Ampang, Kuala Lumpur.

Menara Jam di Jalan Tun Razak
Banjir kilat di Jalan Tun Razak 13hb Dis 2011.
(Gambar ehsan dari Harian Metro)
Situasi di Jalan Salleh, Kampong Baru,
Kuala Lumpur akibat dari hujan yang sangat
lebat yang hanya mengambil masa kurang
dua jam sahaja. (Gambar ehsan dari Harian Metro)
Sungai Bunos di Lorong Gurney berdekatan Jalan Tun Razak.
(Gambar ehsan dari Harian Metro)
Wargakota pulang dari kerja mengalami kesesakan setelah
air banjir kilat mulai surut. (Gambar ehsan dari Harian Metro)
Pembinaan bangunan ini telah terbengkalai
sejak tahun 1998 apabila terjadi kegawatan
ekonomi dunia. Bangunan ini terletak di
persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan
Ampang. Asal bangunan ini didirikan adalah
untuk Hyatt Hotel. Namun kini saya dapati
pembinaan Hyatt Hotel sedang dilaksanakan
di Jalan Pinang bersebelahan Kuala Lumpur
Convention Center (KLCC). 15hb Dis 2011.

2 ulasan:

  1. Assalamialaikum Pak Mail

    Semoga Pak Mail sentiasa sihat dan selalu di bawah lindungan Allah SWT. Saya sangat berminat nak tahu sejarah Kuala Lumpur ni. Memandangkan Pak Mail 'orang lama' di KL ni, mesti Pak Mail ada banyak cerita2 pasal KL. Permintaan saya, Pak Mail kongsi la cerita2 pasal KL lagi untuk tatapan generasi baru khususnya.

    Semoga Pak Mail sentiasa sihat dan dalam keredhaan Allah.

    BalasPadam
  2. Saudara invisible me,

    Alaikomsalam. Minta maaf kerana lewat membalas komen saudara. Beberapa hari yang lalu saya berpergian dan tidak membuka internet beberapa hari juga.

    Terima kasih atas ingatan saudara dan juga membaca coretan saya. Insya'Allah, saya akan cuba untuk menulis sesuatu yang berkaitan dengan KL.

    Dan terima kasih sekali lagi atas doa saudara dan saya juga berharap agar saudara dan sekeluarga juga dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah swt jua.

    BalasPadam