Pengikut

Memaparkan catatan dengan label KD Jerai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KD Jerai. Papar semua catatan

Ahad, 11 Mei 2014

Pergi Jua Akhirnya.......


Setiap penciptaan Allah swt pasti akan berakhir. Begitulah juga dengan kehidupan manusia. Dari Dia yakni Allah kita datang kepada Dia juga kita kembali. Sama ada yang beriman mahu pun yang tidak beriman. Untuk yang masih hidup semuga kembalinya kita nanti kepada Maha Pencipta di dalam keadaan baik dan diredhaiNya.

Daljit Singh s/o Rattan Singh
Rakan saya ini pergi jua akhirnya subuh tadi jam 5.40 pagi. Pergi yang tak akan kembali lagi ke dunia ini. Mayat mendiang akan dibawa pulang ke Manjung, Perak setelah selesai segala urusan dokumentasi di hospital HKL.

Takziah dari saya sekeluarga.

Jumaat, 9 Mei 2014

Rakan TLDM sakit kanser tekak


Saya percaya apa jua jenis sakit kanser amat ditakuti oleh semua orang. Ini kerana penyakit kanser sering membawa maut dalam waktu relatif singkat. Tidak kira sama ada yang kaya atau yang miskin, lelaki atau wanita dari kalangan tua atau pun muda ingin sama sekali manjauhinya. Orang muda pula jangan disangka sihat dan tidak terdedah kepada penyakit kanser walaupun saban hari melakukan senaman. Cuba tonton video ini yang saya muat naik mengenai seorang jutawan muda dari Singapura yang disahkan menghidapi penyakit kanser melalui salah satu entri saya menerusi blog ini.

Baru-baru ini saya menerima berita melalui 'facebook' yang memaklumkan bahawa rakan saya yang sama-sama menyertai TLDM pada tahun 1977 telah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser tekak (nasopharynx cancer). Beliau adalah saudara Daljit Singh. Sewaktu di dalam TLDM kami sama-sama mengambil kursus cawangan komunikasi. Kami juga bersama-sama terbang ke Itali pada tahun 1985 untuk berkursus dan terus membawa pulang kapal KD Jerai. Oleh itu tidak hairan kiranya persahabatan kami rapat biarpun kami berlainan bangsa dan agama.


Bersama Daljit Singh di HKL. (Gambar kecil sewaktu Reunion ex MCMV crew)
Sehingga kini tatkala entri ini saya tulis beliau masih lagi berada di hospital tetapi telah dikeluarkan dari unit ICU. Saya difahamkan oleh isteri beliau bahawa beliau mulai dimasukkan ke ICU pada malam hari Sabtu, 19hb Apr apabila didapati dalam keadaan tidak sedar diri (unconscious) setelah pada siang harinya menerima rawatan kemoterapi buat kali kedua.

Ada seperkara yang dimaklumkan kepada saya oleh isteri beliau yang mungkin dilihat remeh tetapi ianya tidak sepatutnya berlaku. Sewaktu Daljit Singh di dalam keadaan tidak sedar diri isteri beliau mendakwa bahawa tiada perhatian khusus diberikan dalam memberikan rawatan sehingga apabila kakaknya seorang doktor yang kebetulan pulang bercuti dari Australia datang untuk melihat keadaan adiknya. Beliau (kakaknya) dapati bahawa ubat antibiotik yang sepatutnya diberikan segera bagi mencegah jangkitan kuman merebak masih tidak diberikan. Apabila telah diajukan pertanyaan dan di'tunjukajar' barulah suntikan antibiotik diberikan.

Saya terfikir bagaimanalah kiranya pesakit-pesakit lain yang tiada saudara-mara terdekat seorang doktor yang tahu hal-hal sesuatu berkaitan penyakit tertentu pastilah akan terlantar dan terbiar tanpa diberi perhatian sewajarnya. Di mana letaknya etika sebagai doktor yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan pesakit-pesakitnya. Mungkin apabila persoalan seumpama ini diutarakan pelbagai alasan untuk mewajarkan sesuatu tindakan itu diberikan oleh pihak hospital.

Berbalik kepada persoalan kesihatan Daljit Singh, saya telah melawat beliau lima kali sepanjang beliau berada di hospital. Saya dapati kesihatan beliau dalam keadaan turun naik. Tidak menentu. Namun apa yang saya difahamkan juga bahawa penyakit beliau masih diperingkat awal. In syaa Allah, menurut doktor berdasarkan kepada pengalaman pihak hospital peratusan pesakit-pesakit dahulu dapat disembuhkan dengan izin Allah adalah tinggi.

Ramai juga dari rakan-rakan seperjuangan di dalam TLDM hadir menziarahi beliau. Mereka yang tidak dapat hadir turut berpesan dan berdoa dari jauh agar beliau cepat sembuh. Beliau juga amat terkenal dari kalangan anggota-anggota komunikasi TLDM memandangkan tidak ramai bangsa Sikh memilih atau dipilih untuk menganggotai cawangan komunikasi. Seorang yang tenang (kadang-kadang panik juga apabila diacah). Sering kali apabila bertemu beliau dari jauh lagi sudah memperlihatkan senyumannya. Senyuman yang ikhlas dan bukan dibuat-buat. Itulah antara perwatakan Daljit Singh yang saya kenali sepanjang pergaulan saya dengannya di dalam TLDM.

Apa yang saya dan begitu juga rakan-rakan lain harapkan adalah agar saudara Daljit Singh tabah dan sabar menghadapi situasi sukar ini. In syaa Allah, mudah-mudahan segalanya akan kembali pulih seperti sediakala. Aamiin.

Ahad, 2 Februari 2014

Wanna gain height, ask Yassin...



This is one of a transcription taken from KD Jerai 'Book Of Record' during the reunion of the ex MCMV crew held on October last year.



I really do not know this officer, Lt Zakariah. Perhaps I was already transfered out of KD Jerai when he came in.


Nothing really matters me about this transcription. It's just that I am wondering whether the Petty Officer who gave the technical advise on how to gain height to him is our friend Yassin.

Yassin is tall. Taller than any average person. And therefore, he might have adopted that technical procedure to grow taller.

Just guessing.


Yassin at far right

By the way, here are some photos I took during the reunion last year.



Enjoy reading. Enjoy holidays for those on holidaying.

Isnin, 30 September 2013

Lawatan ke Danau Toba

Pada Mei 1987, saya bersama anak-anak kapal KD Jerai berkesempatan melawat Danau Toba sewaktu kapal singgah di Pelabuhan Belawan. Saya tidak dapat mengingati dengan tepat berapa hari kami berada di sana.


Dari Belawan ke Berastagi, Indonesia sejauh 90km.

Seawal pagi kami telah bersiap dan bertolak dari Belawan dengan menaiki bas. Seramai lebih kurang 40 anak-anak kapal menyertai lawatan ini yang telah diatur oleh wakil Konsul Jeneral Malaysia di Medan.

Di perjalanan kami tidak singgah di Medan sebaliknya pemandu bas terus membawa kami ke destinasi yang telah diaturkan. Namun begitu, anak-anak kapal dibenarkan melawat bandar Medan secara bersendirian atau dengan rakan-rakan setelah pulang dari Danau Toba pada bila-bila waktu sepanjang berada di Pelabuhan Belawan.

Perjalanan menaiki gunung menuju ke Danau Toba amat menyeronokkan dan tidak kurang juga menakutkan. Seronok kerana melihat keindahan semulajadi bikinan Allah swt yang sewaktu itu masih lagi 'dara', tidak lagi diterokai manusia demi pembangunan.

Barangkali setelah lebih 26 tahun dari tarikh lawatan kami, alam semulajadi di persekitaran gunung tersebut masih lagi seperti dahulu.

Manakala perkara yang menakutkan pula ialah kerana jalan yang kami lalui sangat kecil dan sempit. Tiada dipagari oleh benteng bagi mencegah sebarang kenderaan dari tergelongsor jatuh ke gaung yang tinggi lagi dalam. Lebih menakutkan lagi apabila bas yang kami naiki bertembung pula dengan kenderaan yang sama besar dengan bas.

Tidak lama kemudian kami tiba di satu kawasan perladangan yang luas dan indah dengan tanaman-tanaman yang telah mengeluarkan hasilnya berupa sayur-sayuran dan buah-buahan. Kami diberi beberapa minit turun dari bas untuk melihat dan berfoto. Cuaca begitu nyaman sekali kerana suasana masih lagi berpagi-pagian.

Saya berpandangan bahawa keindahan ladang sayur-sayuran dan buah-buahan yang luas bak saujana mata memandang di Berastagi jauh lebih indah dari perladangan di Cameron Highland. Inilah kelebihan sesebuah negara.

Di dalam perjalanan suatu lagi perkara yang kami lihat begitu janggal pada pandangan kami di waktu itu ialah penduduk lelaki yang bersongkok hitam memimpin, mengiringi beberapa ekor khinzir yang merupakan binatang ternakan mereka. Umumnya di negara kita orang bersongkok hitam pastinya berketurunan Melayu beragama Islam.

Dari Berastagi kami kemudian menuju ke Kabanjahe yang terletak lebih kurang 10km ke atas gunung. Di Kabahjahe kami singgah di sebuah 'Rumah Adat' Kabanjahe. Sila klik di sini untuk mengetahui adat budaya Kabanjahe.


Bergambar di hadapan sebuah 'rumah adat' Kabanjahe.


Peta dari Kabanjahe ke Parapat sejauh 100km

Sewaktu lawatan kami lebih 26 tahun lalu Rumah Adat Kabanjahe masih lagi terpelihara dengan baiknya. Malangnya, dalam penyelidikan ringkas menerusi internet saya dapati ianya semakin hari semakin ditinggalkan oleh arus pembangunan dan kemodenan.

Konsep Rumah Adat Kabanjahe hampir menyamai dengan konsep 'Rumah Panjang' orang-orang tempatan Sarawak seperti bangsa Iban atau Dayak. Bezanya hanya pada bilangan penghuni yang tinggal di Rumah Adat ditetapkan kepada lapan keluarga. Tidak seperti Rumah Panjang yang bilangan keluarga boleh mencapai bilangan puluhan keluarga.

Setelah selesai lawatan ke Kabanjahe kami meneruskan perjalanan ke Parapat yang merupakan sebuah pekan kecil di persisiran Danau Toba. Feri berbayar disediakan buat mereka yang ingin ke Pulau Samosir yang kelihatan tidak jauh dari sini.

Saya tidak berhasrat untuk menulis tentang Danau Toba kerana banyak informasi mengenai Danau Toba boleh didapati melalui internet.

Namun apa yang terpahat di dalam ingatan saya tentang lawatan ini sehingga kini adalah keindahan alam semulajadi ciptaan Allah swt yang saya alami sepanjang berada di kedaerahan pedalaman Sumatra, Indonesia.

" Masya' Allah, Sungguh Cantik, Sungguh Indah".

'Maha Suci Allah yang menjadikan semua ini tidak dengan sia-sia'.


Bersama rakan-rakan sekapal

Rabu, 17 Julai 2013

Kenangan Lalu - 'Estate'


Buon giorno - Selamat pagi


'Estate' yang saya maksudkan pada tajuk entri kali ini bukan bermaksud ladang di dalam bahasa Inggeris. Ini adalah perkataan Itali yang membawa maksud 'musim panas' iaitu 'summer' untuk bahasa Inggeris. Sebutannya juga berbeza dari sebutan bahasa Inggeris.


Bulan ini (Julai) dan Ogos merupakan musim panas di kebanyakan negara di Eropah. Ini bermakna termasuk juga negara Itali. Pada bulan ini juga kami sewaktu berada di Itali pada tahun 1985 telah mengambil kesempatan untuk 'tour' ke beberapa bandar-bandar besar di Itali dan negara Eropah lain.

Di perkarangan Istana Monaco, Perancis

Saya tidak ingat di mana gambar ini diambil. Tetapi,
mungkin sewaktu dalam perjalanan ke Perancis.
Autista di autobus
Sewaktu di Itali, saya juga ditugaskan sebagai 'supir'. Tetapi, bukan memandu 'autobus' ini. Saya memandu van dan juga kereta biasa untuk menghantar atau mengambil pegawai-pegawai atau anggota-anggota MCMV ke mana-mana destinasi apabila diperlukan.

Bergambar di hadapan rumah
'Romeo' di Torino, Itali.

Di Perkuburan 'Juliet' di Verona, Itali
Banyak gambar kalau hendak dimuatnaikkan. Cukuplah sedikit itu sahaja. Apa pun kenangan sewaktu berada di perantauan orang amat nostalgik dan pastinya tidak dapat dilupakan.

Arrivederci

Sabtu, 27 Oktober 2012

Mini Reunion



It has been quite awhile that I have not write about our stay (the MCMV crews) in Italy. In fact, I still have alot more to talk about the happy moments that my friends and I shared together.

Recently, I met some of these friends who were with me in Italy at the Palace of the Golden Horses Hotel. Nik Zainorden, the ‘leading hand’ of an electrical technician onboard KD Jerai then, hosted his daughter’s wedding ceremony. It is also our great pleasure to have known that Nik Zainorden has been conferred a title of ‘Datukship’ few years ago.
From left: Lt Rahman Husain, Ithnin (photographer), Muner, Zulkefli, Salim Jais, Halim Muda
Ramli (Pangkor), Bahaman, Quek Chek Chai, Lt Hassan, CPOERA Abdullah and Yassin.
Among these friends whom I have never met since I left KD Jerai in 1987 only to be posted to the Ministry of Defence are Lt Rahman Husain (XO of KD Jerai), Lt (Dr) Hassan Omar (NO of KD Jerai), CPOERA Abdullah (KD Jerai), LRO Zulkefli (KD Kinabalu), LRST Halim (KD Mahamiru), ABRM Muner (KD Mahamiru) and Ithnin, the navy photographer. I am not too sure of his last rank in the navy.

Also present at the ceremony, Laskamana Madya Dato’ Nordin Md Ali the Deputy Chief of the Navy and his wife. Laksamana Madya Dato’ Nordin Ali is also one the crew members of the MCMV serving onboard KD Mahamiru as an Executive Officer (XO) then.
Laksamana Madya Dato' Mohd Nordin Ali with his wife.
We were very happy and full of joyous celebrating our ‘mini reunion’ on that night, though for a very short period of time. And, we are also very happy to know that some of these friends are enjoying their great and successful career after leaving the navy.

As such, ABRP Ramli (Pangkor) is now the ‘captain’ being incharge for the operation department of the Tasik Cruise Putrajaya. CPOERA Abdullah who was once incharge in the engine room onboard KD Jerai is now one of the ‘big shot’ attached to Exxon-Mobil (Malaysia).
CPOERA Abdullah with his wife.
Captain Ramli (Pangkor) and ABME Nodion
ABRO Quek Chek Chai currently works with one of the electrical company in Muar, Johor as a Manager. LRO Zulkefli runs a trading company businesses with his co-directors.
ABRO Quek Chek Chai
After this unexpected ‘mini reunion’, we are now planning to organise a ‘Reunion’ for all the first MCMV crews on this coming 8th of Dec, 2012 (Saturday) at Lumut initiated by former XO of KD Jerai Lt Rahman Husain. Lt Rahman Husain is assisted by our former coxswain of KD Jerai MCPO Mohd Arshad Abdullah who now resides in Manjung, Perak.

To all members of the first MCMV crews, you are most welcomed to participate and make this event come true. You can make a comment to this blog or email me @ismail_abaziz@yahoo.com. You can also contact former MCPO Mohd Arshad Abdullah for further information.

And, as for further writings about my experienced in Italy not too long ago, Insya’Allah, I will write soon.

Khamis, 13 September 2012

Jejak Sahabat TLDM - 6

 
Sebelum aku meneruskan perjalanan ke Kuala Linggi, terlebih dahulu aku telah membuat perjanjian untuk bertemu Bahaman yang kebetulan berada di Kuala Lumpur. Beliau berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri perkahwinan anak bekas Lt Noraini (Pegawai Komunikasi TLDM). Aku pernah juga bertugas bersama bekas Lt Noraini di Comcen KD Malaya, Woodlands sewaktu beliau masih berpangkat ‘Leading Hand’.

Bahaman ialah kenalanku yang sama-sama ditugaskan ke Itali untuk membawa pulang KD Jerai, kapal TLDM dari jenis Penangkis Ranjau Periukapi (MCMV). Kami telah terputus hubungan lebih 24 tahun yang lalu.

Saudara Bahaman di kanan sekali.
Oleh kerana aku tidak punyai banyak waktu lantaran di dalam perjalanan jauh aku hanya dapat menemui beliau untuk beberapa minit sahaja di tepi jalan, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur berdekatan stesen LRT. Di dalam pertemuan ini aku mengambil kesempatan untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan anak exLREM Nik Zainorden. Kami berbual seketika sebelum berpisah dan berharap akan dapat bertemu pada majlis perkahwinan anak Nik Zainorden nanti.
Bergambar kenangan bersama saudara Bahaman.
Saudara Bahaman bersama keluarga sewaktu menghadiri
perkahwinan anak ex LREM Nik Zainorden.
Perawakan beliau tidak banyak berubah berbanding rakan-rakan lama yang lain. Hanya pada pengamatanku tubuh beliau kelihatan lebih berisi.

Selasa, 19 Jun 2012

Papa Francesco dan Mama Juliana


Setibanya aku di Itali 27 tahun dahulu, aku serta Jamal, Zainol, Quek Chek Chai, Daljit Singh dan Zulkifli ditempatkan di rumah Francesco. Rumah tersebut terletak di Via Bassa Grande, sebuah rumah besar dua tingkat yang hanya dihuni oleh Francesco yang kemudiannya kami panggil Papa Francesco dan isterinya Mama Juliana. Mereka tinggal di bawah manakala kami tinggal di atas.

Di sisi rumah ini terdapat juga sebuah rumah kecil dengan sebuah bilik milik mereka. Beberapa hari setelah kami tiba, sepasang suami isteri serta dua anak perempuan mereka tiba dari Switzerland dan menetap beberapa hari sepanjang mereka berada di Itali di rumah kecil tersebut.

Negara kita baru beberapa tahun lalu memperkenalkan konsep ‘homestay’. Sedangkan di Itali konsep ini telah lama mereka laksanakan. Hampir kesemua kru kapal Penangkis Periukapi (MCMV) tinggal di rumah-rumah yang disewakan oleh orang-orang Itali.
Zainol sedang sibuk melayan anak dara Switzerland. Manakala ayah dan ibunya
sedang berselera menjamu hidangan bubur pulut hitam masakan Jamal.

Apa yang menarik perhatianku hampir setiap inci tanah di kawasan rumah ini yang berkeluasan lebih kurang 80’ X 100’ ini dimanfaatkan sepenuhnya. Selain sebuah rumah kecil di sisi rumah besar untuk tetamu, Papa Francesco juga menanam pepperoni (sayur cili)  dan pepperoncini (cili hijau/merah) dengan kaedah 'greenhouse'. Beliau juga turut menanam uva (anggur) di dalam kawasan rumahnya. Sewaktu kami berada di sana bergayut-gayutan buah-buah anggur hijau yang sudah masak. Begitu juga pepperoni dan pepperoncini.
Ini ialah pepperoni
Hari Raya Pertama tahun 1985 sebelum solat Eidul Fitri . Di belakang
rumah terletak 'greenhouse' tempat menanam cili.
Di belakang kami pohon anggur yang kelihatan tidak begitu terang.
Walaupun usia Papa Francesco telah bergelar warga emas namun beliau tidak mensia-siakan sisa usianya. Beliau memanfaatkan waktu dengan ‘berkebun’ di rumahnya dibantu oleh isterinya Mama Juliana. Papa Francesco juga telah lama mengamalkan profession yang ramai mengamalkan hari ini ‘Working From Home’.

Setelah sebulan kami tinggal di rumah Papa Francesco, kami berpindah pula ke rumah lain di No. 56, Via Vicinale MacChia, Marina di Cararra dan berjiran pula dengan Antonio dan isterinya Paula serta anaknya Tatiana.

PakMail: Pepperoncini ialah lada merah atau hijau. Sama ada apa yang kita panggil cili merah/hijau atau pun cili api.



Ahad, 26 Februari 2012

Hasrat 'Reunion'


Pagi semalam Yasin menelefon saya. Beliau mendapat nombor hp saya dari exRO Quek Chek Chai lantas terus mengundang saya ke majlis pernikahan anaknya yang akan diadakan pada 11hb Mac ini di Kuala Kangsar, Perak. Yasin ialah sahabat saya sewaktu sama-sama berada di Itali bagi tugas membawa pulang kapal TLDM, KD Jerai pada tahun 1985/86 bersama anak-anak kapal yang lain. Memang agak lama juga kami telah terputus hubungan tanpa mengetahui sebarang berita.
Yasin berdiri di kiri sekali sedang mendukung anak Mat Saleh
Itulah hakikat kehidupan. Bertemu dan berpisah merupakan intipati dan asam garam kehidupan. Ia juga adalah ketentuan Ilahi. Asal sahaja niat bertemu untuk menyambung silatulrahmi dan berpisah pula hanya kerana Allah swt jua.

Yasin memberitahu bahawa beliau juga mengundang beberapa sahabat lama dari kalangan kru MCMV yang masih berhubungan dengannya. Atas undangan itu rasanya seperti tidak sabar untuk menemui sahabat-sahabat lama. Tentu sekali banyak kisah yang dapat dikongsi bersama dan seterusnya mengeratkan lagi tali silaturahmi.

Sehingga kini hanya 11 dari hampir 40 bekas anak-anak kapal pertama KD Jerai dari jenis MCMV yang dapat saya jejaki. Insya’Allah saya dan exLREM Nik akan cuba berusaha lagi untuk mencari dan menghubungi semua kru pertama KD Jerai semampu yang boleh dan akan cuba mengadakan ‘Reunion’.

Mudah-mudahan usaha murni kami ini akan berjaya dan mendapat keredhaan Allah swt jua.

Amin……

Isnin, 11 April 2011

KD Jerai Dalam Kenangan - 6

Keempat-empat kapal MCMV yang diketuai oleh KD Mahamiru di hadapan, diikuti oleh KD Kinabalu, KD Jerai dan KD Ledang meneruskan pelayaran dari Iskandariah, Mesir menuju ke Port Said yang terletak di muara utara Terusan Suez.
Peta Terusan Suez

Lewat petang baru kami tiba di Port Said. Kesemua kapal berhimpit di jeti buat sementara waktu untuk menantikan jam 12.00 tengahmalam bagi giliran kapal-kapal dari utara menyusuri Terusan Suez belayar ke Laut Merah.

Kapal-kapal yang belayar dari Laut Merah ke Laut Mediteranean pula mulai menyusur naik jam 12.00 tengahari dari Pelabuhan Suez yang terletak di selatan Terusan Suez.

Semua anak-anak kapal tidak dibenarkan mendarat. Namun melalui 'binoculars' kami sempat meninjau-ninjau pemandangan sekeliling Port Said.

Apabila tiba waktu yang ditetapkan kami pun belayar mengikuti KD Mahamiru dan KD Kinabalu di hadapan dan KD Ledang di belakang kami. Seperti biasa jarak antara setiap kapal adalah 300 ela mengikut jarak yang ditetapkan (standard distance).

Terusan Suez tidaklah begitu lebar ketika itu berbanding hari ini yang telah beberapa kali diperbesar dan dilebarkan. Menerusi teropong infrared kami dapat melihat dengan jelas daratan di sebelah kiri dan kanan kapal. Di sebelah kiri ialah Semenanjung Sinai dan di sebelah kanan pula ialah Tanah Besar Mesir. Perjalanan dari utara ke selatan terusan tersebut mengambil masa hampir setengah hari dengan kelajuan lebih kurang 10 knot.
Gambar Hiasan. USS Bainbridge sedang
belayar melalui Terusan Suez.

Setelah selesai melalui Terusan Suez, kini kami berada pula di Laut Merah. Laut yang menyimpan dan melalui banyak sejarah sejak dari zaman Firaun. Laut yang pertama kali dan kali terakhir terbelah dua untuk memberi laluan kepada Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya melintasi laut ini. Laut yang juga telah mengambil banyak nyawa tentera-tertera Firaun dan termasuk Firaun sendiri.

Tidak berapa lama kemudian kami tiba di Jeddah. Mereka yang tidak bertugas dibenarkan keluar untuk bersiar-siar di pekan Jeddah. Aku juga tidak melepaskan peluang keluar bersama kawan-kawan untuk berjalan-jalan. Beberapa hari kemudian, aku yang tersenarai di dalam kumpulan pertama telah bersama anak-anak kapal yang lain menuju ke Madinah Al-Munawarah menaiki bas dan seterusnya menunaikan umrah di Makkah Al-Mukarramah.

Sekembalinya aku dari mengerjakan umrah, aku telah menerima kawat (signal) dari Department Tentera Laut, Kementerian Pertahanan mengarahkan aku kembali menaiki pesawat untuk menghadiri sidang mahkamah tentera dalam perbicaraan mengenai tenggelamnya KD Sri Perak yang mana kisah ini telah aku ceritakan di dalam entriku bertajuk Sidang Mahkamah Tentera - KD Sri Perak.

Jumaat, 8 April 2011

KD Jerai Dalam Kenangan - 5

Sepanjang pengetahuanku tidak satu pun kapal-kapal TLDM memiliki alat mesin yang membolehkan air laut diproses menjadi air tawar yang boleh diminum sehinggalah kerajaan Malaysia membeli kapal dari jenis Penangkis Periuk Api yang kesemua kapal ini dilengkapi dengan penapis air yang dipanggil Reverse Osmosis Unit. (Sila perbetulkan saya sekiranya tanggapan saya ini salah).

Air hasil dari pemprosesan melalui alat ini tidak dapat dirasai sehinggalah kami mulai belayar pulang ke tanah air dari Itali. Kami tertanya-tanya bagaimanakah rasanya air tersebut apabila telah diproses.

Setelah kami mencuba, rasanya tidaklah seperti air tulen dari paip. Rasanya payau walaupun masin air laut telah hilang. (Mungkin alat penapis air hari ini yang dilengkapi di kapal-kapal baru TLDM tidaklah rasanya seperti ini, memandangkan kemajuan teknologi telah berkembang dengan baik sekali).

Apabila air tulen dari tangki telah mulai surut kami diingatkan supaya menggunakan air tapisan untuk kegunaan seperti membasuh diri sahaja. Manakala sisa air tulen digunakan untuk kegunaan masakan dan minuman. Namun, pernah juga kami meminum air kopi dari air tapisan ini kerana sisa air tulen di tangki hampir kehabisan.

Di dalam pelayaran pulang ini, ketika kami merentas Laut Tyrrhenian (Tyrrhenian Sea) cuaca agak buruk. Pukulan ombak sederhana kuat. Namun cukup untuk membuat ramai anak-anak kapal mendapat 'mabuk free'. Aku pun mabuk juga. Bermuntah-muntah. Walaupun begitu kerja masih boleh dijalankan. Begitu juga dengan rakan-rakan komunikasi yang lain. Soal tugas, insya'Allah tiada masalah. Semuanya dapat dibereskan.
Tyrrhenian Sea
Kami tiba di Iskandariah, Mesir pada 24hb Feb, 1986.

Pada esok hari, beberapa buah bas telah menanti kami untuk dibawa melancung ke bandar Kaherah dan ke kawasan piramid.

Di bandar Kaherah, kami bersiar-siar melihat pemandangan bandar tersebut dan melawat Muzium Kaherah serta satu premis pemprosesan kertas asli yang diperbuat daripada batang pokok papyrus. Mereka juga menunjukkan kepada kami bagaimana batang pokok papyrus tersebut diproses sehingga menjadi kepingan kertas. Aku sempat membeli sekeping khat dengan harga 20 Egyptian pound. Aku tidak ingat berapa ringgit duit Malaysia jika ditukarkan ketika itu.

Kebetulan ketika kami melawat Muzium Kaherah, muzium ini sedang dalam proses renovasi. Mumia yang dikatakan Firaun pada zaman Nabi Musa telah disimpan daripada dipertontonkan yang sebelum ini diletakkan di dalam muzium dan boleh dilihat oleh pelawat.

Di muzium ini aku sempat membeli buku ini berjudul 'The Tomb of Tutankhamen' karangan Howard Carter yang dikatakan menemui piramid tempat Raja Kecil Tutankhamen ini bersemadi.

Dari bandar Kaherah kami dibawa pula ke satu kawasan di mana terdapat beberapa buah piramid. Aku tidak pasti nama tempat ini. Tetapi aku pasti ianya bukan Giza kerana Giza terletak lebih jauh ke Selatan Kaherah.

Bas yang kami naiki diiringi seorang wanita pemandu pelancong. Pemandu pelancong wanita ini tidak percaya bahawa kami adalah muslim. Beliau meminta salah seorang daripada kami membaca sepotong atau sedikit bacaan dari Al-Quran. Kemudian, setelah salah seorang dari kami membaca surah Al-Fatihah baru beliau mempercayai bahawa kami adalah muslim. Ini menunjukkan bahawa ramai warga Mesir masih belum mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan bangsa negara Malaysia.

Setelah acara lawatan ini selesai, mereka yang tidak bertugas diberi pelepasan untuk berjalan-jalan serta membeli buah tangan di bandar Iskandariah.

Pada keesokan hari 26hb Feb, setelah segala persiapan untuk meneruskan pelayaran ke Jeddah  merentasi Terusan Suez selesai, kami pun memulakan pelayaran seterusnya.

Rabu, 6 April 2011

KD Jerai Dalam Kenangan - 4

Bergambar bersama LRST Salim Bin Jais

Gambar yang aku muatnaik ini ialah gambar sewaktu aku berada di Pangkalan Tentera Laut Itali di La Spezia, Itali bersama LRST Salim yang sedang bertugas sebagai QM di KD Jerai. Kelihatan jauh di belakang gambar ialah kapal-kapal milik tentera laut Itali.

Sewaktu berada di pangkalan ini kami dapat melihat kapal-kapal perang dari jenis 'Destroyer' dan juga 'Cruiser' dan lain-lain. Kapal-kapal dari jenis ini memang besar, terutama dari jenis Cruiser. Sayangnya, kami dilarang sama sekali mengambil gambar kapal-kapal tersebut.

Selain itu, kami juga dapat melihat dari dekat kapal layar yang digunakan untuk latihan bagi anggota-anggota tentera laut Itali yang bernama Amerigo Vespucci yang kebetulan berada di pangkalan ini, berkemungkinan menjalani senggaraan. Kapal layar ini kelihatan benar-benar seperti kapal dari zaman silam. Kapal ini juga terdapat banyak layar di hadapan dan dibelakang.
Kapal Amerigo Vespucci

Berbalik semula cerita mengenai sahabatku ini.

Salim jenis orang yang tidak banyak bercakap. Sentiasa senyum apabila bersua dengan seseorang. Beliau masih bujang ketika itu. Sewaktu di Itali, Salim suka berjalan ke mana sahaja seorang diri. Baik ke Florence, Pisa, Rome atau mana sahaja yang disukainya. Aktiviti peribadinya sukar diramal dan beliau juga beliau tidak banyak berkongsi tentang aktivitinya. Oleh kerana orangnya jenis 'slow & sentimental' kerja-kerjanya juga agak 'slow' sedikit.

Aku berada di Kementah ketika Salim datang ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan urusan dokumentasi akhir sebelum tamat perkhidmatan.

Suatu hari ketika Salim membonceng motosikal yang aku bawa, tiba-tiba..... kami ditahan polis kerana disangkanya kami pendatang tanpa izin dari Indonesia. Aku lihat marah betul Salim. Ada ke kami disangkanya orang Indon. Ha.....ha.....ha......

Setelah kami tamat dari perkhidmatan  TLDM, aku pernah sekali bertandang ke rumah Salim di Bukit Pasir, Muar. Di rumahnya, aku dapat melihat Salim telah mempunyai beberapa anak termasuk seorang anak angkat lelaki berbangsa Itali. Aku pun tidak tahu bagaimana Salim boleh dapat mengambil anak angkat berbangsa Itali ini. Itulah seperti yang aku katakan tadi aktivitinya di Itali sukar diramal.

Setelah itu aku tidak temuinya lagi. Insya'Allah sekiranya aku ke selatan nanti aku akan cuba mencarinya agar dapat terus menyambung tali persahabatan ini.